Home » » Public Mutual umum RM232 juta pengagihan keuntungan

Public Mutual umum RM232 juta pengagihan keuntungan

Public Mutual mengumumkan RM232 juta pengagihan pendapatan untuk 8 dana
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan
untuk lapan daripada dana-dananya. Pengagihan kasar yang diumumkan untuk danadana
berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2011:


Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong bersukacita dengan
keupayaan syarikat mengumumkan pengagihan walaupun keadaan pasaran kini amat
mencabar.

Public Dana Industry, Public Dana Equity dan Public Dana Sector Select merupakan
dana-dana ekuiti yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Public Dana Industry bermatlamat mencapai pertumbuhan modal tinggi dalam jangka sederhana
hingga panjang melalui pelaburan dalam industri-industri bertumbuh, sementara
Public Dana Equity pula bermatlamat mencapai pertumbuhan modal melalui pilihan
agresif saham-saham bertumbuh dari pelbagai sektor ekonomi.

Public Dana Sector Select bermatlamat mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur
dalam sebuah portfolio sekuriti dari sektor-sektor pasaran terpilih di pasaran domestik
yang berpotensi menawarkan pulangan pelaburan yang menarik.

Bagi dana-dana serantau Public Mutual pula, Public Dana South-East Asia Select
merupakan sebuah dana ekuiti yang menawarkan peluang kepada para pelabur untuk
mengambil manfaat dari potensi pertumbuhan pasaran-pasaran Asia Tenggara,
manakala Public Dana Asia Ittikal ialah sebuah dana ekuiti patuh Syariah yang
bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga
panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelaburan yang melabur di pasaranpasaran
domestik dan serantau yang memenuhi kehendak Syariah.

Bagi kategori dana seimbang, PB Dana Australia Dynamic Balanced memberi
peluang kepada pelabur-pelabur untuk menyertai potensi pertumbuhan pasaran
Australia, sementara itu PB Dana Asia Real Estate Income menawarkan peluang
kepada para pelabur untuk menyertai prospek pertumbuhan sektor hartanah dan
amanah pelaburan hartanah (REITs) di Asia. PB Dana Asia Real Estate Income
menawarkan perlindungan insurans percuma sehingga RM100,000 bagi setiap
pemegang unit yang layak. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak
anugerah, iaitu sebanyak 18 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah
Dana Islam Failaka (Dubai), Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah
Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The
Star/Standard & Poor’s. Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana bon yang
bermatlamat untuk menawarkan pelabur pendapatan tahunan melalui pelaburan dalam
sekuriti hutang Islam.

Kesemua dana di atas diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public
Mutual kecuali PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate
Income yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia
dengan menguruskan sebanyak 89 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih
2.5 juta pemegang akaun dan pada 30 September 2011, jumlah nilai aset bersih dana
yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM41.3 bilion.


Terima kasih kerana membaca Public Mutual umum RM232 juta pengagihan keuntungan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan