Buat Duit Di iLancee.com

thumbnail
Buat Duit Di iLancee.com. Terdapat banyak cara buat duit online ni dan salah satunya buat duit kat iLancee.com. iLancee ni lebih kurang macam fiverr kat oversea nih tetapi yang ni dari Malaysia - Made in Malaysia ok.

Macam mana cara nak buat duit dengan iLancee nih? Senang jer yer, seperti jugak cara-cara buat duit secara online yang lain, buat duit di iLancee.com nih agak unik sikit le. Tiada duanya kat Malaysia sistem seumpama ini lagi ( setahu saya la )

iLancee.com ni kalau tak silap di asaskan oleh seorang blogger dari Tanah Merah. Kelantan. Siapa yang boleh buat duit di iLancee nih? Sesiasa sahaja yang ada skill. Korang boleh jual servis korang seperti buat blog, design ecover, khidmat naikkan like fb, jual software, jual baju pun ader, bina website ecommerce dan juga jual template blog.

apa itu ilancee
Langkah-langkah buat duit di iLancee.com


Buat Duit Di iLancee.com


Jadi bagaimana caranya nak buat duit dengan iLancee.com ni? Senang sahaja konsepnya. Kalau korang ada kemahiran atau skill seperti yang saya telah senaraikan di atas ( dan banyak lagi sebenarnya ) korang boleh daftar secara percuma di iLancee.com dan jual servis korang kat sana.

Terbaru, jualan bulanan mencecah rm10 000 dan terus meningkat. Syabas kepada iLancee.com semoga sama-sama kita boleh buat duit di iLancee nih.

buat duit di iLancee com
Jom jual servis korang kat iLancee.com

Lepas korang daftar untuk buat duit tuh dengan tawarkan servis korang, korang isikan tempat kosong yang di sediakan untuk menawarkan servis korang. Tulis dengan ayat yang boleh menarik bakal pelanggan korang menggunakan khidmat korang di iLancee.com.

Ini seperti tempat penjual menawarkan servis kepada pembeli yang memerlukan khidmat dengan harga yang berpatutan.

Cara buat Gig di iLancee.com


Lepas korang daftar untuk buat duit dengan iLancee tadi, korang bina gig di iLancee ni. Gig ni macam servis yang korang nak jual la. Senang jer caranya. Pilih kategori servis korang dan isikan sahaja ruangan yang disediakan.

cara buat gig ilancee com
Kategori Gig di iLancee.com
Korang tetapkan harga sendiri, serendah rm5 hinggalah ke berapa nilai yang korang rasa berbaloi. Bakal pelanggan akan hubungi korang untuk dapatkan servis korang.

Macam tu lah secara ringkas nak buat duit di iLancee.com. Ini satu portal yang saya rasa menarik dan boleh berkembang maju di mana penyedia servis akan berjumpa dengan bakal pelanggan secara online.

Dengan sistem bayaran yang di jaga oleh pihak iLancee.com, saya rasa penipuan boleh di elakkan dan peluang ini tak dapat di lepaskan begiru sahaja.

Korang ada servis nak jual? Silalah gunakan khidmat di portal iLancee.com secara percuma.

Contest ini telah di anjurkan oleh iLancee.com, di taja oleh Buatduitblog.com, SeriusMedia.com dan Sensasi2020.com.

Cara jual khidmat/produk di ilancee

thumbnail
Buat duit dengan ilancee. Sebelum ni saya da kongsikan satu portal yang agak-agak baru lah, ilancee ni. Kat sini kita boleh jual servis kita kepada orang lain, ini ala-ala fiver le tapi yang ni fokus ke Malaysia user.

Satu idea yang bagus ilancee nih dan juga selamat sebab admin akan kontrol pembayaran. Bagus gak untuk pihak ilancee kerana boleh gak jual produk-produk affiliate dari program yang lain di samping menyediakan platform untuk orang lain juga menawarkan khidmat mereka. Bravo!

Saya nak kongsikan sikit macam mana ilancee ni berfungsi, macam mana ilancee ni buat kerja dia. Boleh percaya ke atau penipuan semata-mata?

Bagaimana nak buat duit di iLancee.com?


Di iLancee.com, anda boleh buat duit dengan menjual kemahiran yang anda ada. Sebagai contoh anda berkemahiran dalam bina blog, website, reka grafik dan sebagainya, anda boleh senaraikan kemahiran anda di sini.

buat duit ilancee
Apa itu ilancee?

Jika Gig/servis yang anda tawarkan adalah menarik, admin akan buatkan feature post secara percuma (bernilai RM10). Format jualan yang digunakan di iLancee.com adalah seperti berikut:

Saya akan membina web untuk anda dengan RM35
Saya akan jual 1000 koleksi grafik kepada anda dengan RM50
Perhatikan warna merah yang diboldkan. Itu adalah format jualan di iLancee.com

Servis/Gig yang tidak diterima di iLancee.com


Antara yang tidak diterima di iLancee.com adalah:

Perkhidmatan rumah sewa/kereta dan sebagainya
Jualan produk fizikal seperti ubat, selimut dan sebagainya (kecuali kraftangan)
Jualan makanan dan seumpamanya

iLancee.com tempat selamat jual Beli


Beli servis di iLancee.com dengan selamat. Anda sebagai seorang Buyer jangan rasa curiga anda ditipu. ilancee di sini akan refund duit anda jika seller tidak siapkan kerja atau cubaan menipu anda.

Sebab itu anda dilarang sama sekali  bertukar maklumat seperti no. telefon, email, facebook
dan sebagainya. Jika anda ditipu di luar iLancee.com, ilancee tidak akan dapat menolong anda
untuk dapatkan duit kembali.

Untuk ketahui lebih lanjut penggunaan iLancee.com ni, anda boleh layari blog ilancee.com