Exam online penguasa kastam.
Mesti ramai dah isi borang spa sejak tahun lalu dan kebanyakkan layak untuk
mohon jawatan penguasa kastam oleh spa. Peperiksaan online penguasa kastam akan
di adakan pada 9 september 2014 ni dan seramai 80 000 calon penguasa kastam di panggil melalui sms
dan email untuk menjalani exam bagi menjawab soalan peperiksaan penguasa kastam
secara online. Tahniah jika korag adalah salah seorang bakal menduduki exam
penguasa kastam secara online. Jika anda dijemput untuk menduduki peperiksaan
online penguasa kastam gred w41 ini, sebelah kaki anda sudah menjawat jawatan
awam itu. Cuma anda perlu sedikit usaha mencari seberapa info tentang panduan
peperiksaan online penguasa kastam supaya lulus peperiksaan online ini nanti.
Jangan lepaskan peluang ni, buat
betul-betul dan korang berada di entri yang tepat jika korang mencari tips
peperiksaan, contoh soalan exam, panduan peperiksaan penguasa kastam gred w41
pada 6 september 2014 . Disini adalah tempat yang tepat untuk anda dapatkan
tips, contoh soalan, panduan peperiksaan Exam Penguasa Kastam Gred W41 itu.
Notis Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41 |
Format Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41
Format peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini dibahagikan
kepada tiga seksyen. Anda perlu menjawab setiap seksyen dan perlu lulus di
setiap seksyen tersebut.
o Seksyen A
– Pengetahuan AM
o Seksyen B
– Daya menyelesaikan masalah
o Seksyen C
– Ujian Psikometrik
Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam 2014
Terdapat juga panduan ataupun di
namakan Pakej Rujukan Penguasa Kastam W41 yang di tulis oleh mereka yang
berpengalaman dalam bidang ni untuk membantu calon-calon peperiksaan online
penguasa kastam. Korang boleh cari kat google da nada satu link direct yang
saya sediakan di akhir entri ni untuk memudahkan bakal-bakal penguasa kastam
lulus exam penguasa kastam ni. Kelebihan nota rujukan peperiksaan penguasa kastam w41 ni ialah:
- Panduan disediakan oleh Tim Infokerjaya ( dahulu Team TipsPTD) yang berpengalaman menyediakan panduan peperiksaan SPA untuk calon sejak 2009 lagi.
- Teknik panduan menjawab soalan peperiksaan disediakan mengikut seksyen
- Nota Bantuan Menghadapi Peperiksaan SPA disertakan
- Contoh soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam
- Telah membantu lebih daripada 63000 graduan untuk menghadapi peperiksaan SPA
Berdasarkan maklumbalas yang
diterima oleh calon-calon peperiksaan SPA sebelum ini, rata-ratanya memberikan
komen yang maklumbalas yang positif tentang pakej rujukan ini. Mereka bersetuju
bahawa pakej rujukan yang diperolehi banyak membantu dalam persediaan mereka
menghadapi peperiksaan.
Contoh Soalan Exam Online Penguasa Kastam W41
Contoh soalan peperiksaan Seksyen A – Pengetahuan AM
Bahagian ini mempunyai 50 soalan
dan perlu dijawab dalam masa 40 minit. Soalan peperiksaan adalah lebih menjurus
kepada hal-hal perkastaman dan juga isu semasa yang berkaitan pentadbiran, teknologi,
bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi
maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar
kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara. dan juga
sosial serta sesuai dengan taraf pendidikan peringkat ijazah. Calon yang selalu
mengikuti perkembangan semasa dan banyak membaca mempunyai kelebihan.
Contoh soalan peperiksaan kerjaya penguasa kastam - Seksyen A |
Contoh soalan peperiksaan di Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
40 soalan diberikan dan masa yang
diperuntukkan ialah 45 minit. Soalan yang dikemukakan berkenaan dengan
kemahiran logik, bagaimana menginterpretasikan data dan konsep matematik
berdasarkan sukatan pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Saya pecahkan
bahagian tersebut kepada tiga bahagian di bawah:
Kemahiran lojik - Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat |
.
Contoh soalan interprestasi data - Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis. |
Contoh soalan peperiksaan Seksyen C – Ujian Psikometrik
Pada bahagian ini calon-calon
dikehendaki menjawab persoalan mengenai personaliti calon seperti kepimpinan,
intergriti, disiplin, kebolehan sosial dan komunikasi. Masa yang diperuntukkan
adalah selama satu jam dan mempunyai 200 soalan(aneka pilihan).Bahagian ini
adalah bahagian yang paling mudah. Anda hanya perlu menjawab YA atau TIDAK.
Contoh soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam - Ujian Psikometrik |
Tugas-tugas Penguasa Kastam di Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ialah sebuah agensi
kerajaan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia
bertindak sebagai badan yang diberi kebenaran untuk memungut hasil menerusi
cukai tidak langsung dan mengawal selia perkembangan perindustrian dan
perdagangan yang membangun dengan pesat.
KDRM turut memantau dan melindungi perdagangan negara daripada
aktiviti penyeludupan dan penyelewengan bagi melindungi hasil dan menjaga
perkembangan sosial, ekonomi dan keselamatan serta kedaulatan negara.
Hasil dikutip menerusi duti eksport, duti import, duti
eksais, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan levi keuntungan luar biasa. KDRM
juga bertindak untuk menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan dan memberi bantuan
nasihat berkenaan tatacara dan prosedur perkastaman dan percukaian secara
langsung.
KDRM perlu memantau undang-undang yang ditadbir
dilaksanakan secara tulus dan benar. Meningkatkan pengetahuan awam dan pelesen
berkaitan dengan kepentinganundang-undang yang berkenaan adalah tanggungjawab
KDRM. Perkhidmatan yang berkualiti dan professional perlu diberikan selaras
dengan piagam pelanggan yang telah digariskan.
a) Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif,
b) Membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai
jualan,
c) Memproses
serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti
tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar
negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
d) Memproses
permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang
pengilangan berlesen.
Tip Exam Penguasa Kastam 2014
Beberapa persediaan awal yang perlu dilakukan supaya anda
mampu mengharungi cabaran pada peperiksaan tersebut dan dapat lulus dengan
jayanya. Sedikit perkongsian dari saya mengenai beberapa persediaan awal yang
boleh anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Saya hanya mampu
berkongsi secara ringkas di sini, selebihnya anda perlu mendapatkan panduan
lengkap contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41 jika ingin lulus dalam
peperiksaan. Beberapa perkara di bawah perlu dititik beratkan oleh calon:
1.Calon mestilah
cukup bersedia dengan pelbagai topik penting untuk menjawab soalan peperiksaan
nanti.
2.Calon
mestilah membuat sedikit case study tentang skema ataupun cara menjawab soalan
peperiksaan tersebut
3.Paling
penting calon mestilah mengetahui tentang visi dan etika kastam serta serba
sedikit tugas sebgai Penguasa Kastam W41
Calon perlu peka bahawa kesemua calon
yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik.
Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang
demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu
tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika
terdapat soalan yang tidak boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak
membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa
mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.
Soalan objektif adalah soalan aneka
pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih
satu (1). Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling
tepat. Apabila membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang
diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan
jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini
dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.
Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan
borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon
menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon
tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu
membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku
soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.
Akhir sekali nasihat saya, semasa
menjawab soalan peperiksaan online peguasa
kastam ni, gunakan internet kelajuan tinggi, pastikan tiada ganguan line
internet sebab kalau refresh computer, nanti jawatan yang telah di jawab akan
hilang, kena buat sekali lagih.
Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41
Panduan yang saya ingin kongsikan ini adalah rujukan
lengkap meliputi panduan, nota khas dan contoh soalan peperiksaan Penguasa
Kastam W41 dari Infokerjaya resource. Panduan ini telah banyak membantu calon
lulus dengan cemerlang. Panduan ini boleh di dapati sekarang. Harus diingat panduan yang diterbitkan ini hanyalah merupakan
perkongsian maklumat.
Masa terhad -- > Pakej rujukan peperiksaan online penguasa kastam W41
Segala kandungan dalam pandungan bukanlah dari nasihat
profesional dan pihak saya tidak ada kena mengena dengan pihak SPA Malaysia.
Ianya hanyalah boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan sahaja. Tujuan
penerbitannya ialah untuk membantu calon membuat persediaan terhadap
peperiksaan yang bakal dihadapi pada 6 September 2014.
Boleh juga baca mengenai Panduan lulus temuduga kerajaan / SPA.
Boleh juga baca mengenai Panduan lulus temuduga kerajaan / SPA.
kna bli ke
BalasPadamiya tuan
Padam