Home » , , » Cuti – Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

Cuti – Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

4 May 2012 aku dgn family bercuti ke Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu, bukan di taja oleh sapa2, ini sendiri bayar dengan sedikit diskaun dari tutt. Best gak sekali sekala jalan-jalan ni, bawak famili plak kan. Dulu aku pernah kerja di Terengganu ( gali minyak ni tengah laut ), jadi aku tahu skit2 jalan kat kemaman/paka/cherating tuh. Itu laluan aku rempit dulu hoho.

Macam mana nak pegi Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu?



Aku dari subang jaya, terus naik kesas highway, karak, lebuhraya Pantai Timur hingga exit terakhir iaitu Jabur. Jarak perjalanan dari subang jaya ke jabur dalam 280km, lebih kurang 3 jam kalau maintain 120 – 150 km per jam. Lebuhraya pantai tumir memang clear, tak banyak kereta dan juga jalan lurus je. Tak macam karak highway, bukit-bukit
Exit Jabur, nanti ada 2 simpang iaitu kuantan dan kuala Terengganu ( kemaman ). Ikut kuala Terengganu cherating kemaman dan kijal. Jarak dari Jabur ke kijal dalam 40 km. Jadi total km dari subang jaya ke kijal 320 km.

Bilik 642 sea view Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu









Check in bilik ngadap laut skit, baru best. Harga dalam rm 341, korporat rate dapat rm218, banyak gak tu kan awana bagi less utk katil king size. Bilik ni macam bilik lama je sbb resort ni resort lama, dah banyak untung ni.
Air flush kat toilet tak berapa ok, flush2 kena byk2 kali baru ok. Kena improve ni skit.

Swimming Pool Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu


Ini perkara pertama aku buat dgn family sbb anak sulung aku mmg suka mandi kat kolan resort atau hotel ni. Check in pukul 5 petang, turun kolam pukul 6 petang. Ada le 2-3 famili tgh  mandi manda. Sebelum aku lupa, takde welcome drink pun. Siot je Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu ni, minum free pun takde utk customer dtg jauh2.
Tapi kolam renang Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu terbaik. Bagi aku sama taraf dengan the Legend Cherating.










Kemudahan lain

Tenis, pool, golf, catur gergasi, spa dan dan apa lagi eh. Aku nak review pun tak tahu sbb aku tak pernah cuba.

Dinner di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

Nak dinner kat Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu mahal plak kan. Jadi aku bawak family aku mkn kat luar, di Zara Restoran Dan Café, depan Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu je. Perghh ramai org siot Zara Restoran Dan Café ni tapi tunggu takde le lama sangat setakat pesan siakap masak halia dan sayur. 2 dewasa dan sorang budak kos dalam rm40. Ok ke tak ok? Ok la siakap masak halia ni.
Rasa boleh tahan. Takde bau hanyir dan juga bekas letak ikan ni pun berbentuk ikan gak hehe. Nampak budak2 petronas pun makan kat sini gak.

Wifi bayar siot di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

Lepas dinner, lepak lobby jap sblm naik bilik, wifi ada password, kena bayar tu. Tak sangka aku resort sebesar ni kena bayar wifi walaupun tak ramai org guna.
What the hell! KFC pun free wifi. Bagi aku sekarang ni wifi sepatutnya free je.



 


Sblm tidur di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu


Layan tv kata cembung kat bilik 642, bile nak upgrade tv flat skrin ni, tapi setakat ni aku belum jumpa lagi hotel yg guna flat skrin. Kira ni perkara biasa. Suasana malan dari dalam bilik tak boleh Nampak pemandangan pantai yg indah tu sbb gelap sangat.

Breakfast di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

2 orang free le, anak kecik pun kira free gak le. Makanan utk makan pagi ni banyak pilihannya. Tapi bagi aku tak boleh lawan dgn the legend lagi, legend  lagi best. Di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu ni kira ok la, banyak gak le aku bedal sbb dah free kan. Siap aku pau yogurt lagik masuk beg. Oppss, kantoi ni. Halal ya.
Lepas minum pagi, mandi kolam lagik hehe, best tul kolam sini, ada cendawan turunkan air hujan.

Check out dari Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

Check out pukul 1.00 pm. Boleh guna awana kad untuk kumpul point. PONEY salah satu jenama pakaian ni satu group dengan  Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu ni ye. Bye bye Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu. Kalau ada promosi menarik nanti, email2kan lah  kat aku, nanti aki pegi lagi.

Mesra Mall Kijal














Terbalik pun takpe le ye.. hehe


Lunch kat Mesra Mall Kijal, food court le mana lagi. Nak try skit masakan local Terengganu kat sini, tapi hampa, satu je gerai tempatan Terengganu iaitu nasi kukus kijal ( kalau tak silap le ). Lain2 masakan semua ada byk kat kl.
Kat Mesra Mall Kijal ada macam2 kedai macam reject shop, vincci, giant, popular dan paggung wayang pun ada. Satu tingkat je Mesra Mall Kijal ni. Lepas tu pukul 6pm bertolak balik ke kl

Keropok Lekor

Singgah beli keropok lekor di chukai. Hujan pulak lebat dan hari dah malam dalam perjalanan balik dari kemaman  ke kl.
“ Ini review ikhlas aku, bukan aku di bayar utk buat review ni seperti kebanyakkan blogger yg di jemput dtg ke resort atau hotel, di beri penginapan percuma dan layanan 1st class. Aku saja je nak kongsi pengalaman aku di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu dengan korang yang sudi baca.”




Terima kasih kerana membaca Cuti – Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen: