Panduan lulus temuduga kerja kerajaan

Kerjaya sangat penting dalam kehidupan. Memang berbaloi kalau melabur untuk dapat kerjaya yang baik sebab ini boleh menstabilkan ekonomi keluarga dan untuk kesenangan pada usia tua. Bagaimana nak dapat kerja yang di  impikan seperti kerja di jabaran kerajaan di Malaysia? Gaji kerja kerajaan dah naik sekarang, tak macam dulu, sikit jer kan.

Sekarang graduan berlumba-lumba nak masuk kerja kerajaan - kena hadapi peperiksaan online spa dan juga kena pergi interview kerajaan. Kalau persiapan tak cukup, kandas di tengah jalan sebab calon yang nak masuk kerja kerajaan sangat ramai.

Cuba bayangkan, jawatan penguasa kastan yang baru buka menerima 80000 calon peperiksaan online dan seramai 30000 lulus peperiksaan tersebut. Jumlah yang di panggil temuduga tak pasti le berapa tetapi kekosongan hanya 2++ sahaja.

Cara tulis resume yang betul


Mula-mula kena tahu cara tulis resume dulu untuk menarik perhatian bakal majikan panggil temuduga. Resume mestilah dalam format terkini dan maca mana format terkini tuh atau template terkini tuh?

Kadang-kadang pening gak nak tulis resume ni. Salah satu caranya kita boleh ambik ayat dalam iklan kerja tuh. Mana-mana ayat yang berkaitan dengan pengalaman kita, ubah dan masukkan dalam template.



Gambar kena le yang terbaru. Nampak sikit kesungguhan kita hantar resume tuh, jangan buat ciincai-cincai saje. Kalau boleh, guna resume berbeza ke syarikat yang berbeza. Edit ayat-ayat resume supaya berkaitan dengan syarikat tersebut.

Masalah utama, kena dapatkan contoh reume terbaru dulu.Korang boleh cari online, tu pun kalau ada. Jika jumpa, template tuh hanya edit sahaja, design dah ada. Kan cepat tuh hanya main-main edit-edit sahaja. Jimat masa dan tenaga. Kalau dah ada template / format resume terkini kan bagus.

Persiapan temuduga spa


Bila dah di panggil temuduga kerja kerajaan, kena ada persiapan. Ramai yang tak bersiap untuk temuduga. Persiapan bukan hanya pada pakaian, tetapi juga pada info-info yang berkaitan. Ini yang lebih penting. Pakaian mungkin dapat markah 5% sahaja.



Contohnya, kalau jawatan penguasa kastam, korang kena cari info-info pasal penguasa kastam. Baru leh lebih konfiden bile pergi temuduga kerajaan ni kan. Kalau lulus kan best. Tak lulus takpe sebab kita dah berusaha dan mencuba sebaik mungkin. Sekarang ni info pasal GST kena tahu selain struktur organisasi kastam di tempat masing-masing.

Terdapat langkah-langkah yang bagus untuk buat persiapan hadapi temuduga. Bab persiapan sangat le penting sebab hampir 90% tak cukup persiapan untuk temuduga kerja kerajaan.

Teknik jawab soalan temuduga spa


Ha.. bab ni paling penting ler, teknik jawab soalan temuduga spa. Ada caranya nak jawab soalan dari spa nih. Biasanya soalan spa ni soalan killer dan soalan daripada wakil jabatan tuh soalan teknikal skit le.
panduan lulus temuduga kerajaan
Dah sedia untuk temuduga kerja kerajaan?

Korang boleh cuba cari-cari kat google cara-cara jawat soalan temuduga kerja kerajaan nih. Ada tapi tak banyak. Temuduga kerja kerajaan ni berbeza dengan temuduga kerja swasta tau.

Cuma biasakan diri dengan soalan-soalan yang di tanya supaya nanti korang tak terkejut dengan format soalannya.

Soalan-soalan ni di tanya untuk melihat keupayaan korang, korang ni jenis yang macam mana. Sesuatu ke tak bekerja dalam satu-satu jabatan kerajaan. Teknik jawab soalan temuduga kerajaan ni sangat le penting untuk di ketahui.

Kisah kejayaan dan kegagalan


Kalau baca kisah-kisah kejayaan dan kegagalan calon-calon temuduga kerajaan sebelum nih, best - penuh warna warni.

Ini boleh di jadikan panduan supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kita boleh belajar daripada mereka yang pernah menghadiri temuduga kerajaan sebelum ini.

Orang kata, saya pun tak pasti, panel penemuduga ni ronda satu Malaysia untuk buat temuduga kerja kerajaan. Jadi soalan dan gaya soalan tu tak jauh beza. Nampak tak... jadi pengalaman calon-calon terdahulu penting untuk kita tahu.

Kan, sangat bernilai kan pengalaman mereka nih dan juga sangat berguna jika kita boleh baca


Kesemua ni ada di muatkan dalam satu panduan sahaja - panduan lulus temuduga kerja kerajaan.

Dalam satu panduan jer, ada semuanya, siap template reume lagih. Menarik nih dan berbaloi rasanya kalau melabur sedikit untuk kebahagian masa depan.


Terima kasih kerana membaca Panduan lulus temuduga kerja kerajaan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen:

  1. kekosongan sikit je rupanya ya... tapi sampai ramai macam tu yang lulus exam

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ikut %, 38% je lulus, kalau ikut bil mmg ramai tu.

      Padam