Buat landing page guna blogspot jer

thumbnail
Landing page ialah satu page yang mengandungi ayat-ayat jualan sesuatu produk samada produk fizikal ataupun ebook. Mesti kena ada landing page supaya kerja-kerja promosi lebih senang.
Di dalam landing page, kita masukkan kelebihan-kelebihan produk, testimony, cara tempahan, bonus ( kalau ada ) dan perkenalkan diri kita juga.

Bila kita buat promosi samada melalui pemasaran adwords atau pun promosi ikut facebook, kita arahkan bakal pelanggan ke landing page nih. Maknanya kita buat sekali je landing page nih dan boleh guna secara berterusan untuk memperkenalkan produk kita kepada bakal pelanggan.

Berapa kos untuk buat landing page ni kalau kita tak tahu buat? Kalau kita ubah orang buat, kosnya takde le mahal ( bergantung kepada saiz bisnes korang ) – buat ayat jualan dan design template landing page. Alangkah baiknya kalau kita boleh buat landing page kita sendiri dan ini tak mustahil.


Buat landing page dengan blogspot


Dengan blogspot pun kita boleh buat landing. Cuma kita kena cari template untuk landing page. Memang terdapat template yang percuma, kalau designnya sesuai boleh terus guna. Tetapi setakat yang saya survey-survey, template percuma untuk landing page tak banyak.

cara buat landing page blogspot percuma
Boleh guna blogspot jer untuk baut landing page


Setahu saya dan saya berkenan dengan landing page template ni, ada 15 template landing page yang menarik. 15 template tuh, tak habis nak guna  kecuali kalau korang ada banyak produk untuk di jual online.

Nah 15 template untuk buat landing page. Lepas tuh korang guna blogspot sahaja tetapi designnya, perghhh menarik walaupun guna nama blogspot sahaja. Cara nak guna senang sahaja, copy dan paste sahaja kod yang di berikan kat blogspot korang dan terus keluar template kosong.

Tinggal korang nak masukkan ayat-ayat jualan korang sahaja. Kalau nak bagi umphh lagi, korang kena tukar header, caranya di sediakan. Senang sahaja.


Kalau korang serius nak jual produk online dan nak jimatkan kos, saya rasa korang cuba dapatkan 15 template blogspot landing page nih.

Cara buat landing page blogspot

thumbnail
Cara buat landing page - Nak cari sale secara online kena ada caranya, pelbagai teknik yang di gunakan. Ada yang kena buat secara manual dan ada teknik yang sekali set jer, lepas tuh jalan secara automatik. Yang automatik nampak macam je ker kan sebab tak banyak kerja. Cuma kena tahu setting pada permulaannya. Biasanya kebanyakkan IM buat landing page ( surat jualan yang power ) dan letak autoresponder ( simpan email address bakal customer ). Tapi tak semua orang tahu buat semua tuh sendiri kecuali upah orang buat. Boleh tapi biar berbaloi sebab kosnya agak tinggi jugak bergantung kepada bajet.

Cara senang buat landing page


Landing page ni apa? Ini macam satu mukasurat yang mengandungi kata-kata memikat bakal pelanggan. Letak kebaikkan produk, cara nak order, gambar produk/servis, testimonial dan seangkatan dengannya. Inilah landing page. Nak upah orang buat boleh tapi apa salahnya kalau kita tahu buat sendiri, guna blogspot je pun boleh tanpa kos.

landing page blogspot


Tak susah sebenarnya nak buat landing page sendiri. Tambah lagi kalau ada panduan yang telah di sediakan oleh pakar dalam bidang buat landing page blogspot nih.

Secara asasnya, kena edit template blogspot atau cari template percuma untuk buat landing page ( ada kat internet ni ) dan masukkan ayat-ayat untuk memberikan info tentang produk/servis kepada bakal pelanggan.

Juga sertakan testimonial dan sediakan juga autoresponder ( berbayar atau tak, kalau baru nak cuba, guna yang percuma autoresponder dulu ).

Buat landing page blogspot


Kalau betul-betul minat dan nak tahu buat landing page guna blogspot, saya sarankan korang belajar buat landing page guna blogspot.

Korang boleh buat banyak landing page yang korang dan dapat elakkan kos yang banyak untuk khidmat buat landing page tuh, dah boleh jimat nih kan.

Untuk set up autoresponder percuma, senang jugak nih.

Usaha tangga kejayaan.