Home » » Kes rogol atlet SUKMA

Kes rogol atlet SUKMA

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengarahkan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menggantung serta-merta semua atlet, pegawai, pengurus pasukan dan jurulatih yang melanggar peraturan Perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA) 2013.Katanya, kesalahan itu termasuk membawa masuk minuman keras ke perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, serta melakukan jenayah seperti kes rogol yang didakwa membabitkan beberapa atlet pasukan bola baling Wilayah Persekutuan, Rabu lalu.
"Ini tanggungjawab MSWP dan saya minta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, berbincang mengenai tindakan awal, bukan hanya ke atas tiga yang dituduh (merogol), tetapi semua atlet dan pegawai yang terbabit insiden sebelum kejadian rogol didakwa berlaku.


Serah kes kepada polis

"Jenayah rogol kita serahkan kepada polis, tapi bawa minuman keras yang melanggar disiplin SUKMA di bawah tanggungjawab MSN dan kementerian. Kes minuman keras sudah terbukti dan tidak boleh dimaafkan," katanya selepas perlawanan akhir ragbi SUKMA 2013 di UPM, semalam.

Khairy mengulas laporan BH semalam, mengenai remaja berusia 19 tahun yang mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar, Rabu lalu di bilik penginapan Perkampungan Sukan Kolej Kedua UPM ketika temasya SUKMA 2013 berlangsung.

"Kita gantung semua atlet dan pegawai terbabit, Persatuan Bola Baling Wilayah Persekutuan serta MSWP diminta memutuskan nasib mereka. Ini saranan serius kementerian serta MSN dan surat rasmi akan dikeluarkan," katanya.
Sambil mengesahkan mangsa bukan atlet, sebaliknya pegawai tambahan pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang namanya tiada dalam dalam senarai diserahkan kepada MSN, beliau berharap, remaja berkenaan yang sehingga kini tidak dapat dihubungi, tampil membantu siasatan.

Di Johor Bahru, Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (MHF), Pandak Ahmad, berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya jenayah seks membabitkan atlet sukan itu dan menyifatkan kes berkenaan sebagai sungguh memalukan kerana berlaku di perkampungan sukan.

"Pihak terbabit perlu dikenakan tindakan termasuk digantung daripada perlawanan, malah mereka yang menyeludup minuman keras juga harus dikenakan tindakan," katanya sambil menambah MHF menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan.


Terima kasih kerana membaca Kes rogol atlet SUKMA. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



5 Komen:

  1. itu akibatnya kalau dah mabuk.

    BalasPadam
  2. Seks dan sukan sepatutnya tak boleh bersama...

    BalasPadam
  3. kena puasa seks masa main sukan.

    BalasPadam
  4. Tahulah seks untuk kesihatan..org suruh sukan, sukan aje lah...emmm..setuju dengan apa yang KJ cakap kan tempoh hari..

    BalasPadam