Tip beli produk informasi di internet.

thumbnail
Ramai yang komplen dan mengatakan sudah beratus dan beribu dihabiskan tetapi tak ada satu hasil pun.

Sebenarnya, hasil itu ada - anda lebih bijak.Tapi yang lebih bijak ialah, anda guna ilmu yang dipelajari tersebut dan praktikkan. Lepas itu, jangan beli lagiproduk-produk informasi lain melainkan produk-produk tersebut akan membantu anda ke arah kejayaan usaha anda.


Contohnya, anda sudah beli banyak produk informasi berkaitan FB Ads, Ebay, Amazon,Clickbank dan sebagainya dan anda pilih untuk mencari duit melalui eBay. Jadi, berusaha untuk menjana pendapatan melalui eBay sahaja dahulu dan jangan beli produk informasi yang tidak berkaitan dengan eBay. Amazon pun ditolak tepi. Clickbank pun dilupakan buat sementara waktu.

Yang anda fokus... eBay, eBay, eBay.