Ramai yang gagal perniagaan internet kerana tidak tahu
asas-asas perniagaan internet. Banyak asas-asas perniagaan internet yang mesti
di ketahui oleh pemilik perniagaan internet – mesti tahu benda-benda simple
camni, takkan nak harapkan orang lain.
Kalau nak suruh orang lain buat, memang boleh tapi kena ada
kos yang terlibat sedangkan korang boleh buat sendiri jer benda asas dalam
perniagaan internet nih.
Apakah antara asas-asas perniagaan internet yang perlu di
ketahui oleh peniaga internet? Saya cuba kongsikan tajuk-tajuk utamanya sahaja,
kalau nak detail silalah ke google ye. Rajin skit cari baru senang nak ingat
dalam fikiran masing-masing.
Cara terima bayaran
Yang ni memang lah penting. Nak terima bayaran dari
pelanggan, mesti ada caranya yang menyenangkan pelanggan. Kalau susah, nanti
pelanggan tuh tak nak beli pula barang daripada blog kita.
Cuba sediakan cara bayaran yang menyenangkan dan mudah untuk
pelanggan guna. Tak semua pelanggan tahu IT tau, ada hanya tahu nak beli
sahaja, nak klik itu dan ini takut.
Jadi sebagai pemilik perniagaan internet, kita kena tahu
cara-cara terima bayaran daripada perniagaan internet yang di gunakan di
Malaysia.
Buat Kajian
Kita kena tahu cara buat kajian pasaran. Kita kena kaji
produk apa yang popular dan boleh di jual. Kena tahu juga cara-cara nak
letakkan harga barang. Katakan kita import produk dari China dengan harga
murah, camne nak letak harga setiap unit barang tuh.
Kajian penting dalam perniagaan online |
Ada skill jugak supaya kita boleh memaksimunkan keuntungan.
Jangan letak murah sangat atau tinggi sangat. Seni letak harga barang ni
kenalah belajar atau baca kat mana-mana panduan.
Selain tu kenalah pandai membuat penilaian pasaran dan juga
ke atas pesaing kita. Pesaing kita tentukan bukan calang-calang orang dan dia
pun ada strategi dia jugak. Kita boleh tiru cara dia kalau cara tuh berkesan.
Kita kena kaji apa yang pesaing kita buat dan kita cuba buat
lebih daripada dia di dalam perniagaan ineternet.
Banyak lagih tip tip, benda-benda basic yang korang kena
tahu dalam perniagaan internet. Apa kata korang pertimbangkan ilmu asas perniagaan internet nih, banyak info terkandung dalam nih, info yang
biasa-biasa tapi bermanfaat dan kebanyakkan peniaga internet belum tahu lagih
atau malas nak cari kat google.
Pelaburan korang pasti berbaloi sebab ilmu tuh boleh guna
sampai bila-bila.
terbaik bro..memang bagus tips nie untuk newbies macam aku
BalasPadamotai selalu merendah diri cam ni ler.
PadamAku pun adalah sedikit sambilan buat perniagaan online. Post ni pun sedikit sebanyak memberi semangat dan lebih berhati-hati dalam perniagaan online nanti. tq bro. :D
BalasPadamsentiasa bersemnagat bro, itu yg penting. Kalau malas, apa pun tak nak buat. Good luck dlm bisnes online bro.
PadamTerima kasih untuk tips
BalasPadam