Home » » Padah Sertai Skim Piramid – Rugi Ribuan Ringgit Daripada Syarikat Jualan Langsung. Unit Trust Bukan Skim Piramid Ya

Padah Sertai Skim Piramid – Rugi Ribuan Ringgit Daripada Syarikat Jualan Langsung. Unit Trust Bukan Skim Piramid Ya

 
Posted: 31 Jan 2012 07:10 PM PST
KEPALA BATAS – Orang ramai di sekitar daerah ini diminta lebih berhati-hati dengan tawaran menyertai sebuah syarikat jualan langsung kerana ia merupakan satu perangkap untuk menipu mereka melalui wang deposit yang dikenakan sebagai yuran keahlian.
Biarpun baru dua kes dikesan berlaku, namun jika dibiarkan tidak mustahil lebih ramai akan menjadi mangsanya kerana terpengaruh bakal memperoleh wang yang banyak yang ditawarkan melalui skim piramid itu.
Seorang mangsa, Mohd Jais Mohamad, 44, berkata, dia tampil mendedahkan kegiatan itu bagi mengelak orang ramai tertipu selepas kerugian RM1,500 hampir sebulan lalu.
"Saya terpedaya selepas dipujuk rayu menyertai skim berkenaan yang menawarkan ganjaran wang tunai tinggi secara mingguan selepas menyerahkan wang deposit keahlian yang ditetapkan.
"Selepas puas menunggu selama empat minggu, bukan kata wang ganjaran yang dijanjikan gagal diterima malah, dua lelaki yang mengaku wakil syarikat terkenal itu gagal dikesan," katanya.
Menurutnya, lebih menyulitkan talian telefon bimbit mereka juga gagal dihubungi hingga menyukarkan dia mendapatkan kembali wang deposit yang dilaburkan itu.
Malah kunjungannya ke pejabat syarikat yang dimaksudkan yang terletak di Seberang Jaya itu juga tidak berhasil apabila dimaklumkan bahawa syarikat itu sebenarnya tidak wujud di situ.
Mohd Jais berkata, disebabkan malu dia hanya mendiamkan diri dan tidak membuat laporan polis, tambahan lagi selepas mendapati dokumen yang diberikan lelaki berkenaan sebenarnya palsu.
Menurutnya, modus operandi dua lelaki berkenaan mudah iaitu mendekati orang ramai di sekitar kedai makan dan restoran di sini sebelum berusaha menawarkan mereka cara mudah memperoleh wang.
"Jika mangsa dilihat boleh 'dimakan', dua lelaki terbabit akan mula berusaha memujuk menyerahkan wang deposit berkenaan dengan janji bakal menerima wang yang banyak secara mingguan.
"Mereka akan terus berhubung dengan mangsa biarpun memerlukan masa berhari-hari dan selepas berjaya memperoleh wang berkenaan mereka menghilangkan diri," katanya.
Mohd Jais berkata, biarpun pada peringkat awal menyedari skim yang ditawarkan itu seakan-akan skim labu peram yang diharamkan namun, disebabkan terpengaruh dengan pujukan lelaki berkenaan dia menyertainya.
"Tambahan pula, ketika itu saya sememangnya memerlukan duit yang banyak untuk menjelaskan hutang membuatkan sanggup meminjam daripada kawan untuk menyertai skim berkenaan.
"Kini, saya rugi berganda kerana selain hilang wang yang ada, keselesaan hidup terganggu kerana didesak menjelaskan wang oleh peminjam berkenaan," katanya.
Mohd Jais mengingatkan orang ramai supaya menolak pelawaan dua lelaki yang berpakaian kemas apabila didekati kerana semua tawaran mereka sebenarnya untuk mengaburi mata bagi memudahkan ditipu.



Terima kasih kerana membaca Padah Sertai Skim Piramid – Rugi Ribuan Ringgit Daripada Syarikat Jualan Langsung. Unit Trust Bukan Skim Piramid Ya. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan