Sayonara Selangor

thumbnail
Banyak pula berita bolasepak semalam, banyak perlawanan berlangsung dan banyak keputusan yang best tak best.Seperti diramalkan, juara 32 kali, Selangor, FELDA United dan Terengganu menanggung aib tersingkir lebih awal ke suku akhir Piala Malaysia selepas tewas kepada lawan masing-masing, malam tadi.PKNS FC pula muncul pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati, sementara 12 pasukan lain terpaksa menunggu pada aksi terakhir, Sabtu ini bagi menentukan sama ada layak mengikut jejak kedua-dua pasukan berkenaan.
Selangor seri 1-1 dengan Tentera di Stadium Selayang, manakala FELDA tunduk mudah kepada Johor Darul Takzim (JDT) 2-5 di Stadium Temerloh dan PKNS FC pula membelasah T-Team 5-0 di Stadium Shah Alam.
Juara bertahan, Kelantan meleburkan impian Terengganu apabila menewaskan juara 2001 itu di laman sendiri 3-1.