Home » » Tasha Shila bercinta dengan Mahali Jasuli ( pemain bolasepak negara ) ?

Tasha Shila bercinta dengan Mahali Jasuli ( pemain bolasepak negara ) ?

KUALA LUMPUR 11 April - Pelakon cantik, Tasha Shilla, 26 berharap kenyataan jujurnya mengenai hubungan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, 24, tidak dianggap percubaan menutup kontroversi sebelum ini dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk J.
Menurut Tasha, dia jujur memberitahu media mengenai hubungannya dengan Mahali baru saja bermula sejak lima bulan lalu dan masih di tahap 'berkawan'.

"Pengakuan saya berkawan dengan Mahali ini bukan menutup kontroversi dengan Datuk J yang dihebohkan sebelum ini. Kontroversi dengan Datuk J itu pun bukan ciptaan saya, saya tidak kenal pun siapa ahli perniagaan itu.
"Jadi, tidak benar kalau cerita hubungan persahabatan saya dengan Mahali ini sengaja direka-reka untuk tutup kontroversi lama itu," kata Tasha kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Shah Alam semalam.
Pelakon ini dikaitkan dengan pemain bola sepak yang menyarung jersi Selangor itu setelah dilihat hadir meraikan majlis sambutan hari jadi Tasha beberapa bulan lalu.
Semenjak itu, hubungan mereka terjalin, tetapi masih atas landasan sebagai kawan biasa.
Menurut Tasha dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungannya dengan Mahali boleh berkembang selepas ini.
"Baru lima bulan berkawan, masih terlalu awal untuk melihat ke mana hubungan ini boleh pergi," katanya lagi.
Ditanya mengenai keistimewaan lelaki itu di matanya, menurut Tasha sifat jujur yang ada dalam diri Mahali memperlihatkan ciri-ciri sebagai seorang lelaki yang baik.



Terima kasih kerana membaca Tasha Shila bercinta dengan Mahali Jasuli ( pemain bolasepak negara ) ?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan