Home » , » Hotel Perdana Kota Bharu dan apa yang best di Kelantan?

Hotel Perdana Kota Bharu dan apa yang best di Kelantan?

Jika korang nak pergi melancong ke Kota Bharu atau pun Kelantan, kat mana korang tinggal? Hotel Temenggung? Holiday Villa? Selain Kota Bharu, korang boleh juga ke Tok Bali Kelantan. Jika ke selatan, apa kata korang cuba ke Pulai Desaru Beach Resort yang blackout masa percutian saya yang lepas.

Jika dari Kuala Lumpur dan hendak ke Kelantan, saya cadangkan korang guna jalan Plus Higwhay arah utara, keluar di Simpang Pulai dan terus ke Cameron Highland. Di Simpang Cameron Highland dan Gua Musang, korang teruskan ke Gua Musang. Perjalanan dari simpang ni  ke Gua Musang Kelantan dalam 100 km dan jalannya tak berapa rata tetapi kereta tak banyak la. Perjalanan smooth je, sekali sekala korang akan jumpa kereta.

Satu lagi jalan, dari Plus Highway tadi, korang exit di Kuala Kangsar, terus ke Gerik dan Jeli Kelantan. Dari sini korang hala ke Kota Bharu la. Perjalanan agak lama, bukan seperti korang pergi bercuti ke Port Dickson.

Salah satu hotel yang best di Kota Bharu ialah Hotel Perdana Kota Bharu. Kebanyakkan rakyat Kelantan tahu lah hotel ni sebab berada di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Hotel ni berdekatan dengan Stadium Sultan Mohamed Ke 4 Kota Bharu. Alaa, stadium Qu Puteh Red Warrior tuh.


Saya dan keluarga stay kat Perdana Hotel ni, banyak jenis bilik dan kami stay kat klasik room yang berharga lebih kurang rm250 lebih la. Apa yang best di hotel Perdana Kota Bharu ni:




1. Bilik besar malah saya boleh katakana sangat besar dan selesa. Bergantung kepada jenis bilik yang korang ambil la.




2. Dari dalam bilik, korang boleh Nampak Nampak stadium Kelantan ni. Warna pink pun boleh Nampak.





3. Perdana Hotel Kota Bharu ni berdekatan dengan KB Mall Kota Bharu, jalan kaki je. Nak ke Bazaar Tok Guru pun dekat sahaja. Tapi kat Bazaar Tok Guru ada juga bukan Muslim yang berniaga. Bagi saya bazaar Tok Guru tak menarik.

4. Jika nak beli keropok-keropok, saya cadangkan korang pergi ke Pasar Siti Khatijah la. Kat sini memang lejen la bab-bab keropok ni.

5. Malam, korang kena pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Ini wajib ni sebab pasar malam kat Wakaf Che Yeh sangat besar dan sampai ke pagi. Kalau waktu cuti sekolah atau hari minggu, memang ramai orang. Nak makan kat sini pun boleh tetapi bukan syurga makanan kat sini. Hotel Perdana KB dengan Wakaf Che Yeh dekat sahaja, 3-4 km je.

Jika anda mahukan barang-barang seperti toto dan pakaian kanak-kanak, korang pergilah ke Rantau Panjang. Dari KB ke Rantau Panjang takde le jauh tetapi kena tengok trafik juga la. Time cuti jem dekat dengan jambatan KB ke Pasir Mas. Melekat le kat situ. Kalau hari-hari biasa, ok.


Kat Rantau Panjang, macam-macam barang korang boleh dapat. Kat sini sebenarnya best berbanding dengan Kota Bharu. Pasar pun dah baru, dah ubah suai. Takde le panas macam dulu. Lebih teratur. Kat Rantau Panjang, korang kena cuba makanan kat sini. Sangat murah, serius. Kalau minum the ais, best rasanya berbanding dengan the ais kedai mamak di Kuala Lumpur.

Parking kereta, ketika post ni di tulis, masih percuma dan tempat parking pasti ada sebab kalau penuh parking berbumbung, ada kawasan lapang macam padang untuk parking kereta di Rantau Panjang ni. Memang syok membeli belah di Rantau Panjang.

Memandangkan Rantau Panjang kawasan bebas cukai, korang akan di kenakan cukai 10% jika kastam periksa kereta korang. Biasanya, bila lalu kat kastam setelah keluar dari Rantau Panjang, kastam akan tanya, “ Ada beli barang tak?”. Korang jawab la, “ Takde, jalan-jalan je “. Kastam takde tegas sangat la.




Berbanding dengan Kota Bharu, saya cadangkan korang shopping di Rantau Panjang. Ingat tu. Itulah pengalaman saya jalan-jalan ke salah satu tempat menarik di Kelantan iaitu di Kota Bharu dan Rantau Panjang.


Terima kasih kerana membaca Hotel Perdana Kota Bharu dan apa yang best di Kelantan?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



3 Komen:

  1. Ooo mnarik2..

    Beli x toto tu..hehe

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam