Home » , » Fakta yang jarang orang tahu tentang resdung

Fakta yang jarang orang tahu tentang resdung

Penyakit resdung. Sekarang ini ramai orang mengidap resdung, tidak kira lelaki atau perempuan ataupun dewasa atau kanak-kanak - semua tak terlepas. Paling kesin kalau kena kat kanak-kanak dan memang ramai kanak-kanak yang kena resdung.

Boleh tak resdung di ubati? Ini yang menjadi pertanyaan kepada semua orang termasuklah saya sendiri. Boleh ubat tak resdung ni? Ermm.. kalau ada ubat, dah tentu ramai yang boleh sembuh. Ada orang kata kena buat pembedahan. Rasa cam takut pula kan sampai nak bedah-bedah ni - bedah hidung ke apa. Ngeri nya rasa.

Post kali ni bukan pasal cara nak sembuhkan resdung. Kali ni saya kongsikan fakta ( memang fakta ni ) tentang penyakit resdung supaya yang belum kena resdung boleh cuba elakkan, yang dah ada resdung boleh kurangkan gejala resdung yang tidak menyelesakan kehidupan anda.

sawah padi

Fakta tentang resdung


1. Bagaimana seseorang boleh kena resdung? Saya tak nak ulas mengenai atau pasal sains dalam bab resdung ni sebab saya bukan doktor. Pada pendapat saya, anda akan kena resdung setelah anda sekian lama ( bagi saya lebih 3 tahun ) berada di dalam keadaan yang berhabuk ( debu, benang-benang berterbangan, bedak dan lain-lain) seperti di dalam rumah atau bilik tidur anda. Biasanya inilah penyebabnya utama. Berada di dalam rumah yang mempunyai kandungan habuk berterbangan yang tinggi di dalam bilik  tertutup. Anda perlukan pengudaraannya sebenarnya. Tanpa anda sedari, anda telah membahayakan kesihatan anda sebab habuk-habuk ini semua anda tidak nampak tetapi jika ada cahaya masuk melalui tingkap contohnya, anda boleh nampak habuk-habuk ini berterbangan. Inilah dia punca resdung. Resdung bukan terus berlaku tetapi mengambil masa yang lama untuk menunjukkan gejala-gejalanya.

Mula-mula anda tidak perasan anda telah kena resdung. Anda akan ingat hidung anda tersumbat dan anda akan cuba mengorek tahi hidung anda secara manual tetapi tiada pun sebenarnya. Hidung anda tersumbat bukan sebab ada tahi hidung tetapi kerana lendir-lendir ( tahi hidung yang belum keras ) telah menyekat saluran pernafasan anda menyebabkan anda tidak selesa.

Anda akan berjumpa doktor dan doktor mengatakan anda kena resdung!

2. Bagi saya resdung tiada ubat tetapi hanya boleh kawal gejala-gejala resdung supaya berkurangan. Antara gejala-gejala resdung ialah hidung tersumbat ( rasa tak selesa sebab pernafasan tidak lancar ), bersin banyak kali secara berturutan ( mungkin boleh mencecah 5 kali berturutan ), hidung anda akan gatal-gatal ( peringkat awal tiada gejala ini dan tidak semua orang kena hidung gatal-gatal ni ) dan bangun tidur anda akan terus bersin ( saya rasa kemungkinan masa tidur kita baring dan apabila bangun tidur, lendir dalam hidung akan berubah kedudukan dalam salur pernafasan anda menyebabkan anda akan bersin.

Terdapat pelbagai jenis ubat tetapi semuanya adalah untuk mengurangkan resdung untuk jangka masa pendek ( 3 hari ) dan selepas anda berhenti mengambil ubatan ini, gejala-gejala resdung akan datang kembali - resdung tidak boleh sembung tetapi anda boleh kawal. Saya sarankan anda makan ubat-ubat resdung ini apabila gejala resdung sangat teruk sahaja sebab banyak-banyak makan ubat pun tak elok untuk kesihatan.

3. Terdapat pelbagai jenis cara ubat resdung berfungsi. Ada yang memekatkan lendir dalam 2-3 hari, selepas itu hidung anda akan terdapat tahi hidung dan pernafasan akan lancar. Tetapi jika anda berhenti ambil ubat ini, gejala akan muncul kembali.

Ada ubat yang boleh menahan rasa gatal-gatal pada hidung. Ada juga ubat yang anda kena spary dalam lubang hidung! Pelik sikit kan tetapi masih tidak berkesan juga walaupun banyak jnis ubat yang anda gunakan.

Saya cadangkan, ambil ubat yang boleh memekatkan lendir dalam hidung sahaja. Anda akan rasa tidak selera selepas makan ubat ini kerana hidung anda akan tersumbat di sebabkan lendir-lendir ini dalam proses mengeras untuk menjadi tahi hidung. Selepas 3 hari, barulah lega dan anda bolehlah melombong.

4. Hidung anda akan jadi sensitif - sangat sensitif hinggakan bau-bau yang sebelum ini anda tidak boleh kesan, anda akan boleh kesan selepas kena resdung. Bagus ke hidung sangat sensitif? Bagi saya tidak bagus sebab akan mudah bersin. Hidung anda akan sensitif kepada minyak wangi contohnya. Jika ada minyak wangi, anda akan bersin dengan luar biasa. Sebelum ini ok je kan kalau pakai minyak wangi. Anda juga akan bersin jika terhidu bau dari minyak rambut. Ini akan membuatkan anda menghabiskan masa untuk mengelakkan bau-bau ini. Selepas bersin, seeloknya anda basuhlah muka, baru rasa segar sikit.

Nanti saya sambung lagi sebab post ini dah panjang. Semoga bermanfaat.




Terima kasih kerana membaca Fakta yang jarang orang tahu tentang resdung. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen:

  1. Pesakit resdung ni memang kena peka dengan persekitarannya..elakkan makanan laut yang memang akan buatkan dia mendapat resdung dengan lebih teruk lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. encikarman.comKhamis, Ogos 20, 2015

      Betul, persekitaran penting. Berkaitan dengan seafood ni kan, contohnya udang. Kalau udang tu fresh, ok tau tetapi kalau udang tu dah lama, alamaknya 2 jam slps mkn terus bersin.

      Padam