Piala FA baru yang diperkenalkan FAM.
Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus menerusi laman sosial kononnya kakitangan awam dan swasta di negeri ini bakal diberi cuti peristiwa selama sehari atas kejayaan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei ini.
Sebelum ini, penjawat awam dan swasta di Kelantan pernah diberi cuti peristiwa apabila Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010.
Mereka juga mendapat cuti peristiwa apabila pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu tahun lepas.
Bercakap kepada Bernama di sini, Dr Zainuddin berkata cuti peristiwa yang diberikan sebelum ini ialah bagi memberi peluang dan keselesaan kepada peminat bola sepak Kelantan pergi ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.
“Jika tidak diberi cuti, kebanyakan penyokong akan menghadapi masalah untuk pulang bekerja pada keesokan harinya yang merupakan hari bekerja,” katanya bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara itu. — Bernama
0 Komen:
Catat Ulasan