Rahsia Unit Trust yang patut korang tahu

CIMB mutual fund prices. Kali ni saya nak kongsi sikit tentang unit trust di Malaysia. Walaupun saya ni bukan pakar unit trust / unit amanah, tetapi tak salah rasanya saya nak kongsi sikit ilmu unit trust yang saya ada sebab saya pun pelabur dalam unit trust jugak ikut wang kwsp.

Unit trust ni kan, samada ada CIMB ataupun public mutual, konsep sama sahaja. Ejen-ejen CIMB / public mutual unit trust akan mengumpulkan duit-duit pelaburan daripada pelabur-pelabur unit trust dan duit tersebut di gunakan untuk membeli saham-saham seperti saham Petronas, Maxis dan Shell dan keuntungan di berikan balik kepada pelabur unit trust dengan sedikit kos telah di ambil.

Kalau kita nak beli saham syarikat besar-besar ni, kita sebagai individu tak mampu tetapi melalui unit trust, kita kumpul duit dalam satu dana dan mampu untuk beli saham-saham syarikat mewah nih.

public mutual cimb unit trust prices
Berbaloikah melabur dalam Unit Trust?

Fakta bukan auto unit trust


Kalau ada tersilap, UTC sila betulkan ya, saya bukan mahir sangat tetapi saya tahu sikit-sikit jer sebab saya pun pelabur dalam unit trust jugak.

Rahsia Unit Trust yang patut korang tahu

Jom baca fakta atau lebih best lagi kalau saya tulis sebagai rahsia unit trust:


  • Unit Trust Consultant - UTC ni kalau baru dapat lesen memang ilmu kurang, dia hanya tahu dana mana yang boleh di rekemenkan kat pelanggan atas nasihat senior dia. Detail tentang dana tersebut kalau nak jawapan segera memang sukar sebab utc kena merujuk kepada nota dulu. Kalau nak melabur dalam unit trust, saya nasihatkan, melaburlah dengan supervisor ( unit trust pun ada pangkat-pangkat juga tau). Kiranya orang lama le nih, banyak pengalaman. Kesian UTC, tak boleh cari makan le cam ni kan. Ada gak UTC yang bagus. Selepas sampai sale beberapa puluh ribu, saya pun tak ingat, UTC akan naik pangkat. Bila naik pangkat, komisen pun naik jugak la. Dan dia dah boleh ambil orang bawah dia serta dapat komisen sikit juga UTC bawah dia buat sale. Nampak tak nih, best kan kalau pangkat dah beso, orang buat sale, kita pun dapat duit.


  • Dana mana yang sesuai - dana mana yang sesuai dengan pelabur? Ok, yang ni korang kalau nak melabur jangan tertipu dan kena berhati. Dalam unit trust ni ada banyak dana yang di laburkan dalam tempat-tempat berbeza. Keuntungan mengikut dana nih sebab ada dana yag rugi dan ada yang untung. Sekarang ni UTC  akan menilai bakal pelabur dari segi umur dan tahap kemampuan dan cadangkan dana yang sesuai. Itu kalau ikut peraturan la, kalau tak ikut, main hentam je  le kan. Jangan terpikat dengan dana yang income tinggi. Income mungkin setahun tu je tinggi, bagaimana dengan tahun-tahun yang lain. Kalau dana yang berisiko tinggi, sudah untung atau rugi juga tinggi kan. Jadi tengok pada purata keuntungan dana tersebut dalam beberapa. Setiap dana ada tahun di terbiatkan - ada yang 3 tahun, ada 10 dan tahun-tahun lain lagi lah.


  • 20% Keuntungan - hahaha. Saya nak gelak sikit dengan keuntungan yang maha banyak nih. Memang ada yang untung sebanyak tuh tetapi cuba perhatikan, setiap tahun ke keuntungan sebanyak tuh? Mungkin tahun lepas rugi -10%, tak pun hanya untung 3% sahaja. Yang ni kena tengok juga ler sejarahnya walaupun sejarah masa lampau tak mencerminkan kemampuan masa depan. Kena ingat tuh. Walaupun begitu, masih ramai UTC yang merujuk kepada sejarah lepas untuk mengagak keuntungan akan datang. UTC nih, setaip kali pelanggan sign borang pelaburan, utc akan dapat komisen - tgk pelaburan yang mana, kwsp atau tunai. Kalau tunai banyak le sikit komisennya.


Ini pada pemahaman saya le yang juga pelabur dalam unit - dekat rm40k guna duit kwsp. Saya kongsikan lagilah tentang unit trust nih, banyak lagi saya nak tulis, terasa malas plak.

Banyak lagi sebenarnya korang boleh tahu kalau korang baca tips unit trust di Malaysia ni.



Terima kasih kerana membaca Rahsia Unit Trust yang patut korang tahu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen:

  1. aduiyai..pening juga aku baca pasal unit trust nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ah, pening senang kena gebang nanti.

      Padam