Home » » Rugi Bila Membeli Rumah!

Rugi Bila Membeli Rumah!

Kenapa pula rugi beli rumah, beli rumah mestilah untung sebab makin lama harga rumah makin naik. Betul tu tetapi mari kita cuba bincangkan dari sudut yang lain. Beli rumah yang kita mampu bayar hingga tahap maksimun ni maksudnya kalau kita mampu bayar bayaran bulanan kepada bank untuk pinjaman rumah ialah sebanyak rm1000, kita beli rumah yang bayaran bulanannya sebanyak rm1000. Macam pening sikit sikit.

Itulah kemampuan maksimum kita untuk buat pinjaman perumahan untuk bayar rumah. Kalau anda beli rumah yang bayaran bulanannya rm700  itu dah di kira di bawah tahap kemampuan. Ini yang saya nak sampaikan ialah anda membayar rumah hingga ke tahap maksimum anda mampu, maknya tiada lebihan lagi dalam akaun anda untuk buat benda yang lain. Apa yang nak saya kongsikan ini, peguam hartanah pun tak berkongsi benda-benda macam ni.



Kenapa rugi membeli rumah tahap maksimum status kewangan


Memang rugi, walaupun anda berasa selesa kerana rumah tersebut sudah tentu lebih bagus berbanding dengan rumah yang di beli di bawah tahap kemampuan.

jangan beli rumah


Tak boleh nak enjoy dengan keluarga - kerana kekangan kewangan. Duit di perhabiskan hanya untuk membayar rumah hinggakan tiada lebihan duit untuk berhibur dengan keluarga seperi traval, tengok wayang, makan sedap-sedap dan sebagainya. Iya benda ni terjadi kepada ramai orang. Hutang yang paling banyak nak bayar dan paling lama ialah hutang rumah.

Tak boleh nak buat pelaburan lain - iya memang tak boleh sebab tiada modal - dah habis bayar rumah bulan-bulan. Memang le best dok rumah besar tetapi sakit nak bayar  bulan-bulan tu. Nak buat pelaburan lain tak dapat le, takde duit lebih. Hujung bulan sesak skit. Cam le keadaannya bila beli rumah dekat kemampuan maksimum. Nak buat duit dengan rumah lelong pun tak dapat.

Jadi, berhati-hati bila nak beli rumah pertama. Kaji dulu kemampuan anda dan aktiviti anda dan keluarga supaya masa bersama keluarga lebih bermakna.


Terima kasih kerana membaca Rugi Bila Membeli Rumah!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan