Home » , » Cara Nak Naikkan Adsense RPM

Cara Nak Naikkan Adsense RPM

Cara Nak Naikkan Adsense RPM. Mula-mula untuk buat duit dengan google adsense, pada permulaannya korang akan berusaha untuk dapat akaun adsense. Tidak mudah untuk memilikki akaun adsense ni sebab syarat-syaratnya agak ketat terutamanya dari segi bahasa. Ada yang gunakan blog bahasa Melayu tetapi boleh dapat akaun adsense dan ada yang sebaliknya. Jadi kalau dah dapat akaun adsense, kena jaga seperti angsa emas yang boleh bertelur emas ya.

Sebelum saya kongsikan tentang cara nak naikkan adsense RPM ni, saya nak ingatkan saya bukanlah pakar sangat dalam bab-bab adsense ni tetapi saya dah lama memilikki akaun adsense sampai lah sekarang. Seingat saya dulu sangat senang untuk dapatkan akaun adsense ni. Biasanya pada permulaan dapat adsense, kita tak guna pun untuk buat duit dari adsense ni sebab bukan senang sebenarnya nak dapat duit secara online dari adsense.

Apa itu RPM?


RPM ialah Revenue Per Mille, ini bahasa english la. Dalam bahasa Melayu, apa yang saya faham ialah pendapatan per 1000 , 1000 page impression. Maknanya jika page blog kita ada 1000 page impressions ( 1000 kali visitor buka ), maka akan ada nilai RPM ni dalam akaun adsense kita.

Lagi tinggi page impression, lagi tinggi lah nilai RPMnya dan kita memang nakkan nilai RPM yang tinggi. Masalahnya, bagaimana cara senang nak dapat nilai RPM? Ada oran kata RPM tinggi bahaya. Bagi saya, nilai RPM ni bergantung kepada blog kita. Kalau dah RPM sentiasa tinggi untuk blog kita dan nilai average yang kita selalu dapat seperti tu, maka nilai RPM tersebut sesuai dengan blog kita dan takde sebab google nak ban blog kita tersebut daripada ads adsense.

Cara Nak Naikkan RPM Adsense


Terdapat banyak cara dan yang saya nok kongsikan inilah ialah yang saya rasa perlu di kongsikan untuk ingatan semua. Kalau korang cari-cari kat online memang ramai kongsikan cara-cara nak naikkan RPM adsense ni, ada yang sama dan ada yang berbeza. Saya cuma berkongsi apa yang saya tahu dan baca.

Guna Text Dan Imej Ads - iya gunakana ads berbentuk text dan juga imej. Jangan gunakan hanya satu bentuk sahaja. Saya tahu ramai yang suka nak guna text ads sahaja supaya nampak seperti post kita tetapi google cadangkan kita menggunakan kedua-dua jenis bentuk iklan ini.

[+] Panduan berguna buat duit dengan adsense
jenis iklan adsense yang beri  pendapatan tinggi
Jenis iklan adsense yang beri  pendapatan tinggi

Siapa lagi master dan ada data berkaitan adsense kalau bukan google kan. Tetapi boleh juga kita fikirkan ikut kesesuaian blog kita. Kalau pos kita semuanya text, tak salah kalau kita ambil iklan text sahaja. Cara nak pilih jenis iklan ni ada dalam akaun google semasa nak ambik kod adsense.

Perlu di ingat, ada imej ads yang bagi income walaupun takde klik!

Guna Popular Saiz Ads - untuk ambil iklan adsense, kita akan di minta untuk memilih saiz iklan juga untuk di sesuaikan dengan ruang dalam blog kita. Terdapat pelbagai saiz iklan ( ni bagusnya adsense ) dan saiz iklan yang memberikan income terbaik ialah:


saiz iklan adsense
Saiz iklan adsense yang di cadangkan oleh google
Jadi, marilah kita secara berjemaah buat duit dengan adsense, sila baca tip-tip buat duit dengan adsense ni mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ini. Jangan cuba menggunakan cara-cara yang salah untuk mendapatkan pendapatan dari adsense kerana nanti akaun angsa emas korang akan kena banned nanti - menyesal yooo, nak appeal balik susah nak dapat.

Pendapatan dari adsense menjanjikan sesuatu yang best sebab dalam USD, bila tukar ke RM tambah-tambah dengan nilai pertukaran sekarang ni memang berbaloi mendalami ilmu adsense ni.



Terima kasih kerana membaca Cara Nak Naikkan Adsense RPM. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



5 Komen:

  1. tips berguna bro..tunjuk ajarku sifu

    BalasPadam
    Balasan
    1. jomlah kita sama2 mendalami ilmu adsense ni.

      Padam
  2. Terima kasih tuan di atas info yang sgt dicari2 ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuani ni dah tahu buat2 tak tahu plak ni.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam