Cara jual khidmat/produk di ilancee

Buat duit dengan ilancee. Sebelum ni saya da kongsikan satu portal yang agak-agak baru lah, ilancee ni. Kat sini kita boleh jual servis kita kepada orang lain, ini ala-ala fiver le tapi yang ni fokus ke Malaysia user.

Satu idea yang bagus ilancee nih dan juga selamat sebab admin akan kontrol pembayaran. Bagus gak untuk pihak ilancee kerana boleh gak jual produk-produk affiliate dari program yang lain di samping menyediakan platform untuk orang lain juga menawarkan khidmat mereka. Bravo!

Saya nak kongsikan sikit macam mana ilancee ni berfungsi, macam mana ilancee ni buat kerja dia. Boleh percaya ke atau penipuan semata-mata?

Bagaimana nak buat duit di iLancee.com?


Di iLancee.com, anda boleh buat duit dengan menjual kemahiran yang anda ada. Sebagai contoh anda berkemahiran dalam bina blog, website, reka grafik dan sebagainya, anda boleh senaraikan kemahiran anda di sini.

buat duit ilancee
Apa itu ilancee?

Jika Gig/servis yang anda tawarkan adalah menarik, admin akan buatkan feature post secara percuma (bernilai RM10). Format jualan yang digunakan di iLancee.com adalah seperti berikut:

Saya akan membina web untuk anda dengan RM35
Saya akan jual 1000 koleksi grafik kepada anda dengan RM50
Perhatikan warna merah yang diboldkan. Itu adalah format jualan di iLancee.com

Servis/Gig yang tidak diterima di iLancee.com


Antara yang tidak diterima di iLancee.com adalah:

Perkhidmatan rumah sewa/kereta dan sebagainya
Jualan produk fizikal seperti ubat, selimut dan sebagainya (kecuali kraftangan)
Jualan makanan dan seumpamanya

iLancee.com tempat selamat jual Beli


Beli servis di iLancee.com dengan selamat. Anda sebagai seorang Buyer jangan rasa curiga anda ditipu. ilancee di sini akan refund duit anda jika seller tidak siapkan kerja atau cubaan menipu anda.

Sebab itu anda dilarang sama sekali  bertukar maklumat seperti no. telefon, email, facebook
dan sebagainya. Jika anda ditipu di luar iLancee.com, ilancee tidak akan dapat menolong anda
untuk dapatkan duit kembali.

Untuk ketahui lebih lanjut penggunaan iLancee.com ni, anda boleh layari blog ilancee.com


Terima kasih kerana membaca Cara jual khidmat/produk di ilancee. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan