Sebab baju kurung ni pasaranya luas. Mesti setiap orang ada
baju kurung kan untuk pelbagai jenis majlis seperti hari raya, kenduri kahwin
dan majlis-majlis rasmi. Terdapat pelbagai jenis baju kurung ( Nampak macam
sama tetapi berbeza ) dan tak semuanya laris, kena tahu mana yang laris mana
yang tak.
Orang perempuan mesti suka baju kurung. Selain pakai baju
kurung, apa kata korang jual baju kurung kat kekawan. Kalau dapat pembekal yang
boleh bekalkan dengan harga murah, kenapa tidak cuba kan.
Orang sekarang ni malas nak tempah – lambat. Beli yang dah
siap, senang dan cepat. Inilah pasaran baju kurung kat Malaysia.
Buat duit dengan baju kurung
Sebenarnya korang boleh buat duit dengan baju kurung ni
kalau korang tahu caranya. Modal tak banyak, bawah rm1000 sahaja untuk mulakan
jualan dan untuk ambil stok dengan harga murah. Cuma korang kena tahu kat mana
nak ambil atau cari pembekal baju kurung nih.
![]() |
| Baju kurung Telok belanga |
Kalau ambil dengan pembekal, korang tak memerlukan kemahiran jahit baju kurung pun untuk mulakan bisnes baju kurung nih tetapi kalau tahu
menajahit satu kelebihan la. Korang tempah dari pembekal dengan harga peniaga
dan jual kembali ke pelanggan korang.
Korang kena tahu
macam mana cara nak letak harga baju kurung tersebut.
Cara jual baju kurung
Korang tahu tak cara nak jual yang berlesen baju kurung ni
macam mana? Kena belajar dan belajar terutamanya daripada peniaga baju kurung
sendiri sebab mereka lebih tahu dan berpengalaman.
Pengalaman penting walaupun
korang ada degree, korang kena cari pengalaman gak untuk menjual.
Cara panjang korang
try dan error le tetapi kalau korang nak cepat korang ambil pengalaman orang
lain. Korang boleh ambil perkongsian daripada peniaga baju kurung untuk dapat info
tentang bisnes sbaju kurung nih.
Melabur sikit untuk mulakan bisnes tak salah. Kalau korang
mulakan tanpa ilmu, lagi lah berisiko. Lebih baik kumpul ilmu, yakin dan
teruskan langkah seterusnya. Ini boleh meningkat kemungkinan korang akan
Berjaya.
Mulakan segera tetapi fahamkan betul-betul apa yang di
kongsikan dalam info bisnes baju kurung tuh.
