Ok, akhirnya siap gak salah satu lagi blog aku dengan menggunaka template percuma dari maskolis iaitu New Johny Wuss template. Template blogspot ni dah lama aku simpan dan beberapa kali guna untuk blog lain tetapi akhirnya bertukar-tukar template beberapa kali hinggalah hanya satu blog baru ni je menggunakan template new johny wuss responsif ni.
Template ni aku guna kat blog tentang unit trust yang mengandungi pelbagai info tentang unit trust di Malaysia di samping untuk mempromosikan ebook unit trust dari klikjer.com. Blogger Indon kata template ni power SEO, nak tengok sikit SEO nya pegi sejauh mana kan. Harap-harap boleh rank kat google tapi tak boleh nak harapkkan setting dalam template sahaja. Entri pun kena ada juga lah kan. Berbekalkan sedikit pengalaman aku dalam unit trust, rasanya boleh nak update blog unit trust tuh nanti.
Blog tu nama whatisunittrust
Kalau minta, korang pergi le masuk kat blog tuh, info dalam tu aku akan tambah dari semasa ke semasa mengikut mood aku dan juga kerajinan aku nak buat ulasan tentang unit amanah ni.
Ilmu tentang edit template blogspot memang berguna jika korang nak edit-edit blog sendiri dan korang boleg jimat duit juga. Ambil template percuma online dan edit ikut kehendak sendiri. Paling kurang pun, korang hanya perlu edit sahaja sikit-sikit. Tak perlu nak start dari zero.
Nak edit template tak susah sebenarnya. Biasanya kalau dah ada template, yang kena edit hanyalah link facebook page, google plus, twitter dan juga ubah link-link asal ke link korang sendiri tetapi jangan la ubah kredit link kat bawah tuh. Berterima kasih kepada mereka yang buat template tuh kan.
Template New Johny Wuss ni dah ada banyak jenis versi sekarang ni. Aku suka V2 sebab template tu nampak macam " ikhlas ". Wow pebenda ikhlas ni kan?
Template, template juga tapi yang penting kandungan blog tersebut.
Dulu2 aku guna gak tu..
BalasPadamSmart jer tgk..lame2 jemu plak..haha
camne dgn seo dia? boleh tahan ke?
PadamBlogspot je ke, wordpress ada tak ?
BalasPadamWorrdpress takde Noriza. Kalau blogspot, mana-mana template pun saya boleh cuba pasangkan kat blog.
Padam