Tip untuk membeli rumah pertama dengan segera!

thumbnail
Semua orang mahu memilikki rumah masing-masing sama ada mampu atau tidak. Membeli rumah pertama adalah satu kemahuan semua terutamanya yang baru kahwin dan baru bekerja setahun dua. Memilikki rumah boleh juga menjadi lambang kepada pekerjaan anda.

Tetapi masih ramai yang tidak mampu membeli rumah. Ramai yang juga yang sebenarnya mampu tetapi di sebabkan beberapa faktor, mereka terlepas untuk membeli rumah seawal mungkin apabila telah mampu. Ini merupakan satu kerugian kerana harga rumah semakin lama semakin naik. Kalau boleh beli seawal mungkin setelah berkemampuan atau pun gaji telah mencukupi.

Proses membeli rumah ini melibatkan banyak proses tetapi tak perlu bimbang kerana ada kita akan upah peguam hartanah yang kita boleh rujuk. Itu semua adalah kerja mereka kerana kita yang mengupah mereka di dalam perjanjian beli rumah atau hartanah kelak.

tip beli rumah pertama


Tip untuk membeli rumah pertama yang sepatutnya anda tahu


1. Semak kemampuan kewangan anda - anda kena tahu kemampuan kewangan anda jika hendak membeli rumah. Caranya pergi ke bank, jumpa pegawai dalam hal loan rumah dan tanya dia berapa maksimun harga rumah yang anda mampu beli dengan gaji anda sekarang. Ataupun jika dah kahwin, campur gaji kedua-dua isteri dan suami. Lepas tu baru boleh cari rumah.

2. Proses memcari rumah sesuai - buat survey secara online dan melawat tapak-tapak pembinaan. Pilih lokasi yang anda suka seperti dekat dengan tempat kerja sebab banyak benda boleh dijimatkan seperti kos petrol kereta dan juga masa perjalanan. Selain itu dapat lebih masa berada di rumah dengan keluarga. Banyak kelebihannya tu. Selain itu dapat juga membantu memberikan motivasi untuk pergi kerja.

Bacaan: Rahsia ejen hartanah di dedah!

3. Lawat bakal rumah yang anda nak beli - cuba tengok kedudukan matahari arah mana. Tengok bentuk muka bumi - tempat yang berbukit ke atau lembah. Ini semua kalau tengok di peta je tak nampak. Cuba tengok juga, ada kawasan lapang tak sekitar rumah anda. Maksud saya tanah kosong. Kalau ada jangan suka dulu la sebab kat situ mungkin ada projek lain di kemudian hari.

4. Beli dengan pemaju berkaliber - ini untuk mengelakkan rumah lambat siap atau terbengkalai. Kalau jadi, naya  sebab loan bank masih kena bayar seperti biasa.

5. Jangan takut untuk membeli - jika rasa rumah tu anda dah suka tetapi harga tinggi, jangan takut. Selagi anda mampu bayara, belilah sebab kalau anda tak nak, nanti boleh buat pelaburan hartanah jual atau sewakan.

Itu dia tip untuk membeli rumah pertama. Lokasi rumah sangat penting kerana sekali beli, dah tentu nak tinggal lama kat situ kan.

Permohonan rumah pr1ma di Bandar Meru Raya Ipoh di tutup 20 September 2015

thumbnail
Pembelian rumah merupakan satu pelaburan dan pinjaman jangka masa panjang untuk semua orang. Memandangkan harga rumah semakin meningkat setiap tahun di akibatkan pelbagai faktor terutamanya permintaan yang melebihi penawaran, maka perkara ini tidak dapat dielakkan.

Rumah pr1ma adalah salah satu peluang untuk kita semua memilikki rumah sendiri dengan harga yang lebih murah, Perumahan pr1ma di bangunkan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah rakyat untuk membeli rumah mengikut kemampuan di lokasi yang strategik. Selain itu terdapat juga rumah yang di namakan Rumah Selangorku terbaru di Bandar Saujana Putra.

Tetapi tidak mudah untuk mendapatkan rumah pr1ma memandangkan semua orang juga  ingin memilikki rumah pr1ma ini. Dengan syarat-syarat rumah pr1ma yang minimin, permohonan untuk rumah pr1ma sangat tinggi.

Rumah pr1ma yang baru di buka permohonannya ialah rumah pr1ma di Bandar Meru Raya dan akan di tutup permohonannya pada 20 September 2015. Sekejap je kan, mungkin di sebabkan permohonan online ni di mana hanya beberapa klik sahaja untuk menghantar permohonan dengan syarat anda telah mengisi butir-butir peribadi sebelum ini.



Rumah Pr1ma Bandar Meru Raya Ipoh

Setelah permohonan laris pada pembukaan rumah pr1ma yang lepas ( July 2015 ), pada kali ini di harap anda tidak terlewat untuk menghantar permohonan. Rumah pr1ma ni anda kena duduk di sini, tidak boleh di sewakan kepada orang lain.


rumah pr1ma di Bandar Meru Raya Ipoh

Jika anda masih baru, anda boleh cuba tanya kepada peguam tentang hartanah ni dan terdapat kira-kira 40 soalan yang di tanya kepada peguam hartanah untuk membantu anda. Ini boleh membuatkan anda buka mata tentang hartanah yang mana jika anda masih belum pernah membeli rumah, banyak benda yang anda tidak tahu.

Banyak sebenarnya anda boleh pelajri tentang hartanah seperti:

[+] 2 cara buat duit dengan hartanah
[+] Kerjaya sebagai ejen hartanah

Apapun, peluang memilikki rumah pr1ma ini tidak dapat di lepaskan. Harap anda semua yang membaca blog saya ini mempertimbangankan untuk mendaftar rumah pr1ma ini.


Cara Islamik masuk rumah baru

thumbnail
Anda daftar rumah prima ke tak? Jangan terlepas ya sebab harga boleh di katakan 20-30% lebih murah daripada harga pasaran. Daftar percuma sahaja di pr1ma.my. Kalau dah daftar, tahniah la harap-harao anda berjaya memilikki rumah tersebut.

Tak perlu nak tunggu betul-betul lokasi yang anda nak di buat rumah prima, berdekatan tu kira ok la sebab tanah tak semuanya ada di semua daerah. Mungkin lokasi yang anda nak tiada projek prima, rugi la kan.

Sila semak perumahan prima yang baru di buka daftar dan mohon sebab permohonan bukan automatik. Anda kena pohon sendiri di pr1ma.my dan daftar tu pun kat sana.


Cara masuk rumah baru


Jika dah dapat rumah prima tuh, syukur lah dan saya nak bagi sikit tip untuk memasukki rumah baru untuk orang muslim ya. Anda boleh baca gambar kat bawah, senang je nak amalkan.


Amacam, boleh ingat, kalau takut lupa, sila print dan tampat kat mana-mana yang sesuai. Cara nak masuk rumah baru ni sangat sesuai untuk semua jenis rumah.


Permohonan Rumah PR1MA Yang Baru DiBuka - Sila Pohon Cepat

thumbnail
Kediaman sangat penting untuk kehidupan kita. Hendak memilikki rumah bukanlah sesuatu yang senang sebab harga rumah setiap tahun akan meningkat secara kasarnya dalam 20% ( tengok pada lokasi ). Ikan pula nak melabur dalam hartanah, nak memilikki rumah pun sesuatu yang agak mustahil kecuali anda mempunyai pendapatan yang banyak.

Sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai cara dapat rumah lelong dan juga panduan untuk ejen atau bakal ejen hartanah di dalam penguruskan kerjaya sebagai ejen hartanah yang berjaya. Memang bidang hartanah sangat luas dan dengan itu juga lah pelbagai jenis hartanah yang terdapat untuk di jual beli.

Berbalik kepada rumah pr1ma tadi, memang perumahan ini di tunggu-tunggu kerana kosnya lebih murah daripada kos sebenarnya ( harga tanah di kurangkan atau di hapuskan ). Kalau di lokasi bandar dan maju, susah nak dapat lokasi yang strategi kerana kebanyakkan tempat kawasan bandar sudah penuh tetapi bagi negeri-begeri yang pesat membangun, boleh dapat lokasi yang strategi.

Permohon Rumah Pr1ma Di Buka Untuk Tempahan


Beberapa jenis perumahan pr1ma dan lokasi di pelbagai negeri telah di buka sekarang ini. Cara nak mohon senang sahaja.

rumah pr1ma baru

Anda kena daftar dulu di pr1ma.my dan penuhkan maklumat yang di minta termasuk jenis rumah yang anda hendakki. Setiap rumah sudah tentu ada kriterianya untuk pemohon patuhi. Setelah anda isi maklumat yang di perlukan dan memberikan salinan ( upload ) maklumat seperti kad pengenalan dan slip gaji, dan jika ada rumah pr1ma baru di buka, anda akan di maklumi melalui email.

Baca : Perumahan Pr1ma Official

Anda kena mohon dengan maklumat yang telah anda isikan sebelum ini ( isi sekali sahaja ). Katakan anda berjaya, pihak pr1ma akan menyemak balik maklumat diri anda betul ke tidak, jika betul, anda bolehlah mencari penyedia kewangan iaitu bank. Jika tiada apa-apa masalah, permohonan anda memliliki rumah pr1ma sudah berjaya.

Rumah Selangorku Di Bandar Saujana Putra

thumbnail
Rumah Selangor Di Bandar Saujana Putra. Sskarang ini ramai anak-anak muda yang mencari untuk membeli rumah-rumah yang lebih murah terutamanya di Selangor. Terdapat pelbagai jenis program untuk perumahan rakyat sama ada dari kerajaan Malaysia atau dari kerajaan negeri sendiri.

Terdapat pelbagai jenis rumah yang di bangunkan, cuma pilihlah mengikut kemampuan anda jangan memilih mengikut keluasan atau kemewahan rumah jika tidak mampu. Kerana kalau anda telah membayar bayaran bulanan yang tinggi terhadap rumah yang di beli dan hutang mungkin selama 30 tahun, anda mungkin kehilangan atau tidak mampu untuk menikmati kehidupan ini dengan lebih baik seperti pergi bercuti, membeli barang-barang keperluan dan yang lebih penting ialah pendidikan anak-anak.

Jadi awasi bajet anda walaupun anda mampu membeli rumah yang  mahal, anda kena ambil kira juga keperluan lain yang memerlukan wang untuk kehidupan lebih baik. Dalam masa 5 tahun, anda kena tinggal di rumah Selangorku ini dan jika anda hendak membuat pelaburan hartanah dengan rumah jenis ini, maka anda kena tunggu lama sikit.

Panduan DIY Di Rumah Untuk Jimat Kos

thumbnail
Panduan DIY Di Rumah Untuk Jimat Kos. Anda mesti tak nak rumah anda serabut kan, kadang-kadang anda kalau masuk rumah baru, macam-macam beli dan akhir sekali bajet lari tema rumah yang nak pun ntah ke mana. Ha camne tuh.

Sebenarnya anda boleh jimat dalam menghias rumah kediaman anda dan juga rumah sewa. Cara untuk deko rumah ni berbeza-beza lah. Anda boleh buat sendiri tapi nampak macam orang  yang berpengalaman yang buat. Ketahu tahu teknik menghias rumah yang betul dan juga teknik untuk recycle barang-barang lama yang anda dah bosan nak gunakan. Kadang-kadang anda bagi kat orang je, sedekah.

Tetapi kalau anda tahu caranya, boleh buat duit secara percume je benda-benda klasik yang dah nak di buang di dalam rumah anda. Anda juga boleh menukar penampilan perabot-perabot lama rumah anda dengan kos yang sangat murah kerana ada buat sendiri - DIY di rumah anda.

Rumah Prima Di Cyberjaya

thumbnail
Rumah prima Cyberjaya. Baru-baru ini saya dapat email supaya mendaftar dengan pr1ma.my untuk mendapat peluang nak dapat rumah/apartment di beberapa lokasi yang menarik.

Terbaru, rumah prima di buka di Tebrau, Cyberjaya 1 dan Bandar Meru Raya. Ini adalah satu peluang kepada mereka yang belum memiliki rumah untuk memilikki rumah sendiri dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Rumah prima ni kan, harga tanah tu dah free, kerajaan negeri yang bagi. Jadi anda hanya kena bayar harga rumah sahaja. Jimat lah kan. Biasanya ( ikut kawasan ), harga tanah adalah 20 - 30% daripada harga rumah keseluruhan. Banyak lagi kelebihan rumah prima ni. Anda teruskan bacaan di bawah untuk mengetahu fakta tentang rumah prima ni.

Masyuk ke kerja sebagai ejen hartanah ni?

thumbnail
Kerjaya ejen hartanah. Biasa kalau anda survey-survey rumah kan, anda akan deal dengan ramai ejen hartanah di kawasan yang anda cari rumah tersebut, tetapi tahukah anda bagaimana kerjaya sebagai ejen hartanah ni?

Berapa masyuk kerja sebagai ejen hartanah ni. Sudah tentu mereka akan dapat komisen setiap kali rumah terjual dan bayangkan berapa banyak mereka akan dapat untuk setiap rumah. Harga rumah kan mahal, kalau 3% daripada harga rumah dah berapa kan, cukup gaji untuk sebulan.

Lagipun, nampak macam sempoi  je kerja sebagai ejen hartanah - bawak klien tengok rumah, kalau klien ok, sign aggrement dan dapat komisen. Tetapi harus ingat, nak kena ada lesen sebagai ejen hartanah. Tak boleh main belasah sahaja. Dan jangan cuba menipu klien ya.

Cari nak dapatkan lesen tak susah sebenarnya jika anda tahu caranya. Dalam 2 minggu sudah boleh daftar sebagai ejen hartanah dan boleh mulakan buat sale. Kena tahu caranya dan macam mana nak tahu caranya? Kena le belajar dengan otai hartanah.

Ejen Hartanah Kongsi Pengalaman

panduan ejen hartanah

Tapi sekarang ni je sebab seorang otai hartanah ni dah berkongsi pengalaman beliau sebagai ejen hartanah untuk bakal ejen hartanah dan juga ejen hartanah untuk memayukkan lagi sale.

Tetapi beliau jual la panduan ejen hartanah ni, tak mahal pun dan bagi saya berbaloi le sebab ini adalah pengalaman seorang ejen hartanah. Anda ikut je apa yang di sarankan. Kalau anda ada teknik sendiri, boleh juga. Tetapi jika anda masih bari dan terkial-kial apa nak buat sebagai ejen haratanh, panduan ini memang sesuai untuk anda.

Anda boleh pendekkan pembelajaran anda dalam hal hartanah. Kalau tak anda kena melalui trial and error dan anda mungkin juga mengikut jalan yang salah dalam kerjaya sebagai ejen hartanah. Jangan sampai klien rugi pula bila beli rumah.

Sekali dapatkan panduan ejen hartanah ni dan anda boleh rujuk sampai bila-bila. Panduan ni dalam bentuk softcopy, boleh juga anda print kalau nak.

Mesti anda nak, kalau:

Sale rumah anda makin naik - dapat meingkat pendapatan anda dan keluarga. Sebab banyak tip di berikan berserta dengan tugas-tugas dan kajian-kajian yang ejen hartanah kena buat untuk memantapkan kerjaya.

Checklist - checklist di berikan supaya tidak ada yang tertinggal. Nak jual satu rumah bukannya senang. Lagi satu kalau anda ikut mereka yang dah berpengalaman, anda akan lebih yakin untuk close deal dengan klien.

Kat mana nak mula - kalau minat nak jadi ejen hartanah, anda boleh mula dengan membaca panduan nak jadi ejen hartanah ni, memang terbaik dan saya harapkan anda berjaya.


Jangan lupa belanja saya nanti.

2 Cara Buat Duit Dari Pelaburan Hartanah

thumbnail
Pelaburan dalam hartanah ni memang berbaloi. Bagi saya le,  jika anda melabur dalam dalam hartanah, pilihan ini adalah sangat tepat tetapi anda kena ada ilmu dan jangan main ikut orang sahaja.

Nak dapat ilmu dengan pelaburan hartanah ni kena pergi seminar atau baca buku-buku panduan pelaburan hartanah di samping pengalaman sendiri.

Kalau tersilap percaturan, anda tidak akan mampu untuk melibatkan diri dalam pelaburan hartanah walaupun anda mempunyai gaji yang besar - serius ni sebab duit tu habis ke tempat lain. Jadi jika ingin melibatkan diri dalam pelaburan hartanah, sebelum membuat sebarang pinjaman jangka masa panjang, eloklah di fikirkan dulu tentang ilmu hartanah ni.

Kos Perlu Bila Nak Masuk Rumah Baru

thumbnail
Setiap orang ingin memilikki rumah. Harga rumah sekarang yang mahal dan tidak sesuai dengan pendapatan pekerja makin merumitkan keadaan untuk memilikki rumah sendiri apatah lagi jika hendak membuat dalam pelaburan hartanah.

Seteleh mencari-cari hartanah yang sesuai dengan anda, dan setelah selesai urusan peguam hartanah dan akhirnya anda menerika kunci dari pemaju. Jangan happy dulu sebab di sini bermulalah apa sahaja yang berlaku ke atas rumah tersebut adalah tangungjawab anda. Mungkin pemaju memberikan tempoh sehingga setahun setengah untuk menerima sebarang komen untuk menambahbaik rumah tersebut. Selepas tempoh tersebut, terdapat kos yang anda kena sediakan untuk menjaga rumah anda.

Rugi Bila Membeli Rumah!

thumbnail
Kenapa pula rugi beli rumah, beli rumah mestilah untung sebab makin lama harga rumah makin naik. Betul tu tetapi mari kita cuba bincangkan dari sudut yang lain. Beli rumah yang kita mampu bayar hingga tahap maksimun ni maksudnya kalau kita mampu bayar bayaran bulanan kepada bank untuk pinjaman rumah ialah sebanyak rm1000, kita beli rumah yang bayaran bulanannya sebanyak rm1000. Macam pening sikit sikit.

Itulah kemampuan maksimum kita untuk buat pinjaman perumahan untuk bayar rumah. Kalau anda beli rumah yang bayaran bulanannya rm700  itu dah di kira di bawah tahap kemampuan. Ini yang saya nak sampaikan ialah anda membayar rumah hingga ke tahap maksimum anda mampu, maknya tiada lebihan lagi dalam akaun anda untuk buat benda yang lain. Apa yang nak saya kongsikan ini, peguam hartanah pun tak berkongsi benda-benda macam ni.

Buat Duit Dengan Hartanah

thumbnail
Buat duit dengan hartanah. Ramai orang yang buat duit dengan hartanah seperti jual beli rumah kediaman, beli dan sewakan rumah dan juga melalui rumah lelong. Tetapi kalau melibatkan hartanah, sudah tentulah pada fikiran kita memerlukan modal yang besar. Tak macam buat duit online atau internet yang kadang-kadang tanpa modal pun.

Iya le nak beli rumah, mana ada rumah yang murah-murah sekarang nih di tambah pula dengan nafsu kita yang nak rumah besar walaupun pendapatan kecil. Sebenarnya ada cara-cara yang kita boleh gunakan untuk dapat duit daripada hartanah nih walaupun kita zero tentang pelaburan dalam hartanah nih.

Sebab ramai yang berkongsi tentang pelaburan dalam hartanah nih, bukan sahaja melalui seminar bahkan juga melalui panduan-panduan pelaburan haratah di Malaysia - kita hanya perlu melabur sedikit sahaja tetapi kalau nak join seminar hartanah, pelaburannya haruslah lebih tinggi daripada panduan bertulis pelaburan hartanah.

Buat Duit Jadi Ejen Hartanah


Pernahkah korang terfikir untuk menjadi ejen hartanah? Tak pernah kan. Kat U pun rata-rata pilih kos yang tiada kaitan dengan hartanah - mungkin kejuruteraan, cikgu, akaun dan juga doktor sedangkan kalau jadi ejen hartanah berdaftar nih, pulangannya boleh tahan jugak.

buat duit hartanah
Harga rumah makin menigkat hampir 20% seiap tahun

Cuba bayangkan kalau ejen hartanah dapat 3% daripada harga rumah yang terjual. Kalau harga rumah ialah rm 200 000, makan ejen hartanah akan dapat rm6000. Jumlah nampak banyak macam sebulan gaji untuk senior kan tetapi bukan senang nak jual rumah walaupun sebiji.

Kalau konsisten boleh jual sebulan sebuah rumah pun dah ok. Biasanya, susah nak terjual kecuali ejen hartanah tersebut betul-betul pakar dalam bidang penjualan rumah atau hartanah nih. Kena ada gak skill dan pengalaman untuk jadi ejen hartanah berjaya.

Bercakap tentang pakar hartanah nih, korang boleh lah cari info-info atau pun rahsia ejen hartanah jika betul-betul berminat nak jadi ejen hartanah berdaftar. Seyes caranya tak lah susah sangat.

Cara lulus loan rumah dengan senang


Ada tak cara nak lulus loan dengan mudah? Perlu gunakan kabel bank ke apa? Ada antara bakal pembeli rumah yang nafsunya agak tinggi, nak beli yang mahal-mahal tetapi bagi yang mementing keselesaan memang nak sediakan tempat tinggal terbaik untuk keluarga.

Sampaikan nak buat loan tetapi tak boleh nak lulus sebab komitmen kepada bayaran hutang lain seperti hutang kereta sangat tinggi.

Jadi, adakah cara untuk senang lulus loan rumah? Ada, panduan senang lulus loan rumah ada disediakan.

Tetapi bagi saya le, kalau loan tak lulus tu maksudnya kita tak berupaya untuk buat bayaran bulanan hutang rumah tersebut. Jadi jangan cari le cari pasal untuk buat loan rumah di luar kemampuan kita.

Nanti, nak enjoy dengan keluarga pun tak cukup duit seperti tengok wayang, main boling, pegi jalan-jalan cuti sekolah, yang ni pun tak cukup duit plak nanti. Jadi ukur baju badan sendiri.

Kalau nak senang lulus loan rumah di sebabkan masalah lain, saya setuju. Korang boleh baca dapatkan panduan senang lulus loan rumah.

Soalan lazim kepada lawyer hartanah


Kadang-kadang dalam proses membeli rumah, kita kena deal dengan lawyer. Kalau bidang hartanah bukan bidang kita, soalan apa yang kita nak tanya pada lawyer hartanah? No idea kan.

Sebenarnya banyak soalan boleh di tanya kan kepada lawyer hartanah. Dia boleh bagi jawapan free je sebab tu ialah bidang dia. Kalau korang nak dapatkan servis mana-mana lawyer hartanah, terdapat tip 40 soalan lazim untuk lawyer hartanah.

Ini sebagai panduan bila berhadapan lawyer supaya korang boleh jimatkan mana yang patut. 40 soalan kepada lawyer hartanah, banyak tuh. Sepatutnya korang tahu 40 soalan-soalan yang patut di tanya nih.

Itu antara info-info yang berkaitan dengan hartanah di negara kita. Pelaburan melalui hartanah memang berbaloi dan kita kena start masa muda lagi. Kalau dah tua nak dapat loan pun susah, had limit sampai umur 60 tahun sahaja.

Kalau dah umur 40 tahun, kita hanya boleh buat loan selama 20 tahun sahaja. Jadi harap korang tak buat kesilapan dalama hal ini. Kalau korang muda-muda dah dapatkan rumah, sudah pasti korang kena korbankan sikit kesenangan untuk keuntungan masa hadapan.

Lawyer Hartanah Berkongsi 40 Info Hartanah

thumbnail
Korang dah beli rumah ke belum lagi? Mesti satu hari nanti nak ada rumah sendiri kan. Makin hari makin mahal rumah nih. Ada yang dah ada rumah sendiri, tapi beli rumah lagi untuk pelaburan. Memang melabur dalam hartanah untung TETAPI ada ruginya jugak jika tak kena gayanya. Secara asasmya, belirumah harga murah, jual harga tinggi la. Tetapi tak semua terjadi macam tuh terutamanya kalau melibatkan undang-undang. Memang pelabur tak ramai yang terror tentang undang-undang hartanah. Jadi kena cari lawyer hartanah yang berkualiti untuk menjamin pelaburan korang.

Rumah mampu milik untuk penjawat awam

thumbnail
Syarikat pemaju hartanah, RBI Land Sdn Bhd merancang untuk membina 30,000 unit rumah mampu milik untuk penjawat awam di seluruh negara menerusi tanah-tanah rizab Melayu dan tanah lain yang dimajukan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Ibrahim berkata projek dikenali sebagai Perumahan Penjawat Awam (Proper) itu akan membangunkan perumahan jenis kondominium yang menampilkan reka bentuk moden dan harga berpatutan.
alt
"Kita telah menetapkan harga standard untuk rumah-rumah ini tanpa mengira lokasi mana projek perumahan ini dimajukan melibatkan Lembah Klang yang dirancang siap dibina pada 2017, sebelum diperluaskan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Prosper oleh Pengerusi Jawatankuasa Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Noor Abdullah dan Pengerusi RBI Land Datuk Mohd Rani Abd Rashid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari Sabtu.

Roslan berkata syarikat yakin projek yang menyasarkan penjawat awam berumur 21 hingga 35 tahun itu akan mendapat sambutan kerana faktor harganya yang murah dan lokasi strategik selain menawarkan pelbagai imbuhan untuk pembeli rumah.

"Ini termasuk baucar perabot sehingga RM20,000, pakej umrah untuk dua orang di samping peluang pelaburan bank," katanya.

Di majlis itu juga, syarikat tersebut memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk tabung tragedi Lahad Datu.

13 000 Rumah mampu milik di KL

thumbnail
Rumah, masalah yang makin meruncing di mana bagi saya kenaikan harga rumah nih tak selari dengan kenaikkan gaji pekerja, sebab tuh lah jadi rasa macam mahal harga rumah nih. Dalam hal ini, kita kena berpijak di bumi nyata dan ukur baju di badan sendiri. Beli rumah yang kita mampu dan selesa bayar bulan-bulan. Memang semua orang nak rumah besar, tapi kalau duit tak cukup, tangguhkan dulu le hasrat tuh. Tapi ini ada satu berita baik ( kepada sesetengah orang KL ) sebab sebanyak 13,000 lagi rumah mampu milik akan dibina di kawasan strategik di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bermula tahun ini.
    
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, harga rumah itu dianggarkan kurang daripada RM300,000 seunit dengan keluasan binaan dalaman minimum 800 kaki persegi (243.84 meter persegi) selaras dengan usaha kerajaan memperbanyakkan perumahan mampu milik di kawasan bandar.

Rakyat News


"Ini rumah yang kami kira sebagai rumah mampu milik yang akan dibina di sekitar ibu kota dan dijangka siap dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Masyarakat Sihat Hidup Selamat di sini, hari ini.
    
Ahmad Phesal berkata projek berkenaan yang dikendalikan DBKL, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan pemaju swasta, disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
    
Katanya DBKL juga akan membuka sebuah galeri untuk mempamerkan semua rumah mampu milik yang telah siap bagi membantu orang ramai mendapatkan informasi mengenainya.

Had Minimum RM1 Juta Seunit Jika Orang Asing Beli Rumah

thumbnail
Had minimum perolehan hartanah oleh kepentingan asing dinaikkan kepada RM1 juta seunit berbanding RM500,000 sebelum ini, berkuat kuasa esok, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri hari ini.Di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tarikh penguatkuasaan sebenar tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa masing-masing, kata EPU dalam satu kenyataan.

Unit itu berkata langkah itu dilaksanakan oleh kerajaan untuk menstabilkan harga hartanah daripada spekulasi berlebihan dan memberi peluang kepada kepentingan tempatan untuk membeli hartanah berkualiti bernilai kurang daripada RM1 juta seunit, terutama unit kediaman.

Garis Panduan Perolehan Hartanah oleh EPU itu mula dikuatkuasakan pada 30 Jun, 2009 bagi menggantikan Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing yang dimansuhkan.

Garis panduan itu bertujuan mengawal pemilihan hartanah oleh kepentingan asing di Malaysia.

Antara syarat dalam garis panduan itu ialah had minimum perolehan unit kediaman dan komersil, tanah perindustrian dan pertanian oleh rakyat asing.

Peluang untuk ejen hartanah

Pr1ma - cara mohon perumahan rakyat 1 Malaysia

thumbnail
Mesti korang pernah dengar pasal pr1ma kan, ala yang rumah murah kerajaan nak buat dan bagi tuh kat rakyat tuh. Ada orang panggil 1malaysia house, 1malaysia home, 1malaysia perumahan, skim perumahan rakyat 1malaysia, macam-macam lagi lah. Aku baru semak akaun aku kat pr1ma, belum siap sepenuhnya lagi, step ke -6 ( akhir ) aku belum penuhi lagih. Kalau korang pun nak apply jugak rumah pr1ma ni, silahlah ke pr1ma.my, ingat tuh pr1ma.my je, jangan pr1ma.com atau pr1ma.net, kelain plak pegi tuh. Pendaftaran di buka sepanjang masa. Kalau ada terima sms/email yang mengatakan pendaftaran pr1ma dah tutup, itu tipu. Kita daftar kat pr1ma, dapat satu akaun, lain kali pun boleh log in nak ubah maklumat yang telah diisikan, mana lah tahu pendapatan dah bertambah, bilangan anak dah bertambah, kan.


Syarat-syarat kelayakkan mohon rumah pr1ma.



  • warganegara Malaysia
  • umur 21 ke atas ( bujang atau kahwin )
  • pendapatan isu rumah ( individu atau keluarga ) rm2500 - rm7500
  • tidak memilikki lebih dari 1 hartanah ( kalau ada 2 buah rumah, tak layak )


Rahsia Lulus Loan Rumah Dengan Mudah

thumbnail
Jarang sangat orang beli rumah cash/Tunai. Kebanyakan orang awam ni seperti saya dan tuan-tuan beli rumah dengan pinjaman perumahan daripada bank. Tetapi ramai yany berfikir, apa tips untuk lulus loan rumah dengan senang, mesti koran pun fikir cam tuh jugak bila tiba masa nak beli rumah kan. Adakah ada tips atau teknik atau rahsia di sebalik kita nak buat pinjaman nak beli rumah ni ? Sebenarnya ada banyak tips yang boleh kita ketahui dalam proses untuk lulus loan rumah dengan mudah. Kebanyakan kita pergi ke bank tanpa membuat sebarang persiapan rapi dan kajian (Homework) terlebih dahulu. Semangat nak beli rumah  berkobar-kobar setelah membaca buku Hartawan Hartanah dan terus membuat keputusan untuk beli rumah. Terus jumpa ejen hartanah atau owner rumah dan tandatangan Perjanjian Beli Rumah.
Nahasnya bermula apabila kita pergi ke bank, pegawai bank terus reject loan rumah kita , dia bagi alasan komitmen kita dah tinggi. Kalau apply loan rumah tu pun confirm tak lulus…….(pernah dengar ke alasan sebegini? )
Kalau anda pernah dengar alasan sebegini, sebenarnya anda belum lagi mencungkil rahsia lulus loan rumah dengan mudah. Pernah tak kita dengar budak umur 24 tahun berjaya beli rumah 1/2 Juta Ringgit Malaysia ? “Ala…mak bapak dia kaya, senang la nak lulus loan rumah dia” adalah antara jawapan yang saya sering dapat….


Rahsia Lulus Loan dengan Mudah

Langkah 1 : Ketahui Objektif Anda

Strategi Beli Rumah Teres atau Rumah Bertanah

thumbnail

Bagi memastikan Lepas habis belajar dan bekerja, bila dah ada duit dan terasa mampu, masing-masing nak beli rumah kan. Sekarang ni harga rumah dah makin naik, harga rumah memang sentiasa naik mana de nak turun-turun. Kali ni aku nak kongsi skit strategi beli rumah rumeh teres atau rumah yang bertanah di mana artikel ni di kongsi dari blog-blog hartanah dan juga ebook-ebook terkenal seperti rahsia pinjaman perumahan.


#1 Pegangan Rumah Jangka Masa Panjang

Bagi memastikan anda mempunyai kapasiti untuk membuat pelaburan rumah teres, anda perlu merancang untuk memegang rumah teres anda dalam jangka masa panjang. Ini kerana jika anda tiada kapasiti, anda akan cepat putus asa dan tidak dapat merasai keuntungannya.
Bukan itu saja kebanyakan rumah teres nilai sewa masih rendah berbanding rumah apartment yang mendapat permintaan yang tinggi. Oleh yang demikian strategi pelaburan jangka masa panjang sangat baik untuk anda yang baru nak memiliki rumah jenis teres dan bertanah.

#2 Lokasi yang strategik

Lokasi adalah salah satu ‘rule’ atau ‘undang-undang’ dalam pelaburan hartanah. Tidak terlepas juga dengan hartanah jenis teres dan bertanah ini. Anda perlu tahu lokasi mana yang mendapat permintaan tinggi walaupun tiada kemudahan seperti ‘LRT’ atau ‘MRT’.
Kenapa? Ini kerana kebanyakan mereka yang ingin tinggal di rumah teres ini mereka sanggup untuk memandu kenderaan masing-masing ke tempat kerja. Kebanyakan mereka yang tinggal di rumah teres adalah golongan pertengahan yang mahukan keselesaan bagi keluarga dan anak-anak walaupun kmungkinan jarak ke tempat kerja jauh.
Keselesaan merupakan salah satu sebab permintaan tinggi untuk hartanah jenis ini.

#3 Pembeli ‘upgrade’ atau naik taraf

Kehidupan kita banyak berkait rapat dengan ekonomi. Begitu juga dalam pembelian rumah. Setiap manusia mahukan peningkatan daripada segi pendidikan. ekonomi dan gaya hidup. Oleh yang demikian, Sasaran rumah jenis teres ini adalah untuk golongan pertengahan yang sentiasa mahu meningkatkan ekonomi dan gaya hidup mereka.
Ini adalah selaras dengan kadar kenaikan pendapatan bagi sesetengah masyarakat. Sungguhpun begitu apabila kita bercakap tentang pembeli naik taraf, mereka juga mencari rumah teres yang mampu mereka miliki. Dalam keadaan pasaran yang tinggi sekarang ini, memang sukar untuk memiliki rumah teres, namun masih ada lokasi yang belum diterokai.
P/s: Anda juga mesti mengetahui 40 soalan yang patut di tanya kepada peguam anda sebelum beli hartanah di Malaysia.

Tips Senang Dapat Pinjaman Rumah bagi pemilik bisnes

thumbnail
Pernahkah korang terfiir, "Saya bekerja sendiri/pemilik bisnes. Bagaimana nak appy loan rumah kalau saya tak ada slip gaji?" Lainlah kalau korang ada buat kerja tambahan ni, atau pun korang ada blog dan jana duit dengan pesaing adsense nih, banyak le duit dan senang lulus loan rumah.



Di sini,  aku nak kongsikan kepada anda tips-tips senang dapat pinjaman rumah bagi mereka yang bekerja sendiri atau pemilik bisnes, dipetik dari ebook 'Rahsia Pinjaman Rumah: Beli Rumah Setiap 2 Tahun' 

"Salah satu faktor yang mempengaruhi saya berjaya mendapat pinjaman dengan mudah adalah kerana saya mempunyai akaun semasa" - ini kata tuan punya ebook tu la.


Buat masa ini pihak bank lebih mudah memberikan pinjaman sekiranya anda ada akaun semasa semasa perniagaan. Jenis perniagaan yang terbaik adalah milikan tunggal (sole proprietorship) Justeru aku mencadangkan korang mendaftarkan perniagaan milikan tunggal dan membuka akaun semasa.