Rumah prima Cyberjaya. Baru-baru ini saya dapat email supaya mendaftar dengan pr1ma.my untuk mendapat peluang nak dapat rumah/apartment di beberapa lokasi yang menarik.
Terbaru, rumah prima di buka di Tebrau, Cyberjaya 1 dan Bandar Meru Raya. Ini adalah satu peluang kepada mereka yang belum memiliki rumah untuk memilikki rumah sendiri dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.
Rumah prima ni kan, harga tanah tu dah free, kerajaan negeri yang bagi. Jadi anda hanya kena bayar harga rumah sahaja. Jimat lah kan. Biasanya ( ikut kawasan ), harga tanah adalah 20 - 30% daripada harga rumah keseluruhan. Banyak lagi kelebihan rumah prima ni. Anda teruskan bacaan di bawah untuk mengetahu fakta tentang rumah prima ni.
Rumah Prima Di Cyberjaya
Yang paling menarik saya ialah rumah prima di Cyberjaya. Ermm, perlukah saya lengkapkan permohonan saya ini.?
Fakta berkenaan rumah prima ni:
Pinjaman hingga 105%
Pinjaman hingga 30 tahun
Lokasi prima di Selangor dan Negeri Sembilan ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).Tambah kedua-dua gaji ( laki isteri tidak melebihi rm10k ) masih boleh memohon. Jangan lupa daftar di pr1ma.my dan penuhkan semua yang di perlukan termasuk suka muat naik dokumen yang di perlukan.
Semoga berjaya.
0 Komen:
Catat Ulasan