Home » , » Johor DT sedia bayar Aimar RM6.1 juta

Johor DT sedia bayar Aimar RM6.1 juta

Johor Bahru: Jika benar Johor Darul Takzim (DT) sanggup membayar Pablo Aimar sejumlah RM6.1 juta untuk mendapatkan khidmatnya selama semusim, bekas pemain antarabangsa Argentina itu harus muncul pemain import termahal dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M).

Desas-desus kehadiran pemain berusia 34 tahun itu bermula bulan lalu apabila Aimar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.

Pemain yang sudah menamatkan kontrak bersama kelab Benfica di Liga Portugal itu dan pernah beraksi bersama River Plate di Liga Primera serta kelab, Valencia dan Real Zaragoza dalam saingan La Liga turut menyaksikan perlawanan Liga Super membabitkan Johor DT dan Lions XII di Stadium Jalan Besar, 22 Jun lalu.



Terima kasih kerana membaca Johor DT sedia bayar Aimar RM6.1 juta. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan