Home » » Penyokong Kelantan naik EX5 ke Shah Alam kemalangan di Raub-Kuala Lipis

Penyokong Kelantan naik EX5 ke Shah Alam kemalangan di Raub-Kuala Lipis

RAUB - Seorang penyokong pasukan Kelantan maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal yang dinaiki terbabas semasa dalam perjalanan menyaksikan perlawanan akhir pasukan itu menentang Angkatan Tentera Malaysia dalam kejadian di di Kilometer 328, Jalan Raub-Kuala Lipis di sini semalam.
Mangsa Muhamad Saiful Daud, 19, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 mati di tempat kejadian, manakala sepupunya, Mohd. Zulkarnain Mohd. Yusof, 18, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai - Al-Fatihah
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai dalam perjalanan ke Shah Alam.
"Mangsa dipercayai terbabas ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pemeriksaan di dalam beg mangsa ditemui bendera dan jersi skuad Kelantan.
Sementara itu, di Kuala Krai, ibu Muhamad Saiful, Noraini Abd. Rahman, 43, berkata, mangsa sebelum ini tidak merancang menonton perlawanan akhir bola sepak tersebut di Shah Alam.


Terima kasih kerana membaca Penyokong Kelantan naik EX5 ke Shah Alam kemalangan di Raub-Kuala Lipis. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan