Home » » Mat Yo marah, buang pingat dalam tong sampah

Mat Yo marah, buang pingat dalam tong sampah

Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin. Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

Marah, kecewa


Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.

Perlu sokongan


Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.

Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring


Terima kasih kerana membaca Mat Yo marah, buang pingat dalam tong sampah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



10 Komen:

  1. Mat Yo mmg penyerang terbaik Malaysia. Sayangnya, jentera tengah JDT tak berfungsi baik utk supply bola2 cantik pada dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya, aku pun nampak mat yo mmg bersungguh, tapi hampa sbb tgh tak jalan

      Padam
  2. Pemain tengah JDT tak buat ape.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh, tengah JDT kena improve lagi. Beli Piya musim depan... hehe

      Padam
  3. DT pon akan buang jugak.. banyak sangat pingat kt rumah. ahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat tempat ke-2 tak heran tuh sbb tu buang.. star katakan.

      Padam
  4. Dah marah sangat ni. Setujulah bro, takda sokongan rakan sepasukan memang payah.

    BalasPadam
  5. walaupun terror, tapi rakan tak support, tu yg tewas tuh. kempunan audi kot

    BalasPadam
  6. Hehe..marah tak kena tempat tu..hehe..marah buat apa kan..dah adat permainan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah le, dah banyak pingat sangat le tu kot. Tapi sikap macam ni yg gegirl selalu suka kan??

      Padam