Home » , » SHRDC – Pusat Latihan Kemahiran Belia Percuma Di Selangor

SHRDC – Pusat Latihan Kemahiran Belia Percuma Di Selangor

Anda pernah dengar tak tentang pusat latihan kemahiran SHRDC di Selangor? SHRDC ataupun nama penuhnya ialah Selangor Human Resource Development Centre adalah penyedia pusat latihan kemahiran untuk belia-belia lepasan SPM, SKM tahap 3 dan diploma di Selangor. Sejak 2004 lagi, kerjasama SHRDC dengan pemain industry telah memberikan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat seperi Panasonic, Hitachi, Shinetsu, Sony, Continental, Sony, Western Digital dan banyak lagi.

Melalui program yang di sediakan oleh pihak SHRDC, anda berpeluang untuk mendapat sijil kemahiran dan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang anda ada. Sebagai contoh, untuk lepasan SPM, anda pohon program latihan kemahiran SHRDC dan di terima. Anda akan menjalani latihan kemahiran dan selepas latihan, anda telah mempunyai pekerjaan dengan gaji permulaan lebih kurang rm1200 – rm1500. Untuk rujukan, gaji pemegang diploma tanpa pengalaman pun baru rm1500.

Maklumat lanjut SHRDC

Jadi, SHRDC adalah pusat latihan kemahiran yang saya rasa sesuai untuk anda untuk mendapat pekerjaan dan juga untuk mendapatkan kenaikkan pangkat dengan lebih cepat dari cara biasa.


Kelebihan mengikuti latihan kemahiran di SHRDC


Saya nak berkongsi sikit tentang kelebihan di SHRDC ni. Sebelum ni saya tak tahu sangat tentang SHRDC ni. Tetapi setelah menghadiri satu taklimat di SHRDC, barulah saya Nampak hala tuju belia yang belajar di SHRDC.

Latihan kemahiran adalah percuma – Kos latihan kemahiran di SHRDC ni adalah percuma kerana kosnya telah ditampung oleh geran latihan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan. Setelah anda mohon untuk memasukki latihan kemahiran di SHRDC, anda hanya perlu hadir ke kelas sahaja dan anda akan dapat RM300 dari pihan SHRDC dan RM300 dari pihak industry. Kalau nak ikutkan, satu-satu kos latihan kemahiran tu lebih kurang rm20 000!


Jaminan Kualiti oleh SHRDC – SHRDC ni ada kualiti system ISO 9001:2008. Kalau korang dah kerja dalam industry nanti, korang akan jumpa la benda-benda berkaitan dengan ISO ni dan bagaimana nak dapatkan sijil ISO ni. Sijil ISO ni menyesahkan kualiti produk yang di keluarkan. Produk di sini ialah anda la. Lagi satu, berbanding dengan pusat latihan lain, SHRDC pernah mendapat Training Provider Of The Year untuk tahun 2002 dan 2009 dalam Anugerah Menteri Sumber Manusia.



Kemudahan di SHRDC – Yang ni terbaik. Ada bilik-bilik kuliah dan juga peralatan yang terkini dan yang di gunakan dalam industry sekarang ini. Jadi, anda akan belajar mesin dengan teknoloji terbaru yang sama di gunakan di dalam kilang yang anda akan kerja nanti. Susah nak dapat kemahiran macam ni. Kat university pun belum tentu lagi peralatan terbaru yang di gunakan. Anda akan di ajar oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman teknikal untuk mengendali satu-satu mesin. Ini penting sebab kebanyakkan mereka yang belajar di pusat pengajian tinggi hanya belajar teori sahaja dan sedikit hand on mengendali mesin. Di sini kelebihan anda berbanding mereka.



Program percuma yang di tawarkan di SHRDC

Program di bahagikan kepada dua.

Program untuk lepasan SPM

Objektifnya untuk bagi peluang kedua bagi lepasan SPM yang tidak cemerlang untuk mendapat sijil kemahiran dan peluang pekerjaan. Anda boleh pilih antara program kat bawah ni:

Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi – 18 bulanPemasangan & Penyelengaraan Sistem Solar – 6 bulanKejuruteraan Teknologi Pembuatan – 6 bulan


Anda pilih mana program di SHRDC yang anda nak semasa memohon. Potensi gaji yang anda akan dapat setelah tamat latihan kemahiran ini ialah antara rm1200 – rm1500. Banyak gak tu kan untuk lepasan SPM. Mengikur statistic yang lepas, takde lagi yang gagal kecuali disebabkan masalah disiplin.

Program untuk lepasan SKM tahap 3 dan diploma

Objektifnya untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal. Untuk mereka yang telah bekerja dan kelebihannya ialah anda akan dinaikkan pangkat setelah anda siapkan program anda. Mungkin anda boleh naik jadi Supervisor, Assistant Engineer atau Engineer terus berdasarkan kepada syarikat tempat kerja anda. Program yang di tawarkan ialah:

Malaysia Meister in Mechatronic – 24 bulan bekerja dan latihan.


Cara mohon memasukki SHRDC

Cara nak mohon program di SHRDC ni sangat mudah. Anda boleh baca info lebih lanjut dan daftar secara online di portal rasmi SHRDC.

Daftar online program SHRDC ( klik sini )

Anda isi maklumat yang di perlukan dan pihak SHRDC akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya. Mudah je tu  kan. Kalau saya tahu tentang SHRDC dari awal lagi, saya pun akan mohon program ni. Percuma sahaja untuk dapat sijil kemahiran dan kerja, siapa yang tak nak kan. Untuk masa depan yang lebih cerah dalam kerjaya, anda patut cuba latihan kemahiran di SHRDC ni. Good luck!

Selangor Human Resource Development Centre,
1, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03 5513 3560
Fax: 03 5513 3490
Email: info@shrdc.org.my
Website: SHRDC Selangor



Terima kasih kerana membaca SHRDC – Pusat Latihan Kemahiran Belia Percuma Di Selangor. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



4 Komen:

  1. Program latihan macam ni memang bagus. habis latihan terus dapat kerja, and sepanjang latihan pun dapat elaun :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya tuan. Sangat bagus, selain dapat sijil dapat kerja terus. Untung la siapa join ni. Dulu2 saya tak tahu pun wujud latihan percuma macam ni.

      Padam
  2. Best micro touch titanium trimmer: The best way to play online - Tetra
    The best titanium joes way to play titanium belt buckle online — We created this page based on the actual experience of the The Top 4 micro-touch titanium trimmer: The best way to play titanium pans online — We created this page nipple piercing jewelry titanium based on the actual experience of westcott titanium scissors the micro-touch

    BalasPadam