Belajar sambil bekerja secara percuma di SHRDC. Kali ni saya nak berkongsi sikit tentang Belajar sambil bekerja di HRDC Selangor. Lokasinya berdekatan dengan Tesco akuatik Selangor. Ramai yang belum tahu lagi tentang program yang ditawarkan. Menarik program bekerja sambil belajar ni kerana dalam satu masa boleh buat dua benda untuk menambah baik kerjaya yang sedia ada.
Belajar sambil bekerja secara percuma ni telah di tawarkan sejak tahun 2004 lagi. Tetapi akibat daripada ramai yang belum tahu lagi tentag program yang di tawarkan oleh SHRDC ni, kali ni saya nak berkongsi lagi tentang belajar secara percuma ni. Kenapa percuma? Kerana kos-kos pengajian anda telah di bayar melalui geran latihan yang di berikan oleh kerajaan kepada SHRDC.
Belajar sambil bekerja secara percuma di SHRDC
Ada dua program sebenarnya yang di tawarkan. Anda boleh pilih mana yang anda hendak dan sudah tentu temuduga akan di adakan untuk memastikan anda layak.
Belajar dan bekerja setelah dapat sijil latihan kemahiran - program ni untuk lepasan SPM yang tidak boleh melanjutkan pengajian ke IPTA / IPT atau mana-mana tempat pengajian selepas SPM. Keputusan SPM tak berapa bagus tetapi peluang untuk mendapat kerja yang bagus masih ada melalui program sambil belajar di SHRDC ni. Jangan berputus asa. Terdapat beberapa program yang di tawarkan untuk anda. Anda boleh semak dan daftar online di website SHRDC itu sendiri.
Daftar belajar percuma untuk lepasan SPM
Bekerja dan belajar untuk dapat sijil kemahiran - program ni adalah untuk lepasan SKM Tahap 3 dan pemegang diploma sahaja. Anda telah ada kerja tetapi nak naik pangkat lebih cepat dari biasa. Anda boleh join program belajar sambil bekerja secara percuma ni dengan kelulusan majikan anda. Majikan yang terlibat ada banyak seperti Panasonic dan Western Digital. Itu contoh sahaja, ada banyak lagi majikan yang terlibat dengan program bekerja sambil belajar percuma ni.
Kaedahnya macam ni. Katakan anda juruteknik ( SKM Tahap 3 dan diploma ). Anda mohon program bekerja sambil belajar ni dan setelah anda menamatkan latihan kemahiran anda, anda akan naik pangkat ke pembantu jurutera atau jurutera mengikut majikan anda masing-masing. Nampak tak caranya untuk naik pangkah dengan lebih cepat.
Cara daftar program belajar sambil bekerja
Untuk memohon kedua-dua jenis program ini iaitu belajar dan bekerja selepas dapat sijil lahitan kemahiran dan bekerja sambil belajar, anda boleh masukkan maklumat diri anda di lama daftar SHRDC. Isi maklumat yang di perlukan dan pihak SHRDC akan menghubungi anda untuk temuduga dan sebagainya.
Pendaftaran untuk belajar sambil bekerja di SHRDC
Mungkin ini langkah yang dapat mengubah kehidupan anda. Tempat terhad. Pendaftaran di buka sekarang.
Wah mnarik ni bro..entah la klu apply majikan aku lulus ke x..
BalasPadam