Piya terima ugutan bunuh

thumbnail
Kecoh lagi! Selepas Idra Putra Mahayuddin terima ugutan bunuh September lepas, kali ni menjelang final piala malaysia 2 hari lagi, Piya pulak terima ugutan bunuh di facebook. Alamak.. main-main ugut-ugut pulak dah, cam budak-budak je nih.


Individu yang menggunakan akaun Facebook, Elman Ganu difahamkan menghantar mesej di dalam akaun milik Budok Juvana yang menghina pasukan Kelantan dan ugutan bunuh terhadap Mohd Badhri. 

Antara kandungan mesej Elman Ganu yang dihantar termasuk 'Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi' dan menggunakan perkataan lucah dan kesat terhadap rakyat Kelantan. 

Kejar duit ke?

thumbnail
Apakah keuntungan hasil jualan tiket mengatasi keperluan pemain untuk menikmati kelebihan beraksi di gelanggang sendiri? Itu persoalan yang timbul di sebalik keputusan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) memohon kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan, 18 Oktober ini dipindahkan dari Stadium Selayang ke Stadium Shah Alam. 

Kuasa empat gergasi! aummm

thumbnail

Ramalan pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee pada saingan suku akhir Piala Malaysia terbukti tepat apabila Kelantan dan Tentera berjaya mengatasi defisit untuk mara ke separuh akhir bersama-sama Pahang dan Sarawak. 


Namun untuk aksi separuh akhir, Kim Swee berpendapat ia saingan yang berbeza dan keempat-empat pasukan memiliki peluang sama rata serta kekuatan hampir seimbang. 


Bekalan tipis tak cukup 



“Aksi pertama separuh akhir bakal menentukan hala tuju pasukan ke final,” kata Kim Swee. “Ia membawa impak besar kepada peluang setiap pasukan dan bekalan kemenangan tipis tidak mencukupi untuk memastikan  



       tiket ke final. 

Khyril Muhymeen jadi buruan pantai timur

thumbnail
ENGGEMPUR berbisa Kedah, Khyril Muhymeen Zambri kembali dalam radar sebuah pasukan dari Pantai Timur bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2014.Spekulasi bertiup kencang di laman sosial mengatakan khidmat Khyril amat diperlukan selepas beberapa pemain utama pasukan berkenaan bakal 'angkat kaki' musim depan.Difahamkan, Khyril masih menyayangi pasukan Kenari dan  enggan terburu-buru membuat keputusan. Namun, pada masa sama masih mempertimbangkan tawaran menyarung pasukan itu jika kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.


Rumput punca Sarawak gagal beraksi lebih baik lawan Sime Darby

thumbnail
Oh mak ai.. takkan sebab rumput plak nih. Jurulatih Sarawak Alberts menyalahkan rumput tebal sebagai sebab anak buahnya tak dapat beraksi dgn cemerlang menentang Sime Darby di suku akhir Piala Malaysia. Emmm.. pelik betul aku dengar alasan macm nih, nak gelak pun ada nih. Kira alasan ni unik gak ler. Di harap Rajagopal dan Ong Kim Swee jangan buat alasan macam nih tau. Jom layan citer  pasal Piala Malaysia nih dan juga cerita bolasepak yang lain.

Isteri Mat Yo Tendang Celah Kangkang Pengawal Keselamatan

thumbnail
Insiden kekecohan membabitkan isteri pemain bola sepak negara dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di sini, baru-baru ini, tersebar meluas di media sosial mulai kelmarin. Rakaman berdurasi 54 saat itu, turut menampakkan wajah Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali Mat Yo, yang menyaksikan ‘perang mulut’ antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Bagaimanapun, imej wanita berkenaan tidak kelihatan dalam rakaman yang dipercayai dibuat menggunakan telefon bimbit.Insiden itu berlaku pada jam 11.42 pagi, 12 September lalu.
Berikutan insiden berkenaan, kedua-dua pihak membuat laporan polis.

Sayonara Selangor

thumbnail
Banyak pula berita bolasepak semalam, banyak perlawanan berlangsung dan banyak keputusan yang best tak best.Seperti diramalkan, juara 32 kali, Selangor, FELDA United dan Terengganu menanggung aib tersingkir lebih awal ke suku akhir Piala Malaysia selepas tewas kepada lawan masing-masing, malam tadi.PKNS FC pula muncul pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati, sementara 12 pasukan lain terpaksa menunggu pada aksi terakhir, Sabtu ini bagi menentukan sama ada layak mengikut jejak kedua-dua pasukan berkenaan.
Selangor seri 1-1 dengan Tentera di Stadium Selayang, manakala FELDA tunduk mudah kepada Johor Darul Takzim (JDT) 2-5 di Stadium Temerloh dan PKNS FC pula membelasah T-Team 5-0 di Stadium Shah Alam.
Juara bertahan, Kelantan meleburkan impian Terengganu apabila menewaskan juara 2001 itu di laman sendiri 3-1.

