Ramai yang sedang bercuti di hujung tahun. Ada yang isi masa cuti dan pergi ke seminar pelaburan hartanah.Ada yang baca buku pelaburan hartanah. Ada yang pergi 'shopping' rumah, sebab tahun ini adalah tahun terakhir projek perumahan boleh memberikan Developer Interest Bearing Scheme (DIBS).
Tahun ini juga tahun terakhir di mana pemaju perumahan boleh memberi diskaun untuk projek-projek perumahan. Mulai tahun depan, harga rumah di dalam Sell and Purchase Agreement mestilah harga bersih selepas diskaun (Nett Price).
Jadi, tidak hairanlah ramai yang sakan beli rumah bulan ini!