Syarikat pemaju hartanah, RBI Land Sdn Bhd merancang untuk membina 30,000 unit rumah mampu milik untuk penjawat awam di seluruh negara menerusi tanah-tanah rizab Melayu dan tanah lain yang dimajukan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Ibrahim berkata projek dikenali sebagai Perumahan Penjawat Awam (Proper) itu akan membangunkan perumahan jenis kondominium yang menampilkan reka bentuk moden dan harga berpatutan.
"Kita telah menetapkan harga standard untuk rumah-rumah ini tanpa mengira lokasi mana projek perumahan ini dimajukan melibatkan Lembah Klang yang dirancang siap dibina pada 2017, sebelum diperluaskan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Prosper oleh Pengerusi Jawatankuasa Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Noor Abdullah dan Pengerusi RBI Land Datuk Mohd Rani Abd Rashid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari Sabtu.
Roslan berkata syarikat yakin projek yang menyasarkan penjawat awam berumur 21 hingga 35 tahun itu akan mendapat sambutan kerana faktor harganya yang murah dan lokasi strategik selain menawarkan pelbagai imbuhan untuk pembeli rumah.
"Ini termasuk baucar perabot sehingga RM20,000, pakej umrah untuk dua orang di samping peluang pelaburan bank," katanya.
Di majlis itu juga, syarikat tersebut memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk tabung tragedi Lahad Datu.
Kita tunggu pengumuman harga rumah. Nampaknya lokasi pun belum ditentukan. Bila agaknya projek ni nak mula?
BalasPadamperingkat awal lagi ni rasanya.
PadamBoleh cuba dapatkan satu rumah mampu milik macam ni..
BalasPadamkena alert pengumuman bro takut terlepas
Padamharap harganya mampu milik bagi penjawat awam bawahan ni.
BalasPadambiasanya tolak harga tanah ( harga tanah dalam 30% dr harga rumah )
PadamWahhh berita menarik untuk saya dan isteri ni..harap ada lah rezeki..tak sabar nak tahu pengumuman selanjutnya...hehe
BalasPadamfollow rapat dgn info nih bro, ramai nak ambik peluang nih
PadamNasib baik aku dah beli rumah awal-awal lagi.
BalasPadam