Home » » Cara untuk melabur didalam Unit Amanah.

Cara untuk melabur didalam Unit Amanah.

Terdapat dua kaedah untuk anda memulakan pelaburan/perancangan kewangan anda melalui Unit Amanah
 
i. Melalui Kaedah tunai.
– Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui Public bank yang biasanya menyediakan
kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
– Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
– Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat
simpanan bulanan (min ialah RM100)
 
ii. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP.
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah
Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.
Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.



Terima kasih kerana membaca Cara untuk melabur didalam Unit Amanah.. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan: