Zed Zaidi Ucap Tahniah Aaron Aziz Dapat PR Malaysia

thumbnail
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengucapkan tahniah kepada aktor Singapura Aaron Aziz selepas sah bergelar penduduk tetap (PR) negara ini, awal bulan ini.
Aaron, isteri Diyana Halik dan tiga anak pasangan itu diberikan hak taraf PR oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Zed dalam kenyataannya kepada Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia menerima berita itu pada tiga atau empat hari lalu dan menyifatkan ia sebagai rezeki buat keluarga aktor itu biarpun baru tujuh tahun dia menetap di negara ini.
"Tahniah Aaron kerana bergelar PR negara ini. Saya doakan semoga kehidupannya bertambah baik dan dimurahkan rezeki selalu.
"Tanpa sebarang niat saya mengucapkan tahniah kepada Aaron kerana bergelar PR. Untuk pengetahuan, persahabatan kami tiada masalah biarpun kontroversi pernah menimpa kami baru-baru ini" katanya.
 

Zed Zaidi
 
Pada April lalu, industri hiburan dikejutkan dengan tindakan Zed yang mempertikaikan kemenangan Aaron selepas tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Genting Highlands.
 

Aaron Aziz
 
Sementara itu, Aaron berkata dia bersyukur selepas doanya sewaktu menunaikan umrah pada bulan lalu dimakbulkan Allah.
"Terima kasih Zed atas ucapan itu. Lega rasanya dengan kejayaan ini (bergelar PR) dan kami (keluarga) tidak perlu bersusah payah pergi dan pulang ke Singapura lagi.
"Saya anggap berita ini rezeki anak dan isteri serta doa di Makkah dimakbulkan," kata aktor dari Pasir Ris, Singapura itu.
Aaron berkata, permohonan mendapatkan taraf PR bermula pada Ogos tahun lalu dan kini barulah ia berjaya.

Dipenjara Sebulan Curi Berus Gigi

thumbnail
KUALA TERENGGANU – Angkara terlalu gian dadah, seorang pembantu kedai makan nekad mencuri berus gigi elektrik di sebuah kedai elektrik di Jalan Sultan Ismail, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, hasratnya untuk menjual balik berus gigi jenama Panasonic itu bagi membeli dadah jenis morfin tidak kesampaian setelah dia kantoi dan seterusnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Natijah perbuatannya itu, tertuduh, Fazrin Ab Wahab, 23, dari Kampung Desa Darul Iman, Marang dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Majistret Abdul Hayyi Salim.
 
Hukuman itu dijatuhkan selepas dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dengan mencuri sebatang berus gigi elektrik jenama Panasonic bernilai RM99 di Kedai Elektrik Union Motos Electrical Supplier Sdn Bhd di Jalan Sultan Ismail, di sini, kira-kira jam 4 petang, 23 Jun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala Fazrin tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, Fazrin telah datang ke premis berkenaan dengan berpura-pura kononnya ingin membeli barang.
Dia memperdaya pekerja di kedai berkenaan dengan bertanyakan harga barang yang kononnya ingin dibeli. Namun, setelah melihat pekerja itu sedikit 'ralit', dia terus mengambil kesempatan mencuri berus gigi berkenaan dan disorokkan di dalam bajunya.
 
Tindakannya yang tergesa-gesa keluar dari premis berkenaan telah menimbulkan rasa syak pekerja yang melayannya sebelum ini yang kemudian mengejarnya dan berjaya ditahan di luar premis.
Hasil pemeriksaan di badannya, pekerja berkenaan berjaya menjumpai berus gigi elektrik yang disembunyikan di dalam baju dipakainya sebelum dia yang juga turut positif morfin diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikan Keli Gergasi Pemakan Manusia

thumbnail
Sebelum ni, seekor ikan keli raksasa telah ditangkap di Sarawak , kini Melayukini ingin menyampaikan satu lagi berita tentangseekor ikan keli yang ganas dan bersaiz gergasi yang dikatakan telah membunuh dan memakan ramai manusia. Seekor ikan keli gergasi yang dikatakan telah bermutasi ini ditangkap dan terkini, ikan keli gergasi itu telah menjadi bahan ujikaji saintis dari India dan Nepal.
Ikan keli gergasi ini atau lebih dikenali sebagai goonch oleh penduduk tempatan, telah mendapat perhatian, Jeremy Wade, pakar biologi yang sangat suka dengan ikan-ikan pelik, untuk diuji dan dikaji dan dipertontonkan kepada peminat-peminat rancangannnya.
Ikan keli gergasi itu mempunyai berat sebanyak 55kg dan panjang sekitar 2 meter. Jom kita tengok gambar ikan keli gergasi ini. Menyeramkan!
 

Subhanallah! Sarang Labah-Labah Pelik Terbesar Di Dunia

thumbnail
Beberapa buah pokok yang berada di tepi sungai Pakistan ditemui dalam keadaan dilitupi dengan sarang labah-labah. Apa yang peliknya, sarang labah-labah tersebut dibina dengan menutupi hampir keseleuruhan pokok tersebut.
Ia kelihatan seperti sebatang pokok yang bersalut dengan kapas. Jom lihat gambar-gambar peliksarang labah-labah yang dikatakan terbesar di dunia tersebut.

Unit Trust - Penting Masuki Pasaran Masa Betul

thumbnail
Biasanya ungkapan ‘apa yang naik pasti akan turun’ ini digunakan untuk menerangkan graviti, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menggambarkan kitaran ekonomi. Ekonomi tidak berada di satu garisan lurus, sebaliknya ia berkembang, merudum ke dalam kemelesetan dan kemudiannya mula pulih semula yang membawa kepada pengembangan berikutnya. Kitaran ekonomi dipacu oleh pelbagai faktor seperti kitaran kredit, gelembung aset, demografi dan penemuan ulung teknologi.

Sebagai contohnya, ekonomi Malaysia mengalami kemelesetan teruk pada tahun 1998 ekoran krisis kewangan Asia. Setelah pulih pada tahun 1999 dan 2000, ekonomi Malaysia perlahan semula pada tahun 2001 disebabkan kemerosotan ekonomi global berikutan penguncupan teknologi yang diterajui oleh Amerika Syarikat (AS).
Dalam kemelesetan ekonomi global tahun 2009 baru-baru ini, ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1.7 peratus kerana eksport dijejaskan oleh penurunan ekonomi AS dan ekonomi-ekonomi utama lain dalam suasana keadaan kredit yang ketat dan pasaran kerja yang lemah.
Pada umumnya, istilah kitaran ekonomi (atau kitaran perniagaan) merujuk kepada turun naik dalam aktiviti ekonomi di sekitar arah aliran pertumbuhan jangka panjang, dan secara tipikalnya melibatkan peralihan di antara tempoh pertumbuhan yang agak pesat (lonjakan atau lambungan) dan tempoh penurunan relatif (kemerosotan atau kemelesetan).

Bila masa yang betul untuk beli unit trust?
Kitaran ekonomi yang tipikal mempunyai lima fasa.
1. Pemulihan permulaan
Fasa pemulihan permulaan, yang biasanya merupakan fasa pendek selama beberapa bulan, menandakan tempoh apabila ekonomi mula-mula pulih daripada kemelesetan atau kelembapan. Selalunya terdapat inisiatif rangsangan kerajaan yang dilaksanakan seperti perbelanjaan rangsangan dan/atau kadar faedah yang rendah. Keyakinan perniagaan semakin meningkat dan inventori mula dibina semula. Namun, dengan kadar pengangguran yang masih lagi tinggi, keyakinan pengguna mungkin masih rendah.
2. Lonjakan awal
Ini merupakan fasa yang paling sihat dalam kitaran ekonomi kerana pertumbuhan boleh jadi teguh tetapi tidak terlalu pesat atau inflasi tidak lebih tinggi. Fasa ini biasanya berlanjutan selama satu tahun hingga beberapa tahun asalkan pertumbuhan tidak terlalu pesat dan pada kadar yang mampan. Dalam tempoh ini, pembinaan semula inventori yang kita saksikan dalam tempoh pemulihan permulaan membawa kepada aktiviti pengambilan pekerja yang lebih rancak oleh firma-firma dan oleh sebab pengupah meningkat, keyakinan pengguna juga meningkat. Ini pula membawa kepada jualan yang kukuh. Bagi menampung peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan mereka, perniagaan melabur untuk mengembangkan keupayaan.
3. Lonjakan lambat
Ekonomi kini beroperasi pada keupayaan penuh dan menghadapi bahaya akan menjadi terlalu rancak/pesat. Keyakinan adalah tinggi di kalangan pengguna dan perniagaan, dan pengangguran adalah pada paras yang sangat rendah. Inflasi semakin meningkat dan upah bertambah tinggi kerana berlaku kekurangan tenaga pekerja. Untuk memerangi kenaikan inflasi, bank-bank pusat menaikkan kadar faedah.
4. Perlahan
Ekonomi menjadi perlahan, biasanya akibat kadar faedah yang lebih tinggi. Keyakinan perniagaan mula goyah, dan firma mula mengurangkan inventori mereka, sekali gus memberi kesan tidak langsung terhadap pengangguran dan perbelanjaan sektor swasta.
5. Kemelesetan
Kemelesetan secara konvensionalnya ditakrifkan sebagai pertumbuhan KDNK negatif selama dua sukuan berturut-turut. Dalam fasa ini, selalunya terdapat kemerosotan inventori yang besar dan penurunan dalam pelaburan perniagaan. Pengangguran boleh meningkat dengan cepat, sekali gus menekan inflasi turun. Perbelanjaan pengguna untuk barang-barang tahan lama merosot. Dalam kemelesetan teruk, sistem kewangan mungkin tertekan oleh hutang lapuk, lantas membuatkan bank-bank berhati-hati memberi pinjaman.
Oleh sebab setiap fasa kitaran ekonomi melibatkan dinamik yang berbeza – kadar inflasi, keyakinan pengguna dan perniagaan, kadar penggunaan keupayaan, kadar pengangguran dan keberuntungan korporat yang berbeza-beza – maka fasa kitaran ekonomi boleh memberi kesan yang besar kepada bagaimana sektor ekonomi yang berbeza dan pelbagai bahagian pasaran modal mencatatkan prestasi. Prestasi unit amanah akan dipengaruhi sewajarnya, bergantung pada aset dan sektor di mana pelbagai dana dilaburkan.
Peringatan
“Ramalan adalah sukar, terutama sekali tentang masa depan.” – Yogi Berra.
Gambaran yang diberikan mengenai kitaran ekonomi yang tipikal dan kesannya ke atas prestasi pasaran mungkin menampakkan bahawa membentuk jangkaan pasaran dalam jangka pendek dan jangka sederhana adalah agak jelas dan mudah. Namun begitu, titik perubahan kitaran ekonomi selalunya sukar diramalkan. Fasa-fasa kitaran ekonomi yang berlainan mungkin berbeza-beza dari segi tempoh dan amplitudnya. Kemelesetan mungkin teruk (misalnya, kemelesetan tahun 1930-an dan awal 1980-an) atau ia mungkin tidak berpanjangan dengan hanya penurunan kecil dalam pengeluaran dan peningkatan sederhana dalam pengangguran. Pelabur yang berhati-hati juga perlu ingat bahawa urutan pelbagai fasa kitaran ekonomi adalah tidak tetap. Fasa tertentu dalam kitaran ekonomi mungkin tidak berlaku dan fasa sebelumnya juga mungkin terbalik.
Disebabkan oleh sukarnya menetapkan masa yang sesuai untuk memasuki pasaran secara tepat, terdapat beberapa peraturan yang boleh memberi faedah kepada portfolio pelabur dalam jangka panjang, serta mencegah kejadian “melabur semasa harga tinggi dan keluar semasa harga rendah”. Memastikan pempelbagaian portfolio yang secukupnya dengan melabur dalam unit amanah misalnya, merupakan salah satu peraturan tersebut, ataupun dikenali sebagai “tindakan tidak memasukkan semua telur anda di dalam sebuah bakul”.
Melabur untuk jangka panjang juga merupakan satu lagi peraturan baik yang akan menolong menghindari jualan panik semasa pasaran jatuh oleh pelabur yang terpengaruh dengan prestasi jangka pendek pasaran. Pelabur juga boleh mengguna pakai amalan pemurataan kos ringgit, iaitu membeli jumlah ringgit tetap unit amanah atau pelaburan lain secara kerap tanpa menghiraukan harga unit. Dengan kerap melabur dengan jumlah tetap, pelabur boleh mengambil kesempatan ke atas kejatuhan harga pasaran tanpa perlu bimbang tentang bila ia akan berlaku.
Rencana ini disumbangkan oleh Public Mutual Bhd., syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila dail Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Mutual di 03-6207 5000 atau layari www.publicmutual.com.my.

Gambar - Juliana Evans Lebih Berdikari Ketika Di AS

thumbnail
 

7 Gambar Akuarium Terbesar Di Dunia!

thumbnail
Mesti ada di antara anda pernah mengunjungi pusat akuarium di Aquria KLCC, di Kuala Lumpur. Tetapi itu akuarium yang mempunyaipartition di antara akuarium yang lain. Tetapi kali ini kami ingin menunjukkan gambar akuarium paling terbesar di dunia. Ia mempunyai struktur binaan kaca yang besar setinggi menara dan dibina dengan kos bernilai jutaan dollar. Jom kita lihat gambar akuarium terbesar dunia di bawah ini.

Toyota Tipu Pengguna!

thumbnail
Lokasi : Dihadapan Stesen Keretapi Gua Musang, Kelantan
Tarikh : 6/6/2012
 
Apa yang dah berlaku? Mungkin toyota boleh carik customer berdasarkan no plat tu utk tanya masalah.

Launching of the new PB Dynamic Allocation Fund - om

thumbnail
 
 
Dear E-Newsletter Subscriber,
 
Public Ittikal Sequel Fund
 

 

Recommended Reading

 



Click HERE to read.

 
 

Invest With Us

 


Interested to invest in
PB DYNAMIC ALLOCATION FUND

Click HERE for us to
arrange a client service
representative to assist you.

 

Launching of the New Public Mutual Fund

 

You are advised to read and understand the contents of the Prospectus of PB Dynamic Allocation Fund dated 19 June 2012 before investing. The Prospectus has been registered with the Securities Commission who takes no responsibility for its contents, and neither should its registration be interpreted to mean that the Commission recommends the investment.

You should note that there are fees and charges involved; and that the prices of units and distribution payable, if any, may go down as well as up. Past performance of a fund is not an indication of its future performance. Applications to purchase units must come in the form of a duly completed application form referred to in and accompanying the Prospectus. A copy of the Prospectus can be obtained from your nearest Public Bank branch.

Copyright Public Mutual Berhad (23419-A) All Rights Reserved
 


Gambar - Kereta Will.I.Am Dirampas Polis

thumbnail
 
Will.I.Am
 

Nazmi Minta Maaf Tumbuk Kapten Qatar

thumbnail
 
Pemain Malaysia, Muhammad Nazmi Faiz dilayangkan kad merah oleh pengadil 
selepas mengasari pemain Qatar di Stadium Shah Alam. – fotoBERNAMA

PERANCANG utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui gagal mengawal emosi ketika aksi perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, petang tadi.
Insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.
Nazmi Faiz yang bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos depan meluru ke arah pemain tersebut dan melepaskan tumbukan ke atas Abdelkarim yang menyebabkan pengadil perlawanan mengarahkannya keluar dari padang.
Dalam pada itu, Nazmi memohon maaf kepada para peminat dan menegaskan insiden tadi tiada kena-mengena dengan kisah peribadi sambil mengakui gagal mengawal emosi.
 
"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.
Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.
 
Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.
Dalam masa yang sama, pengendali yang berasal dari Melaka itu berpendapat faktor usia yang begitu muda yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.
"Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang," jelasnya.
 
Dalam perkembangan lain, Kim Swee berkata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi saingan kelayakan Piala AFC di Myanmar.
Malaysia diundi dalam Kumpulan G pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 bersama-sama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar.

Kingsley Hills di Putra Heights

thumbnail
 
Kingsley Hills di atas Bukit Cermin di Putra Heights, Selangor adalah projek pembangunan bercampur seluas 96 ekar oleh Kumpulan MCT. Sektor kediaman Hills Kingsley agak luar biasa kerana ia terdiri daripada 108 Bungalow luas dan 150 rumah semi-D, high-end dan mewah Villa Condo bertingkat rendah dan unit Condominium kenaikan tinggi.
 
 
Projek dilengkapi dengan ciri-ciri mewah seperti reka bentuk pelbagai dan bergaya kontemporari, lif di rumah persendirian, 24 jam berpagar dan berkawal keselamatan, lif di rumah persendirian, pintu masuk utama, kemudahan seperti sekolah antarabangsa, taman linear, kelab swasta dan sekolah Cina utama di sini. Kingsley Hills mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti LDP, Kesas dan lebuh raya Elite.

Harta Projek: Kingsley Hills
Location: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor
Jenis Harta: Pembangunan bercampur (108 Bungalow, 150 semi-D, Condo Villa Condominium)
Tanah Pegangan: Selama - lamanya
Pemaju: Kingsley Hills Sdn Bhd
Laman Web pemaju: http://www.kingsleyhills.com
Hubungi pemaju: 603-8023 6868

Kemudahan
Kelab Swasta Hills Kingsley dilengkapi dengan gimnasium, kolam renang, taman permainan untuk kanak-kanak, juga Yoga dan bilik aerobik untuk kemudahan anda.
 
Kemudahan seperti bilik persidangan dan fungsi, pusat perniagaan, kafe dan restoran meningkatkan rayuan kelab itu sebagai pusat sehenti untuk Kingsley gaya hidup.

Tambahan pula, Taman Linear menampilkan taman terawat, taman permainan kanak-kanak, laluan, dan banyak lagi. Terbang layang-layang, mengambil bersiar-siar atau menunggang basikal boleh menjadi aktiviti-aktiviti di taman alam ini.
 

Site Plan

 
 

Location Map

 

Google Map

Galleries

Gaya Tudung Bawal – 7 Langkah Mudah Pakai Tudung Bawal

thumbnail
 
 
 
WANITA bertudung pada hari ini dilihat bijak mempelbagaikan teknik pemakaiannya supaya mereka boleh tampil menarik dan mengikut gaya terkini.

LIPAT…bagi memudahkan pemakaian, lipatkan tudung bawal berbentuk segi tiga.

SAMA…pastikan hujung tudung sama panjang.

KANAN…bawa hujung tudung kiri ke kanan hingga paras telinga dan pinkan.

RINGKAS…kemaskan bahagian lebihan tudung dengan teknik memintal.

SIAP…ia sesuai dipakai wanita yang tidak memiliki banyak masa untuk bersiap. Jika mahukan penampilan berbeza dengan sedikit sentuhan tambahan, ikut langkah seterusnya.

KEMAS…hujung tudung yang sudah dipinkan tadi dikemaskan dan dibawa ke bahagian kepala.

KIRI…ambil hujung tudung bahagian kanan dan bawa ke bahu kiri.
Pelbagai teknik boleh dipelajari mengenai pemakaian tudung terutama bagi wanita yang masih memilih jenis bawal untuk digayakan setiap hari.
Jika inginkan kelainan, pemilihan jenis tudung bawal sangat penting bagi menampilkan gaya berbeza setiap kali ke majlis istimewa mahupun ke pejabat.
Pemilihan yang bijak dari segi perincian misalnya manik dan batu juga dapat membantu menambah seri kepada wanita yang ingin tampil menarik.
Bagi yang inginkan kelainan, cubalah teknik pemakaian tudung bawal yang ditunjukkan pemilik butik secara dalam talian, Nurul Huda Ibrahim.
sumber: hmetro.com.my

‘Bukan Bidadari’ Taruhan Terbaru Slot Lestary

thumbnail
 
Barisan pelakon drama bersiri Bukan Bidadari. (dari kiri) Nad Zainal, Sharnaaz Ahmad, Azlee Khairi dan Sara Ali.
 
SUBANG JAYA: Stesen TV3 bakal menyajikan drama bersiri terbaru berjudul Bukan Bidadaridalam slot Lestary dan akan menemui peminat bermula 19 Jun ini, setiap Selasa pukul 9 malam.
Diarahkan oleh Faisal Ishak dibawah penerbitan Filemscape Production, skrip Bukan Bidadari ditulis oleh Zuli Ismail yang mengisahkan mengenai kehidupan seorang gadis yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah hidup mewah.
Faisal ketika ditemui berkata, dia yakin drama berdurasi 13 episod ini akan mendapat sambutan kerana jalan ceritanya yang menarik selain lakonan mantap daripada barisan pelakon.
"Insya Allah ia akan mendapat sambutan kerana jalan cerita dan lakonan para pelakon cukup mantap dan saya sendiri berpuas hati dengan hasilnya," ujarnya.

Barisan pelakon drama bersiri Naziha yang telah pun menemui peminat pada 15 Jun.
 
Bukan Bidadari membariskan pelakon seperti Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).
Dalam pada itu, TV3 juga turut memperkenalkan drama bersiri berjudul Naziha untuk slot Zehra dan telah pun memulakan siaran pada 15 Jun, setiap Jumaat pada pukul 9 malam.
Naziha membariskan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan sebagainya.
Bagi penonton yang ketinggalan untuk menyaksikan dua buah drama bersiri hebat ini, boleh melayari laman web Tonton di www.tonton.com.my selain Facebook dan Twitter untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama tersebut.

Real Madrid Menerima USD 1 Bilion Selepas Hapus Lambang Salib Pada Logo Kelab

thumbnail
 
 
Setelah secara rasmi mengumumkan penghapusan tanda salib pada logo kelab, kelab bola sepak gergasi Sepanyol Real Madrid mendapat keuntungan besar dari segi kewangan. Penghapusan gambar salib tersebut dilakukan demi memperkuatkan sokongan peminat di kalangan Muslim di Timur Tengah.
Menurut laporan harian sukan Sepanyol, Marca, perubahan dilakukan untuk "menghindari segala bentuk kekeliruan dan salah tafsir di wilayah, di mana majoriti daripada peminatnya di  Los Blancos adalah Muslim."
Pihak Madrid mengatakan, keputusannya untuk menghilangkan salib dari logonya hanyalah salah satu langkah untuk mengembangkan perniagaannya secara global. Namun pengkritik mengkritik langkah itu dianggap sebagai satu lagi penghapusan budaya Eropah.
Langkah Madrid yang mencetuskan kontroversi tersebut membuat mereka mendapat projek besar di Timur Tengah. Mereka diberi keizinan untuk membina resort sukan di Emiriah Arab Bersatu bernilai 1 bilion US dolar.
Dilaporkan ,pembangunan di kawasan seluas 50 hektar tersebut sudah dilakukan dan dijadualkan resort tersebut dibuka untuk awam mulai Januari 2015. Kompleks ini akan merangkumi sebuah hotel dan 450 bilik mewah, villa mewah, pelabuhan sukan, dan pertama di dunia stadium bola sepak terbuka ke laut.
Perwakilan Madrid mengatakan, resort yang akan menjadi taman hiburan pertama di sebuah pulau buatan itu untuk menggabungkan antara pelancongan dan sukan. Sehingga akan menjadi kompleks rekreasi pertama yang dibina di bawah jenama antarabangsa yang pernah memenangi Liga Champions sebanyak sembilan kali.
"Ini adalah langkah yang menentukan dan strategik, yang akan meningkatkan kekuatan kelab di Timur Tengah dan Asia," kata kenyataan rasmi kelab

Cara Mudah Tab Widget

thumbnail
Caranya:
1. Pergi ke Design> Page Elements dan klik Tambah Alat.
2. Pilih HTML / Javascript widget.
3. Kosongkan kotak tajuk.
4. Salin kod di bawah dan paste di dalam kotak kandungan.


01<style type="text/css">

02.tabber {
03 padding: 0px !important;
04 border: 0 solid #bbb !important;
05}
06.tabber h2 {
07 float: left;
08 margin: 0 1px 0 0;
09 font-size: 12px;
10 padding: 3px 5px;
11 border: 1px solid #bbb;
12 margin-bottom: -1px; /*--Pull tab down 1px--*/
13 overflow: hidden;
14 position: relative;
15 background: #e0e0e0;
16 cursor:pointer;
17}
18html .tabber h2.active {
19 background: #fff;
20 border-bottom: 1px solid #fff; /*--"Connect" active tab to its content--*/
21}
22.tabber .widget-content {
23 border: 1px solid #bbb;
24 padding: 10px;
25 background: #fff;
26 clear:both;
27 margin:0;
28}
29.codewidget, #codeholder {
30 display:none;
31}
32</style>
33  
34<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.0/jquery.min.js"></script>
35<script type="text/javascript" src="http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bloggertabs0.1_min.js"></script>
36<script type="text/javascript">
37$(document).ready(function() {
38 $('#codeholder').bloggerTabber ({
39  tabCount : 3
40 });
41});
42</script>
43  
44<!-- to make sure the widget works, do not alter the code below -->
45<div id='codeholder'><p>Get this <a href="http://easybloggertrick.blogspot.com/2012/03/how-to-tabbed-content-widget-for.html" target="_blank">tabber widget</a></p></div>

Selaras kod 36 adalah untuk memuatkan perpustakaan jQuery. Keluarkan baris ini jika korang sudah dimuatkan di tempat lain di blog anda. Petunjuk: Jika blog anda mempunyai penggelungsur, sepeda atau sesuatu dengan kesan pudar berjalan, kemungkinan ia powered by jQuery.

Nyatakan bilangan widget yang anda mahu untuk berubah menjadi tab dalam 41 baris.
Warna latar belakang kotak lalai adalah putih (# fff). Korang boleh menukar selaras kod 27. Menggunakan warna yang sama untuk latar belakang dan tab aktif dan sempadan bawah (di baris 21 dan 22).

5. Letakkan alat HTML / Javascript di atas alat yang korang ingin tab.

tabbed contents view elements 

6. Klik save dan view blog korang.

Sebelum install

Pastikan korang letak tajuk setiap widget yang anda mahu untuk tab. Tabber tidak akan berfungsi dengan betul tanpa tajuk widget.
Mengurangkan lebar tab supaya semua tab muat ke dalam barisan satu. Ini boleh dicapai dengan menggunakan tajuk widget pendek.
Korang mungkin perlu untuk mengurangkan lebar widget tabified ini sesuai untuk mereka ke dalam kotak.
Jangan lupa untuk menguji dalam Internet Explorer. Widget ini boleh menyebabkan "Operasi dihenti paksa" kesilapan dalam IE untuk beberapa template bukan pereka. Jika itulah kesnya, widget ini bukan untuk korang: (

Cara Letak Kod Adsense Di Bawah Tajuk Post Blogspot

thumbnail

Mengapa nak letak di bawah tajuk? Kerana ia adalah kedudukan dengan CTR (click-through rate). Senangnya kst tempat tu senang orang nak klik.

Menurut garis panduan iklan kedudukan Adsense yang diterbitkan oleh Google, kedudukan iklan berbayar terbaik Adsense adalah di atas iaitu kandungan utama di atas blog post. Ini digambarkan oleh peta haba di bawah:

Gempar! Mata Wang Euro Akan Hancur Dalam Beberapa Bulan lagi?

thumbnail
 
Sepanyol telah memberi amaran bahawa jika pemimpin Eropah gagal untuk menunjukkan pasaran dalam beberapa minggu dimana euro harus dipertahankan dengan semua bayaran, maka mata wang perseorangan zon euro akan hancur.
Sumber terdekat dengan kerajaan Sepanyol mengatakan pada hari Rabu (6/6) lalu bahawa pertemuan terpenting di Brussels pada akhir bulan harus mencari penyelesaian dengan persetujuan untuk mendirikan perbankan zon euro dan kesatuan pendapatan negara, tanpa perjanjian itu euro akan hancur dalam masa beberapa bulan .
Eropah dilanda krisis kewangan yang serius pada tahun 2008 dan keadaan ini semakin meningkat dalam beberapa bulan terakhir.

Gambar - Bayi Dilahirkan Punyai Enam Kaki

thumbnail
 
 
PAKISTAN, seorang bayi malang yang baru dilahirkan, terpaksa berjuang untuk hidup apabila ia dilahirkan dengan keadaan yang ganjil iaitu memiliki enam kaki.
Bayi tersebut dipercayai memiliki seorang lagi kembar siam yang dikatakan gagal membesar dengan sempurna dilihat meninggalkan kaki yang terlekat pada anggota badannya.
Para doktor sedang menilai tahap kesihatan bayi tersebut, yang kini sudah dipindahkan ke Karachi untuk rawatan susulan. Mereka sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan asing bagi menjalankan pembedahan rumit membuang kaki-kaki tambahan pada bayi malang tersebut.
Ayah bayi tersebut merayu sumbangan orang ramai untuk membiayai rawatan anaknya. Ibunya pula yang juga merupakan sepupu kepada suaminya kini beransur-ansur sembuh dari kesan pembedahan melahirkan bayi berkenaan di rumah keluarganya di Sukkur, sekitar 280 km dari Karachi.
"Pembedahan bayi seperti ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan penilaian yang betul terlebih dahulu" jelas Dr Jamal Rezza, daripada Institut Kesihatan Kanak-kanak Karachi.
"Kita perlu menilai sama ada bayi ini memiliki kaki milik kembarnya atau bukan. Kita juga perlu menilai berapa banyak organ-organ yang telah berkembang kerana ia kelak akan memberi kesan dan mengurangkan peluangnya untuk hidup."
Keganjilan pada kelahiran bayi ini dikatakan hanya berlaku kurang 1 kejadian daripada sejuta bayi yang dilahirkan.
Sumber: Yahoo News

Harga Pasaran Blackberry di Malaysia .

thumbnail
 
Special entry buat sesiapa yang baik hati nak belikan benda alah ni untuk aku segugus . T__T

ps : urutan mengikut harga okay! :D



BLACKBERRY CURVE 8520
RM990



BLACKBERRY CURVE 3G 9300
RM1350



BLACKBERRY BOLD 9000
RM1350



BLACKBERRY STORM 9500
RM1650




BLACKBERRY BOLD II 9700
RM1680



BLACKBERRY BOLD "2" 9700 (WHITE LIMITED EDITION)
RM1750




BHAI, kalau tak dapat BB, ambik ni pun okay!
NOKIA X3-02 Touch and Type
RM690 je
Nak LIKE pon boleh