Apa itu iLancee.com

thumbnail
Buat duit online dengan iLancee. Korang pernah baca tentang iLancee tak? Pernah kan, benda baru jugak la tetapi konsepnya mantap seperti fiverr. Fiverr yang sediakan servis serendah USD5 tuh.
iLancee pun sama konsepnya dengan fiverr tetapi ini buatan Malaysia, anak tempatan punya. iLancee ni ialah satu portal di mana  orang yang ada skill menjual perkhidmatanya di sini dan sesiapa yang nak cari perkhidmatan terutama mengenai online, boleh rujuk kat iLancee ni kerena harganya sangat berpatutan.

Sebab mereka yang buat tawaran kerja nih adalah sesiapa sahaja, bukan syarikat tetapi individu yang mungkin bekerja di bilik rumah masing-masing. Nampak, kos hamper tiada kan sebab tuh servis yang di tawarkan berbaloi.


Apa itu iLancee.com


Tadi saya dah bagi intro kan pasal iLancee nih. Sesiapa yang nak menawarkan servis, boleh daftar di iLancee.com secara percuma sahaja. Selepas daftar iLancee nih, korang cipta gig ( tawar servis ) korang. Kalau daftar je tanpa penuhkan maklumat gig, camne orang lain nak tahu apa yang korang offer kan, tul tak?

buat duit affiliate ilancee
Kategori gig di iLancee.com


Sediakan gig tuh, senang sahaja, isi-isi tempat kosong sahaja. Isi dengan teliti supaya ada korang boleh menarik  pelanggan ke gig korang sebab ramai orang lain mungkin menyedia servis yang sama dengan korang.

Jadi, masa isi gig korang, ambil masa, fikirkan ayat yang sesuai sebab berdasarkan tawaran korang nil ah, korang boleh dapat job dari iLancee seterusnya boleh buat duit di iLancee.com.


Lepas Gig iLancee?


Selepas gig di sediakan, apa perlu buat? Tak perlu buat apa-apa sebab bakal pelanggan yang akan menacri servis di iLancee.com. Jika dia terjumpa servis yang korang sediakan, mungkin korang boleh dapat pelanggan di situ. Sebab tu ayat-ayat semasa buat gig sangat penting – bagi bakal pelanggan yakin akan servis korang.

Transaksi melalui iLancee ni makin meningkat, sekarang rm10 000 sebulan. Saya jangkakan penawaran dan aktiviti deal kat iLancee ni akan meningkat dari semasa ke semasa.


Jadi bolehlah cuba tawarkan servis korang kat iLancee ni, pendaftaran adalah percuma sahaja dan jom kita buat duit di iLancee !

Cara jual khidmat/produk di ilancee

thumbnail
Buat duit dengan ilancee. Sebelum ni saya da kongsikan satu portal yang agak-agak baru lah, ilancee ni. Kat sini kita boleh jual servis kita kepada orang lain, ini ala-ala fiver le tapi yang ni fokus ke Malaysia user.

Satu idea yang bagus ilancee nih dan juga selamat sebab admin akan kontrol pembayaran. Bagus gak untuk pihak ilancee kerana boleh gak jual produk-produk affiliate dari program yang lain di samping menyediakan platform untuk orang lain juga menawarkan khidmat mereka. Bravo!

Saya nak kongsikan sikit macam mana ilancee ni berfungsi, macam mana ilancee ni buat kerja dia. Boleh percaya ke atau penipuan semata-mata?

Bagaimana nak buat duit di iLancee.com?


Di iLancee.com, anda boleh buat duit dengan menjual kemahiran yang anda ada. Sebagai contoh anda berkemahiran dalam bina blog, website, reka grafik dan sebagainya, anda boleh senaraikan kemahiran anda di sini.

buat duit ilancee
Apa itu ilancee?

Jika Gig/servis yang anda tawarkan adalah menarik, admin akan buatkan feature post secara percuma (bernilai RM10). Format jualan yang digunakan di iLancee.com adalah seperti berikut:

Saya akan membina web untuk anda dengan RM35
Saya akan jual 1000 koleksi grafik kepada anda dengan RM50
Perhatikan warna merah yang diboldkan. Itu adalah format jualan di iLancee.com

Servis/Gig yang tidak diterima di iLancee.com


Antara yang tidak diterima di iLancee.com adalah:

Perkhidmatan rumah sewa/kereta dan sebagainya
Jualan produk fizikal seperti ubat, selimut dan sebagainya (kecuali kraftangan)
Jualan makanan dan seumpamanya

iLancee.com tempat selamat jual Beli


Beli servis di iLancee.com dengan selamat. Anda sebagai seorang Buyer jangan rasa curiga anda ditipu. ilancee di sini akan refund duit anda jika seller tidak siapkan kerja atau cubaan menipu anda.

Sebab itu anda dilarang sama sekali  bertukar maklumat seperti no. telefon, email, facebook
dan sebagainya. Jika anda ditipu di luar iLancee.com, ilancee tidak akan dapat menolong anda
untuk dapatkan duit kembali.

Untuk ketahui lebih lanjut penggunaan iLancee.com ni, anda boleh layari blog ilancee.com