Home » » Gambar - 2 pelajar teknik lemas di Air Terjun Sekayu

Gambar - 2 pelajar teknik lemas di Air Terjun Sekayu

LOKASI KEJADIAN...orang ramai melihat pasukan penyelamat mengangkat jenazah mangsa.

LOKASI KEJADIAN...orang ramai melihat pasukan penyelamat mengangkat jenazah mangsa.
 
ANGKAT...anggota bomba mengangkat mayat seorang mangsa lemas di Air Terjun Sekayu.

ANGKAT...anggota bomba mengangkat mayat seorang mangsa lemas di Air Terjun Sekayu.
KUALA BERANG: "Dia cuma senyum dan menyatakan nak pergi jauh. Tak sangka kelakuan peliknya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga," kata Mohd Maidin atau Sudin Jusoh, 58, bapa kepada Mohamad Azrul Azmir, 17, yang lemas bersama rakannya, Muhammad Hanif Izzuddin Musa, 17, ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Sekayu di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mayat Mohamad Azrul dari Kampung Paya Guchil, Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu dan Muhammad Hanif dari Kampung Tanjung Jaafar, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu, ditemui kira-kira dua meter dari lokasi mereka dilaporkan tenggelam.
Sebelum kejadian malang itu, kedua-dua mangsa bersama enam lagi rakan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini datang ke kawasan perkelahan itu dari Kuala Terengganu sempena cuti persekolahan dengan menaiki enam motosikal.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dikatakan begitu teruja untuk ke kawasan perkelahan berkenaan walaupun beberapa rakan mahu membatalkan perkelahan kerana ada yang tidak turut serta.

Mohd Maidin yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, dia sempat berbual dengan anak sulungnya itu ketika mereka sedang memotong daging yang ditempah.

Kosmo

 
HULU TERENGGANU - Dua pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu mati lemas di Air Terjun Sekayu di sini hari ini.
Mereka ialah Mohd. Azrul Azmir Maidin dan Mohd. Hanif Izuddin, kedua-duanya berusia 17 tahun dan berasal dari Seberang Takir dan Gong Badak, Kuala Terengganu.
Mangsa pergi ke air terjun itu bersama enam lagi pelajar sebelum kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi.
Seorang rakan mangsa, Mohd. Arif Harun berkata, pada mulanya Mohd. Azrul Azmir yang turun mandi, tiba-tiba dihanyutkan arus.
Mohd. Hanif cuba membantu tetapi dia juga lemas di dalam air sedalam tujuh meter itu.
Mohd. Arif berkata, kejadian itu kemudiannya dimakumkan kepada pihak bomba dan penyelamat yang menemui mayat kedua-dua mangsa pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi di celah batu di dasar air terjun itu.
Ketua Operasi Bomba Hulu Terengganu, Khairul Anwar Bidin berkata, kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk mandi-manda. - BERNAMA
 
 


Terima kasih kerana membaca Gambar - 2 pelajar teknik lemas di Air Terjun Sekayu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan