Cara jual khidmat/produk di ilancee

thumbnail
Buat duit dengan ilancee. Sebelum ni saya da kongsikan satu portal yang agak-agak baru lah, ilancee ni. Kat sini kita boleh jual servis kita kepada orang lain, ini ala-ala fiver le tapi yang ni fokus ke Malaysia user.

Satu idea yang bagus ilancee nih dan juga selamat sebab admin akan kontrol pembayaran. Bagus gak untuk pihak ilancee kerana boleh gak jual produk-produk affiliate dari program yang lain di samping menyediakan platform untuk orang lain juga menawarkan khidmat mereka. Bravo!

Saya nak kongsikan sikit macam mana ilancee ni berfungsi, macam mana ilancee ni buat kerja dia. Boleh percaya ke atau penipuan semata-mata?

Bagaimana nak buat duit di iLancee.com?


Di iLancee.com, anda boleh buat duit dengan menjual kemahiran yang anda ada. Sebagai contoh anda berkemahiran dalam bina blog, website, reka grafik dan sebagainya, anda boleh senaraikan kemahiran anda di sini.

buat duit ilancee
Apa itu ilancee?

Jika Gig/servis yang anda tawarkan adalah menarik, admin akan buatkan feature post secara percuma (bernilai RM10). Format jualan yang digunakan di iLancee.com adalah seperti berikut:

Saya akan membina web untuk anda dengan RM35
Saya akan jual 1000 koleksi grafik kepada anda dengan RM50
Perhatikan warna merah yang diboldkan. Itu adalah format jualan di iLancee.com

Servis/Gig yang tidak diterima di iLancee.com


Antara yang tidak diterima di iLancee.com adalah:

Perkhidmatan rumah sewa/kereta dan sebagainya
Jualan produk fizikal seperti ubat, selimut dan sebagainya (kecuali kraftangan)
Jualan makanan dan seumpamanya

iLancee.com tempat selamat jual Beli


Beli servis di iLancee.com dengan selamat. Anda sebagai seorang Buyer jangan rasa curiga anda ditipu. ilancee di sini akan refund duit anda jika seller tidak siapkan kerja atau cubaan menipu anda.

Sebab itu anda dilarang sama sekali  bertukar maklumat seperti no. telefon, email, facebook
dan sebagainya. Jika anda ditipu di luar iLancee.com, ilancee tidak akan dapat menolong anda
untuk dapatkan duit kembali.

Untuk ketahui lebih lanjut penggunaan iLancee.com ni, anda boleh layari blog ilancee.com

Buat duit dengan iLancee.com

thumbnail
Kat mana nak jual servis korang serendah rm5? Ramai yang hebat-hebat di Malaysia bab-bab blogging ni tetapi kalau korang tak offer servis korang tuh, rugi gak tau. Sebenarnya korang boleh buat duit dengan skill yang korang ada tuh mengikut harga yang korang suka le. Korang offer servis korang tuh, letakkan detail kat satu website nih dan bakal pelanggan akan gunakan platfprm yang sama gak untuk deal dengan korang. Jika dua-dua belah pihak setuju, deal le  bisnes tuh. Servis yang simple-simple jer. Mana le tahu apa yang simple untuk korang, susah untuk orang lain.


iLancee.com tempat offer khidmat blogging

buat duit ilancee
ilancee - tawarkan kepakaran korang

Kalau kat oversea dah banyak website yang sediakan portal untuk tawarkan khidmat-khidmat yang senang-senang jer. Kat Malaysia pun ada gak, baru lagi nih. Masih panas di mana korang boleh jual khidmat korang dengan harga serendah rm5 sahaja. Nak letak harga lain pun boleh bergantung kepada apa khidmat yang korang cuba tawarkan.

Contohnya:

Buat blog
Setting seo / meta tag
Design banner / header
Naikkan like facebook
Tukar nama facebook page untuk lebih 200 likers


Cara tukarkan skill korang ke duit

Senang sahaja dengan iLancee.com. Korang daftar ilancee.com free jer, tawarkan khidmat korang, letak maklumat lanjut dan harga. Tunggu bakal pelanggan hubungi anda dan cuba close deal.

Kalau khidmat yang susah nak buat atau susah nak dapat, senang le korang dapat duit dengan iLancee.com.
Saya pun dah daftar dan cuba-cuba iLancee.com nih tapi belum ada pelanggan lagi la.  Saja cuba-cuba sebab free je. Senang le nak daftar lat iLancee.com. Nak buat tawaran khidmat pun senang, mesra pelanggan gitu ah.


Try ah, mana tahu skill korang tuh boleh buat duit secara online.