RM59k kepada jurulatih Perancis?

thumbnail
Panas lagi isu bolasepak negara apabila di katakan FAM sanggup bayar gaji RM59k kepada jurulatih luar untuk bimbing skud kebangsaan tahun depan. Banyak gak tuh, tapi kalau boleh membangunkan bolasepak negara, takde salahnya. Risiko tinggi pulangan tinggi. Tapi biarlah berbaloi, jangan bayar mahal-mahal, tapi kemenangan tak seberapa. Apa pun aku sokong usaha baru nih, baru ada pembaharuan skit dalam bolasepak Malaysia.
 
Philippe Troussier (kredit BH)

Amri Yahyah jadi duta Habib

thumbnail
Goool goool dan goool. Camtu lah aku tengok bola semalam, 3 gol kena lah 3 kali sorak kan. Semangat kemain tengok Pestabola Merdeka nih. Harap-harap final sabtu ni boleh makan Myanmar sekali lagi. Dan syarikat jual barang kemas Habib ada buat koleksi Harimau Malaya! Barang-barang kemas sempena Harimau Malaya le nih, peminat-peminat bolasepak Malaysia boleh lah dapatkan koleksi ni yang berharga RM600. Berita ni dari kosmo aku  kongsi dengan korang semua.
 

Penerjun Kejohanan Terjun Dunia pakai kostum Superman

thumbnail
BARCELONA - Seorang penerjun pada Kejohanan Terjun Dunia berpakaian seperti adi wira Superman sebelum melakukan terjunannya di Barcelona, Sepanyol, lapor akhbar Daily Mail semalam.
 
Michal Navratil yang mengimpikan mahu terbang seperti watak kartun adi wira kegemarannya sewaktu kecil itu bertindak memakai kostum watak Superman ketika melakukan terjunan pada kejohanan berkenaan.Aksi ngeri Navratil, 28, yang berasal dari Republik Czech itu dirakam dan mendapat sambutan hangat selepas dimuat naik ke internet.
 

Johor DT sedia bayar Aimar RM6.1 juta

thumbnail
Johor Bahru: Jika benar Johor Darul Takzim (DT) sanggup membayar Pablo Aimar sejumlah RM6.1 juta untuk mendapatkan khidmatnya selama semusim, bekas pemain antarabangsa Argentina itu harus muncul pemain import termahal dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M).

Desas-desus kehadiran pemain berusia 34 tahun itu bermula bulan lalu apabila Aimar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.

Pemain yang sudah menamatkan kontrak bersama kelab Benfica di Liga Portugal itu dan pernah beraksi bersama River Plate di Liga Primera serta kelab, Valencia dan Real Zaragoza dalam saingan La Liga turut menyaksikan perlawanan Liga Super membabitkan Johor DT dan Lions XII di Stadium Jalan Besar, 22 Jun lalu.

Piya, Azammuddin terpaksa digugur

thumbnail
Kelana Jaya: Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal terpaksa menggugurkan kapten Kelantan, Badhri Radzi dan penyerang Pahang, Azammuddin Akil selepas kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan.

Sebagai ganti, Rajagobal memanggil dua pemain senarai menunggu iaitu Junior Eldstal dari Sarawak dan Christie Jayaselan, Tentera.
Daripada 27 pemain yang dipanggil, hanya 24 pemain melapor diri di Wisma FAM, petang semalam termasuk Eldstal dan Christie.


Kelibat Piya, Azammuddin dan seorang lagi pemain Kelantan, Nor Farhan Muhammad yang isterinya baru bersalin, kelmarin, tidak kelihatan.

Fadhli Shas dan K Reuben pula masih bersama skuad Ong Kim Swee di Kazan, Russia untuk Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2013.

Eldstal, Christie jadi pengganti

"Kita tak mahu tunggu lama selepas mengetahui Badhri cedera hamstring dan tangan Azammuddin pula masih belum pulih sepenuhnya.
Jadi kita panggil dua pemain, Eldstal dan Christie menggantikan mereka, kata Rajagobal ketika ditemui pada hari pertama kem latihan skuad negara, petang semalam.

Bagaimanapun, pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013, Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya tetap perlu datang kerana doktor dan fisioterapi FAM perlu mengesahkan kecederaan yang dialaminya