Buat duit online dengan percuma. Ramai orang suka buat duit
secara online sekarang ini, tidak macam dulu-dulu di mana cara buat duit secara
online dan percuma belum meluas lagi. Buat duit online ni bukan sekadar
menambahkan pendapatan anda tetapi juga memberikan satu kepuasan bila
berhadapan dengan computer anda.
Tidak dinafikan, agak susah untuk mendapatkan duit secara
percuma dan melalui internet tetapi benda ini tidak mustahil boleh di lakukan
malah dapat di lakukan dengan senang sahaja jika anda tahu caranya. Caranya
untuk mendapatkan duit secara online ini terdapat pelbagai cara dan akan
kongsikan dalam entri kali ni. Mesti anda rasa teruja untuk mengetahuinya.
Terdapat pelbagai cara untuk menjana duit online. Anda kena
cuba dan anda akan jump acara yang sesuai dengan anda sebab bukan semua cara
sesuai. Anda kena cuba dulu baru dan lama-lama anda akan jump acara yang sesuai
dengan anda – dengan masa anda, dengan kemahiran anda dan juga dengan
sumber-sumber yang anda ada.
Tiga Cara Buat Duit Online Yang Patut Anda Cuba
Memang terdapat banyak cara untuk jana duit internet ni
tetapi saya cadangkan anda cuba tiga cara ini dahulu dan tengok keserasian anda
bagaimana. Nak cuba ni pun bukan ambil masa sehari dua untuk Nampak hasilnya,
sekurang-kurangnya anda tunggu dulu selama tiga bulan. Kalau tiada hasil,
barulah anda cub acara yang lain pula.
Buat duit dengan google adsense – tidak di nafikan caya ini
adalah yang terbaik bagi saya. Kalau di awal penglibatan saya dengan adsense,
setahun baru dapat pendapatan adsense, kemudian lebih cepat dan semakin cepat. Sekarang
ni hamper setiap bulan saya dapat pendapatan dari google adsense.
Caranya senang sahaja tetapi trafik blog anda kena tinggi
dan juga niche blog anda kenalah mengenai perkara-perkara yang mahal seperti
loan, insurans, lawyer dan kesihatan. Iklan-iklan adsense dalam niche ini memberikan pulangan yang lumayan kepada
anda. Kalau anda belum berjinak-jinak lagi dengan google adsene, eloklah anda dapatkan info tentang google adsense.
Buat duit dengan affiliate – cara ni pula adalah anda
mempromosikan produk orang lain ( biasanya produk digital seperti ebook ) dan setiap sale yang di hasilkan, anda akan
di bayar komisen sebanyak 30% - 60%. Penyedia produk digital seperti
ashadee.com terdapat banyak produk digital seperti ini dan anda pilih yang
sesuai dengan niche blog anda supaya promosi anda terus kepada kumpulan sasar.
Cara ini juga memberikan pulangan yang baik walaupun agak
sukar untuk mendapat sale yang pertama. Bila dah dapat sale pertama, sale
seterusnya untuk produk yang sama akan
menyusul. Cara untuk mencuba buat duit dengan affiliate telah saya kongsikan
secara asasnya.
Selain daripada itu, buat duit dengan Lazada juga termasuk
dalam bahagian affiliate ini. Mesti cuba ni sebab banyak tip yang saya
kongsikan dalam bab Lazada ni. Malah saya juga turut menyediakan panduan dalam
bentuk pdf untuk affiliate Lazada ni.
Buat duit dengan 8share – cara ini lebih senang sebab anda
tidak memerlukan blog pun. Anda bloh promosi melalui facebook sahaja dan inilah
cara terbaik. Anda Cuma kena mahirkan diri di dalam mencipta ayat-ayat promosi
untuk menarik jumlah klik yang banyak dari user facebook. Setiap klik anda akan
di bayar 20sen dan nilai ini adalah tinggi untuk system pay per click. Sila
baca maklumat lanjut tentang jana duit online dengan 8share.
Tidak salah mencuba dan tiada bayaran pun di kenakan. Semua
ketiga-tiga jenis cara buat duit online yang saya kongsikan ini adalah percuma
sahaja dan saya harap anda cuba dengan bersungguh-sungguh. Orang lain boleh
jana duit dengan tiga cara ini, sudah tentu anda pun boleh.
bukan senang tu.
BalasPadamtapi kena cuba gak, baru tahu dapat hasil ke tidak.