Ramadan sia-sia apabila ibadat bertukar adat

thumbnail
Umat Islam di Malaysia berbelanja besar sambut puasa, lebaran
Kajian sebuah persatuan pengguna mendapati umat Islam di Malaysia membelanjakan 70 peratus daripada pendapatan mereka untuk keperluan Ramadan dan Syawal tahun lalu. Kira-kira seorang daripada 10 yang ditinjau mengakui terpaksa menggunakan kad kredit untuk keperluan berbuka puasa di restoran mewah dan hotel, atau beli-belah.
Jangan terperanjat bajet di bazar Ramadan setiap hari membabitkan urus niaga besar - RM10,000 di seluruh negara!

Seperti tahun sebelumnya, isu tangkapan tidak puasa berlaku setiap tahun. Pada minggu pertama puasa tahun ini, beberapa lelaki ditahan di Klang kerana makan di tempat awam.

Pada minggu pertama Ramadan tahun lalu, tujuh ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana makan di khalayak ramai. Di Kelantan pula seorang lelaki tua ditahan berjudi dan merokok dalam semak pada hari pertama Ramadan tahun lalu.

Sedia pinda akta

Kerajaan Sarawak pula bersedia meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada umat Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan meningkat setiap tahun.
Cadangan juga termasuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan hukuman khidmat sosial kepada pesalah atau meningkatkan jumlah denda atau tempoh penjara.

Sekitar dua hari Ramadan tahun lalu, seramai 25 orang ditangkap Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana tidak puasa dan makan di khalayak ramai. Bagaimanapun Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bercadang menaikkan jumlah denda tidak puasa, di samping meningkatkan penguatkuasaan.

Kita tentunya tidak hairan kenapa Ramadan dikaitkan dengan pembaziran atau tangkapan tidak puasa. Lazimnya Ramadan dianggap bulan rahmat dan kita sepatutnya mendekatkan diri kepada Allah, di samping menunaikan tanggungjawab sosial dengan berzakat dan menderma.

Memang diakui ada yang mendekati masjid dan menunaikan solat Tarawih. Bagaimanapun yang terbabit dengan amalan lain tidak dapat dielakkan kerana ada segelintir kalangan kita yang menjadikan Ramadan sebahagian daripada warisan budaya.

Melayu mungkin berubah dari segi pemikiran, ekonomi dan cara hidup. Tapi masih ramai sukar membezakan amalan agama dan warisan. Kesan langsung Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan selepas insiden 13 Mei 1969 mengubah sebahagian Melayu menjadi penduduk kota dan menikmati peluang prasarana sempurna.

Kewujudan istilah Melayu baru muncul apabila mereka dikaitkan dengan sektor korporat dan menerajui pelbagai syarikat nau ngan kerajaan. Budaya baru mencetus persaingan dalam pelbagai sektor.

Gaya hidup berubah

Kehidupan sebahagian bangsa Melayu juga turut berubah. Bukan sekadar pencapaian ekonomi dan taraf hidup, bahkan selera politik dan menanggapi kepentingan kuasa.

Kuasa sering dikaitkan dengan ekonomi dan kewangan. Kehidupan berbeza dari sebelumnya mendorong sikap boros yang akhirnya terpalit kepada pembaziran, termasuk pada Ramadan. Ada pihak yang menjadikan ibadat sebagai adat saja.

Kuasa juga memberi ruang kepada politik wang. Persaingan kuasa membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 memberi kesan tersendiri kepada bangsa Melayu.

Pemilihan pucuk pimpinan UMNO ketika itu bukan saja membabitkan sebuah parti politik, juga kesannya kepada Melayu. Kuasa beli dan tawar menawar dilihat jauh berbeza daripada sebelumnya.

Kita tidak tahu dari mana datangnya politik wang, seperti juga sukar meramalkan siapa yang mencipta istilah Melayu baru dan boros berbelanja untuk mendapatkan pengaruh.

Namun gerakan kepartian mula ditafsir dalam bentuk baru. Bukan saja UMNO, parti lain juga berkembang dengan cara tersendiri. PAS yang sebelumnya dianggap sekular pimpinan Tan Sri Asri Muda, kononnya lebih Islamik pada dekad 90-an.

Budaya Melayu baru membentuk sistem siasah dan perbelanjaan seharian. Ramadan bukan saja dikaitkan dengan unsur agama, bahkan ada yang menjadikan tazkirah di masjid sebagai medan menyerlahkan perjuangan siasah.

Apex Kini Duta Produk Brylcreem

thumbnail
 
Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, atau lebih dikenali sebagai Apex, sebelum ini telah dilabelkan sebagai penjaga gol termahal negara berikutan beliau selaku duta daripada pelbagai syarikat terkenal dan sebagai pemain bola sepak sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Terbaru, Apex telah dipilih menjadi duta untuk menjadi wajah kepada produk penjagaan rambut, Brylcreem.

Menurut sumber, pemilihan Apex sebagai produk ini dilihat begitu bertepatan dengan personalitinya yang sentiasa berkeyakinan di dalam dan di luar padang selain memiliki semangat dan keazaman untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.

Apex kini telah meletakkan dirinya sebaris dengan personaliti sukan terkenal lain seperti Kecin Pietersen dan Dabid Beckham yan turut mewakili jenama ini.
 
http://speakerpecah.blogspot.com


Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam

thumbnail
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Keajaiban Dan Keanehan Air Zam Zam 1 560x420 Keajaiban Dan Keanehan Air Zam Zam

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam Zam 2 560x382 Keajaiban Dan Keanehan Air Zam Zam

Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran "kolam" telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
"Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga".
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Keajaiban Dan Keanehan Air Zam Zam 3 560x310 Keajaiban Dan Keanehan Air Zam Zam

Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: "Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi".
Nabi S.A.W. menambahkan: "Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail".
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam. http://crewfathi.blogspot.com
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.

Biasiswa Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia 2012

thumbnail
Biasiswa untuk Program Matrikulasi KPM 2012 dibuka lagi. Bagi yang tercari-cari maklumat mengenai Program Matrikulasi 2012. Maklumat ini sangat berguna untuk anda semua tidak kira la Lepasan SPM 2011 atau tidak. Selamat memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Info

Pemohon biasiswa untuk Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia kini dibuka kepada pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2013. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2012.

Jurusan

Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Syarat-syarat kelayakan

a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
Jurusan Sains (M001)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
a) Fizik
b) Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
a) Prinsip Perakaunan
b) Ekonomi Asas
c) Keusahawanan
d) Perdagangan
e) Sains Tambahan
f) Fizik
g) Kimia
h) Biologi
i) Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5. E Matematik Tambahan
Aliran Teknikal (M007)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan 7. Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
8. E Kimia
9. B Lukisan Kejuruteraan

Cara-cara memohon Biasiswa Matriks

1. Permohonan perlu dibuat menggunakan Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI). Klik LINK pautan ini, Borang Permohonan program matrikulasi KPM 2012.
2. Masukkan No IC dan Nombor Pengenalan Individu (PIN)

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan ialah 10 Oktober 2012.

Penempatan

Penempatan pelajar akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semoga entri Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ini membantu anda semua. Terima kasih kerana merujuk sini dan sebanyak pertanyaan boleh sambung di ruangan komen.

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

thumbnail
Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurofat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah asin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas bathil dan rusak. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebathilannya karena tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadist yang mendukungnya. Lalu bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?

Nabi shallallahu’alaihi wa sallam pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, yaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairoh radliyallahu’anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)


5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)


6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Wallahua’lam


Rujukan:
  • Majalah Adz-Dzakiroh edisi khusus Ramadhan-Syawal 1429 Hal. 27-28
  • 30 Tema Pilihan Kultum Romadhon Berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah oleh Abu Bakr Muhammad Lalu al-Atsari, hal. 162-163 (Silahkan merujuk ke buku ini untuk mengambil faidah yang lebih banyak)

Proton Satria Neo No Plat WWW1 Milik Sultan Johor Terlibat Kemalangan Jalan Raya?

thumbnail

Berita ini belum disahihkan dan menurut sumber terdekat yang boleh dipercayai, kereta Satria Neo milik Sultan Johor yang menggunakan no plat WWW1 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kejadian yang dikatakan berlaku di lebuhraya PLUS berdekatan Yong Peng sekitar jam 12.30 tengah hari semalam. Sebarang berita terkini samaada Satria Neo WWW1 terlibat kemalangan atau tidak, kami akan bawakan kemaskini selepas ini.

Pensyarah Ditahan Kerana Dapat Rasuah Seks, Pen Mont Blanc, Ipad Dari Pelajarnya

thumbnail
Seorang profesor Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan rasuah melibatkan habuan daripada seorang bekas mahasiswa wanita sebagai ganjaran memberinya keputusan akademik yang baik.
Tey Tsun Hang, 41 tahun, yang juga merupakan seorang bekas hakim daerah di sini, menghadapi enam tuduhan.
Dia dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas mahasiswa NUS yang bernama Darinne Ko Wen Hui itu, sebanyak dua kali pada/atau 24 Julai dan 28 Julai 2010.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Tey memberikan Ko gred yang baik sebagai membalas habuan seks itu.
Tey juga dituduh menerima habuan berbentuk pena berjenama Mont Blanc yang berharga $740, dua kemeja yang ditempah tukang jahit berharga $236.20 dan sebuah iPod Touch bernilai $160 daripada Ko antara Mei dengan Jun 2010.
Ko juga dikatakan telah membayarkan bil Tey yang mencecah $1,278.60.
Tey merupakan seorang Profesor Madya yang mengajar di Fakulti Undang-Undang NUS.
Sementara itu, profil Ko di laman sosial LinkedIn pula menunjukkan Ko menuntut di NUS antara 2008 dengan 2012.
Ko juga dikatakan pernah bekerja sambil belajar di firma guaman terbesar di Singapura, Rajah & Tann, antara 2008 dengan 2010 dan pernah bekerja di firma guaman O'Melveny & Myers antara 2010 dengan tahun lalu.
Menurut laporan akhbar The New Paper, Tey diberkas pada April lalu sementara Ko tidak diberkas tetapi kenyataannya telah diambil.
 
Ko, 23 tahun, didakwa mendekati Tey bagi mendapatkan gred lebih baik bagi kursus elektif yang diambilnya.
Tey memberitahu media di luar Mahkamah Rendah semalam bahawa "tuduhan-tuduhan terhadapnya itu amat serius".
"Kebebasan, kewibawaan dan mata pencarian saya dipertaruhkan.
"Nama baik saya tercemar dan akibatnya keluarga saya juga menderita," kata Tey.
Dalam e-melnya kepada Berita Harian semalam, seorang jurucakap NUS berkata:
 
"Dengan keputusan Peguam Negara memfailkan tuduhan terhadap Profesor Madya Tey Tsun Hang, NUS telah memulakan siasatan dan menggantung khidmatnya.
"Universiti ini memandang serius pelanggaran peraturan. NUS mempunyai Kod Tatalaku yang harus diikuti kakitangannya.
"Jika berlaku sebarang pelanggaran (peraturan), tindakan yang sewajarnya akan diambil termasuk pemecatan bagi pencabulan serius Kod Tatalaku itu."
Kertas pertuduhan Tey menunjukkan dia seorang warga Malaysia dan bertaraf penduduk tetap di sini.
 
Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $100,000 dan kesnya akan didengar lagi pada 3 Ogos ini.
Jika sabit kesalahan, Tey boleh dikenakan denda sehingga $100,000, penjara sehingga lima tahun atau kededuanya sekali bagi setiap kesalahan. (Berita Harian Singapura)

Panduan Solat Tarawih Dan Bacaan Bilal Solat Tarawih & Doa

thumbnail
Marhaban Yaaa Ramadhan. Bulan suci ramadhan kini kembali tiba dan sentiasa kita melakukan puasa ramadhan serta solat tarawih ba'da s0lat Isya. Dalam pelaksanaan s0lat tarawih terdapat seorang bilal. Bagi Anda yang kebetulan mendapat tugas tersebut dan belum hafal bacaannya, berikut kami kongsikan bacaan bilal solat tarawih bahasa arab, bacaan bilal tarawih lengkap, serta bacaan doa solat tarawih.
Bacaan bilal pada solat tarawih mungkin akan berbeda pada setiap jama'ah. Namun demikian, masing-masing mempunyai pedoman. Bacaan bilal tarawih di bawah ini merupakan bacaan bilal solat tawarih 20 rakaat + 3 rakaat solat witir atau sering disebut bacaan bilal solat tarawih 23 rakaat. Dimana pada setiap 4 rakaat shalat tarawih akan dibacakan bacaan bilal dan pada rakaat terakhir atau rakaat 20 solat tarawih, maka akan membaca doa solat tarawih, yang kemudian di susul dengan solat witir 3 rakaat.
 
 
Bacaan pertama : ketika hendak melakukan solat tarawih
صلّواسنة التراويح ركعتين جماعة رحم كم الله،
اللهم صل على محمد (2ء)
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Bacaan Bilal Tarawih : Rakaat 1- 4
الخليفة الاولى امير المؤ منين سيدنا ابو بكر الصديق.
اللهم صل على محمد (2ء)
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Alkhooliifatul uulaa amiirul mu'miniina sayyiduna abuu bakri nissiddiikh
Allahumma sholli 'alaa muhammad (2x)
Allhumma sholli 'alaa sayyidinaa wamaulaanaa muhammad.
Bacaan Bilal Tarawih : Rakaat 5 – 8
الخليفة الثانية امير المؤ منين سيدناعمر ابن الخطاب.
اللهم صل على محمد (2
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Alkhooliifatuts tsaani amiirul mu'miniina sayyidunaa umar ibnu khottaab.
Allahumma sholli 'alaa muhammad (2x)
Allhumma sholli 'alaa sayyidinaa wamaulaanaa muhammad.
Bacaan Bilal Tarawih : Rakaat 9 – 12
الخليفة الثالثة اميرالمؤمنين سيدنا عثمان ابن عفان.
اللهم صل على محمد (2
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Alkhooliifatuts tsaalisata amiirul mu'miniina sayyidunaa usman ibnu affan.
Allahumma sholli 'alaa muhammad (2x)
Allhumma sholli 'alaa sayyidinaa wamaulaanaa muhammad.
Bacaan Bilal Tarawih : Rakaat 13 – 16
الخليفة الرابعة اميرالمؤمنين سيدناعلى ابن ابى طالب.
اللهم صل على محمد (2
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Alkhooliifatur raabi'ata amiirul mu'miniina sayyidunaa 'ali ibnu abi thoolib.
Allahumma sholli 'alaa muhammad (2x)
Allhumma sholli 'alaa sayyidinaa wamaulaanaa muhammad.
Bacaan Doa Solat Tarawih (Rakaat terakhir / 20)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ : اَلْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًايُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ , اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ , اَللَّهُمَ اجْعَلْنَا بِاْلاِيْمَانِ كَمِلِيْنَ , وَلِلْفَرَائِضِ مُؤَدِّيْن . وَللِصَّلاَةِحَافِظِيْنَ , وَللِزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ , وَلِمَاعِنْدَكَ طَالِبِيْنَ , وَلِعَفْوِكَ رَاجِيِّنَ , وَبِاْلهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ , وَعَنِ اللَّغْوِمُعْرِضِيْنَ , وَفىِ الدُّنْيَازَاهِدِيْنَ , وَفىِ اْلاخِرَةِرَاغِبِيْنَ , وَبِالْقَضَاءِرَضِيْنَ , وَبِالنَّعْمَاءِشَاكِرِيْنَ , وَعَلىَ اْلبَلاَءِصَابِرِيْنَ , وَتَحْتَ لِوَءِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍصَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ , وَاِلىَ اْلحَوْضِ وَارِدِيْنَ , وَاِلىَ اْلجَنَّةِدَلخِلِيْنَ , وَمِنَ النَّارِنَاجِيْنَ , وَعَلَ سَرِيْرِاْلكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ , وَمِنْ حُوْرِاْلِعَيْنِ مُتَزَوِّجِيْنَ , وَمِنْ سُنْدُ سٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَّدِيْبَاحٍ مُتَلَبِّسِيْنَ , وَمِنْ طَعَامِ اَلجَنَّةِ آ كِلِيْنَ وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفًى شَارِبِيْنَ , بِاَكْواَبٍ وِّاَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْن , مَحَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِْدِّ يْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِوَالصَّلِحِيْنَ , وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا , ذَلِكَ اْلَفَضْلُ مِنَ الله وَكَفىَ بِاللهِ عَلِيْم ً , اِنَّ الله وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ النَّبِيّ يَاَيُّهَاالَّذِ يْنَ اَمَّنُواصَلُّواعَلَيْهِ وَسَلِّمُوْاتَسْلِيْمَا وَصَلَّى الله عَلَ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍوَّعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَاْلحَمْدُ لله رَبِّالْعَالَمِيْن .
Kemudian dilanjutkan dengan Solat Witir 3 Rakaat.
Bacaan bilal solat witir 2 rakaat.
صلوا سنة الوتر ركعة جماعة أثابكم الله
Bacaan bilal solat witir 1 rakaat.
صلوا سنة الوتر ركعة مع القنوت أثابكم الله
Note:
* Pada praktiknya, bacaan bilal tarawih tidak harus pada rakaat-rakaat seperti diatas. Jadi sesuaikan saja dengan lokasi Anda (bagaimana umumnya)
* Bacaan bilal witir yang terakhir (disertai qunut) biasanya setelah tanggal 15 ramadhan atau 10 hari terakhir ramadhan.

Harga Setem Surat Biasa Dan Kad Raya

thumbnail
Dah lama tak gunakan perkhidmatan pos untuk mengirimkan surat. Dulu harga setem hanya 30 sen. Bila dekat-dekat musimperlu menjejak kaki ke pejabat pos untuk kirimkan kad selamat hari raya, tercari-cari juga harga setem untuk surat biasa dan kad raya.
Maklumat dari pos.com.my, surat biasa dan kad raya adalah dalam kategori 'mel standard' yang bermaksud suatu surat yang bersampul yang boleh dilentur dan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Berat Maksimum sehingga 50gm.
 
Saiz
  • Minimum :140 mm (panjang) x 90 mm (lebar)
  • Maksimum: 250 mm (panjang) x 165 mm (lebar)
Ketebalan
  • Ketebalan Minimum : 0.25 mm
  • Maksimum: 6.00 mm
Ketebalan
  • Kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau mempunyai ton warna yang lembut di bahagian hadapan sampul
  • Tidak dicetak timbul dan tidak mengandungi apa-apa tebukan
  • Dilekatkan sepenuhnya
 
 
ukuran surat yang boleh digunakan
Harga setem untuk surat standard ( termasuk kad raya )
  • Sehingga 20gm 0.60 sen
  • Lebih 20gm – 50gm 0.70 sen
Pejabat pos dibuka setiap hari
  • Isnin – Jumaat : 8.30 pagi to 8.00 malam
  • Sabtu: 8:30 pagi to 5:00 ptg
( kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum )
 
 
Ini lagi satu maklumat, sampul surat berwarna terang tidak dibenarkan.
Surat yang digam atau tidak, harga setem adalah sama iaitu 60 sen.
Oktober 2010 kali terakhir saya pos surat menggunakan sampul surat panjang biasa yang berwarna cokelat yang diisikan sekeping cek,  dikenakan setem  0.80 sen

Apa Perlu Buat Jika Tayar Kereta Kena Lock ? (5 Gambar)

thumbnail
Apa perlu buat jika tayar kereta anda kena lock dek kerana tersalah parking ? Mungkin cara lelaki di dalam gambar ini boleh membantu anda. Cool!
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

KESAN FACEBOOK DAN TWITTER DI GUNAKAN SEMASA MEMANDU

thumbnail
PETALING JAYA: Pihak berkuasa lalu lintas memberi amaran terhadap trend berbahaya di kalangan pemandu Malaysia yang menggunakan facebook, twitter atau memuat naik gambar semasa memandu.
 
Bercakap menggunakan telefon bimbit atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah perkara biasa namun ramai pegguna jalan raya kini mengambil satu lagi tindakan yang boleh membahayakan nyawa mereka serta pengguna jalan raya lain dengan mengakses kepada rangkaian sosial semasa memandu.
Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 100,143 saman kepada pemandu Malaysia yang ditahan kerana menggunakan telefon bimbit tahun lalu.
 
Sehingga 21 Jun tahun ini, polis telah mengeluarkan 44,688 saman manakala 3,501 dikeluarkan oleh JPJ dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Hampir 20 peratus daripada kesalahan tersebut dilakukan di Selangor.
Timbalan Ketua Trafik Persekutuan, Mohd Fuad Abd Latiff, memberi amaran bahawa sebarang bentuk penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah suatu kesalahan.
 
 
"Pengemaskinian akaun facebook dan twitter ketika di jalan raya adalah satu trend baru oleh para pemandu, terutamanya tentang keadaan trafik.
"Mereka mungkin menyangka bahawa mereka sedang melakukan khidmat sosial dengan memaklumkan mengenai keadaan trafik tetapi mereka telah melakukan suatu kesalahan dan meletakkan diri mereka sendiri dan pemandu kenderaan lain dalam bahaya," katanya kepada The Star.
 
Malah ACP Mohd Fuad berkata ada di kalangan pemandu turut menggunakan telefon pintar mereka untuk mengambil dan memuat naik gambar semasa memandu.
Beliau berkata di bawah Seksyen 17A (1) Akta Pengangkutan Jalan, pemilik kenderaan boleh dikenakan denda RM300 jika ditangkap berbuat demikian.
"Ingin saya tekankan betapa bahayanya bagi mana-mana pemandu yang hilang tumpuan ketika memandu kerana ia berpotensi membawa kepada kemalangan maut.
"Pemandu perlu memberi tumpuan penuh bagi mengawal kenderaan mereka kerana kemalangan boleh berlaku dalam tempoh beberapa saat," katanya.
Sementara itu Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Madya Dr Wong Shaw Voon berkata penggunaan telefon pintar untuk mengakses kepada rangkaian sosial adalah lebih berbahaya daripada menghantar SMS.
 
"Akses ke rangkaian sosial atau memuat naik gambar-gambar mengambil sekurang-kurangnya beberapa saat perhatian dari jalan raya, tetapi kemalangan boleh berlaku dalam masa yang kurang daripada sesaat," katanya.

Seram! Pengalaman Ustaz Urus Jenazah Berdosa

thumbnail
Kisah ini adalah berkisah tentang seorang ustaz yang mengalami pengalaman ngeri dalam mengurus seorang jenazah lelaki yang baru meninggal dunia. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.
 
Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
 
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.
 
Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.
 
Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.
Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.
 
Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.
Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka, "Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.
Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah.Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.
Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskanjenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.
Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.
 
Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.
Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."
 
Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.
Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.
Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.
Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:
 
"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."
Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.
Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.
 
Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.
Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.
Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.
Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.
 
Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.
Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.
Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.
Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.
 
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
 
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

5 Masjid Tercantik di Malaysia- Cantik Dari Segi Seni Bina!

thumbnail
Salah satu keunikkan Malaysia adalah penduduk berbilang bangsa dan agama.Setiap penduduk mempunyai kepercayaan yang berbeza tetapi masing-masing menghormati kepercayaan antara satu sama lain.Di Malaysia,Agama Islam adalah agama rasmi dan sebahagian besar penduduknya adalah beragama Islam.Sinonim dengan agama Islam Masjid.Masjid merupakan tempat ibadat umat Islam dan di Malaysia terdapat banyak masjid-masjid yang dibina dengan pelbagai reka bentuk dan seni.
Jadi kali ini saya ingin kongsikan 5 Masjid Tercantik Di Malaysia.Sumber ini saya perolehi daripada rakan blogger saya iaitu Oh Malaysia.

Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.
Foto: Kwong Hong
Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Foto: pjfncs27
Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.
Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
Foto: Amai Lordarkmal
Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.
Lihatlah betapa cantiknya masjid-masjid yang dibina.Adakah masjid-masjid ini dibina  untuk menarik pelancong atau untuk digunakan untuk beribadat?
Apa yang kita harapkan adalah supaya Malaysia sentiasa aman.Walaupun berbilang bangsa dan Agama tetapi masih mempunyai sikap bertolak ansur dan bertoleransi.Insya-Allah.

”Saya Masih Sama Seperti Dahulu” – Azrinaz

thumbnail
SUDAH lama sebenarnya impian untuk menjadikan Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim sebagai penghias wajah hadapan Nona, tetapi kesempatan itu belum terbuka.
Lantaran itu saya membawa angan-angan itu berganti tahun dan akhirnya alhamdulillah… kala menyuarakan hasrat tersebut awal bulan lalu pada Saidatulnisa, Azrinaz bersetuju.
Namun tarikhnya belum dapat diputuskan kerana tuan punya diri terlalu padat dengan pelbagai urusan. Beliau di Malaysia hanya untuk beberapa hari bagi menjalani rakaman program ON AIR, kemudiannya akan terus terbang ke Singapura, Brunei, London dan Sepanyol.
Oh! Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan insan yang pernah mengejutkan rakyat Malaysia dan Brunei dengan kisah perkahwinannya, malah pernah menjadi insan dikenali dunia.
Namun, saya enggan berputus asa, berbalas pesanan ringkas melalui Saidatulnisa sebagai insan perantaraan.
Azrinaz Mazhar Hakim ketika ditemu bual oleh majalah NONA, Mei lalu. – Foto ihsan NONA
Azrinaz: 'Saya masih sama seperti dahulu'
Nona Keluaran Julai
Kata saya, jika Azrinaz tidak sempat balik ke Malaysia, ingin sekali saya ke Singapura atau Brunei bagi memenuhi impian ini. Jawab Azrinaz, “amboiiiii bukan main lagi Kiffy ni!”
Dengan pantas saya berbalas, “saya memang betul-betul inginkan Azrinaz sebagai penghias wajah depan Nona, berusaha tangga kejayaan.”
Selang beberapa hari dan secara berterusan, pesanan ringkas saya sering mengganggu Saidatulnisa dan Azrinaz! Maafkan saya kerana selagi tidak diputuskan tarikh pertemuan, tidak boleh duduk diam dibuatnya.
Alhamdulillah, saya mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu. Rasa kebahagiaan bertamu, sujud syukur saya kepada-Nya kerana membuka pintu hati Azrinaz untuk menerima lamaran ini.
Namun sehari sebelum sesi fotografi diadakan, petang itu saya menerima pesanan ringkas dari Azrinaz mengenai busana yang ingin dipakai. Kata sepakat diputuskan Azrinaz akan membawa beberapa helaian koleksi peribadinya dan saya akan memilih beberapa lagi daripada pereka tempatan.
Selepas Maghrib, lampu merah berkelip-kelip di telefon bimbit saya menandakan ada pesanan ringkas.
Terbeliak biji mata saya membacanya, “saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak boleh buat Nona esok atas sebab-sebab tertentu. Saya minta maaf atas kesulitan ini.”
Lidah saya menjadi kelu, tergamam tanpa boleh berkata apa-apa. ‘Deadline’ majalah sememangnya di atas garisan.
Saya seperti nyawa-nyawa ikan kerana tidak ada sebarang penghias wajah lain sebagai pengganti. Saya percaya, Azrinaz tidak bermaksud untuk berbuat demikian.
Pastinya di atas sebab tertentu, beliau terpaksa menarik diri pada saat akhir. Saya bertemu ketua editor untuk memaklumkan perkara ini.
Selepas beberapa baris ayat, suara saya semakin bergetar dan air mata mengalir. Saya tidak dapat menahannya lagi perasaan kecewa ini kerana segala-galanya sudah hampir di kemuncak, hanya menanti detik pertemuan itu sahaja.
Namun, saya perlu berfikiran positif dan bertenang untuk memikirkan apa yang seharus saya lakukan seterusnya. Dalam suasana muram dan sempat menghabiskan dua pinggan nasi (begitu cara saya melepaskan segala rasa tekanan).
Tepat jam 9.03 malam, saya menerima pesanan ringkas daripada Azrinaz menyatakan, beliau telah berusaha menyelesaikan beberapa perkara dan Insya-Allah esok boleh dilaksanakan.
Sekali lagi air mata saya mengalir, tanda gembira dan bersyukur. Alhamdulillah… impian bakal tercipta. Terima kasih berkali-kali saya ucapkan buat Azrinaz.
Tanggal 26 Mei 2012. Hari yang ditunggu tiba, saya dan Azrinaz bertentang mata, membuka bicara kemesraan dengan tenang.
Seindah itu juga aura kemewahan Penthouse Le Meridien, menyambut pertemuan kami ini. Azrinaz sekali lagi meminta maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku dan saya faham keadaan ini juga bukan mudah baginya. Ia menjadi sebahagian daripada kenangan teristimewa dalam hidup saya untuk berkongsi kisah perjalanan sewaktu sesi, UP CLOSE & PERSONAL WITH AZRINAZ MAZHAR HAKIM diadakan khas buat semua pembaca Nona…
PERTEMUAN BERMAKNA
Wanita anggun yang sering kali saya lihat di kaca televisyen dan dada akhbar, kini berada di hadapan mata. Tipu kiranya saya menyatakan tidak berasa gementar pada awal pertemuan tetapi Azrinaz membuka ruang dirinya untuk sesiapa sahaja yang berada di sekeliling, berasa cukup selesa. Tampil dengan gaya kasual chic!
Azrinaz menyarung skinny jeans bersama white t-shirt DIOR dan jaket ala-old school rona biru gelap.
Langkah diatur kemas bersama sepatu LV dan menggenggam tas tangan daripada jenama yang sama. Tutur kata kala berbicara sopan dan lemah lembut, jelas mencerminkan keperibadian dirinya yang merendah diri dan disenangi.
“Saya tidak menghilang kemana-mana. Sekarang saya sering berulang-alik di Malaysia, Brunei dan London. Jika di Brunei, masa saya sepenuhnya bersama anak-anak. Pulang ke Malaysia, waktu bersama keluarga dan saya masih lagi tinggal di sini bersama ibu dan ayah. Ini tanah tumpah darah, sejauh mana saya pergi Malaysia tetap di hati.Ó”
“Sejak dari dahulu lagi, sewaktu bekerja sebagai penyampai dan wartawan penyiaran saya tidak menerima atau keluar di mana-mana wawancara untuk majalah atau sebagainya. Termasuklah juga sewaktu berumah tangga, saya lebih selesa untuk ‘low profile’.
“Cuma sekarang saya memberi banyak tumpuan kepada urusan peribadi dan perniagaan hartanah bersama ayah tercinta kerana beliau sememangnya dari dahulu lagi terlibat dalam jurusan ini,” jelas Azrinaz dengan tenang.
Adakah disebabkan kerinduan dalam dunia penyiaran membuatkan Azrinaz menerima undangan sebagai salah seorang juri dan tenaga pengajar untuk rancangan ON AIR.
“Ya! Masih ada rindu saya pada bidang yang pernah diceburi. Dunia kewartawanan senantiasa dekat dalam hati saya.
“Menerima tawaran tersebut bukanlah kerana ingin glamor atau bayarannya, saya ingin berkongsi pengalaman bersama mereka yang benar-benar ingin berkecimpung dalam industri ini. Malah topik untuk episod yang saya hadir sebagai juri dan penasihat, amat sesuai sekali dengan rujukan yang diberikan kepada saya ‘ratu stand upper’.
“Malah jadual rakaman tidak terlalu lama dan saya terima dari segi profesional, walaupun beberapa kali saya berfikir juga untuk membuat come back!”.
“Malah saya cukup teruja apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Aznil Nawawi dan melepas kerinduan bertemu Datin Seri Normala. Banyak yang kami sempat berbual dan bicarakan termasuk perancangan perniagaan yang mungkin boleh dilakukan suatu hari nanti, insya-Allah.” ujar Azrinaz.
Selepas ini, mungkin Azrinaz akan kembali aktif di hadapan kamera?
“Oh! Tidak lagi aktif seperti dahulu. Saya hanya lakukan jika ada masa kelapangan dan sebagai hobi.
“Sebenarnya gemuruh juga apabila berhadapan dengan kamera buat pertama kalinya, setelah lama ditinggalkan. Kamera sekarang pun sudah kecil berbanding dahulu (ketawa kecil Azrinaz). Paling penting saya rasa gembira sangat, rasanya seperti kembali ke zaman muda dahulu.”
Sempat saya berseloroh pada Azrinaz, sekarang pun masih kekal muda, cantik dan langsing lagi. Tersenyum malu, Azrinaz.
Nasihat terbaik daripada Azrinaz buat mereka yang ingin menjadikan bidang kewartawanan penyiaran sebagai satu kerjaya, “mereka seharusnya lebih fokus dengan pilihan kerjaya ini, bukan sekadar untuk menjadi seorang yang glamor. Harus bermula dari bawah, tidak cerewet dan jangan sesekali menjadi diva. Selain itu, sebagai seorang wartawan penyiaran penampilan harus dijaga.”
“Kerjaya ini menuntut anda untuk bersedia 24 jam dan kadang-kadang masa peribadi juga terpaksa dikorbankan. Tetapi ia cukup menyeronokkan dan banyak pengalaman yang bakal diperoleh. Kita akan belajar lebih banyak erti kehidupan dari masyarakat biasa sehinggalah ke tahap VVIP. Semuanya ini bergantung pada kesungguhan dan minat mendalam individu tersebut.”
“Hidup ibarat sebuah perjalanan, penuh liku-liku. Terkadang jalan yang kita tempuh mulus tanpa hambatan. Namun tak jarang juga jalan yang kita lewati berkelok-kelok, berbatu-batu dan juga terjal. Ada ketika sambil berjalan, kita mungkin tersungkur. Namun segala kesedihan dan kegembiraan itu menjadi momen sejarah peribadi yang tidak mungkin dilupakan.
“Hampir separuh perjalanan hidup saya di muka bumi telah dilalui dengan pelbagai warna. Saya reda dengan segala-galanya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya jadikan sebagai satu bingkisan perjalanan hidup yang cukup istimewa. Walaupun status kini berbeza, namun keperibadian saya masih sama seperti dahulu.”

Senarai Kedai Yang Menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ( KDS1M)

thumbnail

Beberapa hari lepas, saya terbaca berita Timbalan Perdana Menteri melancarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M), dengan tujuan untuk membantu IPTA dan IPTS menghadapi kenaikan kos harga barangan. Kad diskaun KDS1M akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti.

Pelajar perlu menunjukkan KADS1M berserta Kad Pelajar sebagai bukti untuk mendapat diskaun. Pelajar tidak perlu memohon sebaliknya maklumat pelajar akan diberikan oleh IPT kepada kementerian dan pihaknya mengutamakan pelajar tahun akhir terlebih dahulu.
Katanya, kerajaan tidak menanggung sebarang kos, sebaliknya ia merupakan pendekatan 'tanggungjawab sosial korporat' oleh Bank Rakyat yang membiayai kos pengeluaran kad,
Khabarnyanya idea bernas daripada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ini menawarkan kadar diskaun antara lima hingga 60 peratus. Dah ada 51 syarikat yang bersetuju untuk memberikan diskaun melaluikad KDS1M meliputi buku, alat tulis, pakaian, makanan, barangan IT, perkhidmatan kesihatan, termasuk juga percutian.
Saya ada 2 anak lelaki yang sedang belajar di institut pengajian tinggi. Sebagai ibubapa yang menyara pengajian anak-anak saya juga berminat untuk mencari informasi mengenai barangan atau syarikat yang memberikan diskaun tersebut.
 
gambar kad diskaun siswa 1 malaysia
Syarikat dan Koperasi yang menawar Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) .
Kedai Buku
  1. MPH Bookstores
  2. Imlaq Book Centre
  3. Borders (hanya di KL)
  4. Rona
  5. Kiang Trading
  6. Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
  7. Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8. Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
*Kiang Trading – Diskaun 10% pada semua produk, kecuali pada item promosi, fotostat dan binding.
Pakaian
  1. Bata
  2. Ifamily
  3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  4. Texline Lino
*Bata – Discount 10%
*Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad – Diskaun 10% hingga 45% bagi produk terpilih
Syarat
1. Pakaian Batik
• 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)
• 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)
• 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)
• 30% (Kain pasang cotton/fuji)
• 25% (Kaftan)
2. Songket
• 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)
• 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)
3. Samping
• 20% (Corak istana)
• 20% (Corak bunga abor)
Kesihatan
  1. Poliklinik An-Nisa'
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry
Makanan dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend's Claypot Briyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Product
  13. Gloria Jean's Coffees
  14. Bangi Kopitiam
KFC – Diskaun 5%
Syarat
1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.
2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.
A&W – Diskaun 50% diskaun ke atas mana-mana pembelian minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter
Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel Sdn. Bhd.
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja
Salun / Pusat /Produk Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%
*Proactiv – Diskaun 5%
Syarat
1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas dan Galaxy Ampang sahaja
2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain
3. Tidak sah semasa event/ roadshow
4. Diskaun:-
• Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%
• Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%
• Semua single item – diskaun 5%
Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% bagi produk dan perkhidmatan terpilih
Syarat
  1. Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian
  2. KOPCEL Shoppe – 5% bagi 'Non PLU product' iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman mineral water dan makanan bergoreng
  3. Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi
Lain-lain
  1. Bkz Bikerz
  2. Roller Star Arena
  3. Double Site
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. Mydin
Bkz Bikerz – Diskaun RM100 bagi motosikal terpakai dan RM200 diskaun bagi pembelian motorsikal baru model BKZ
  1. Diskaun 10% – 20% pada harga aksesori motorsikal
  2. Sewa Motorsikal dari RM80.00 sebulan
  3. Percuma caj upah pekerja bagi safety checking
Senarai syarikat dan produk adalah dari laman web www.1pengguna.com

Lelaki Yang Mahu Menutup Masjid Ini Akhirnya Memeluk Islam

thumbnail
Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Partai Rakyat Switzerland (SVP). Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Swiss.
Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam terhadap mimbar dan kubah masjid.
Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropa terutama di negaranya.
Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari "pengampunan dosanya" yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status hukum.
 
 
Daniel Streich, politikus berasal Switzerland, yang terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.
 
Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.
Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan tentera di Swiss Army karena popularitasnya.
Lahir di sebuah keluarga Kristen, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai setan.
Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

Proses Periksa Kereta Di Puspakom Shah Alam

thumbnail
Ni aku  nak citer pengalaman aku pergi periksa kereta di puspakom shah alam yang bari di buka 3 ke  bulan lepas. Lokasinya dekat dekat petronas Alam Megah:
 
Lot PT 5143
No. 2 Jalan Jijan 28/35
Seksyen 28, 40400 Shah Alam
 
Masa:
 
1.Isnin – Jumaat: 7am – 5 pm
Rehat : 12.45 – 2.00 pm
Rehat jumaat: 12.30 – 2.30pm
 
2.Sabtu: 7am – 1pm
 
Ini langkah-langkahnya:
1.      Buat appointmentnya dulu dengan call no ni.
03 5191 1677/1606/1741
Kalau dah call puspakom akan bagi no rujukan, janji pukul berapa nak pegi, boleh terus masuk. Kalau tak buat temujanji, kalau kereta tak banyak guard bagi masuk, kalau kereta banyak, tak boleh masukm kena tunggu dulu, tu yg lecehnya puspakom ni
 
2.      Masa sampai kat puspakom shah alam, daftar dekat guard house, dia akan Tanya no rujukan, bagitahu no. Guard akan bagi pass masuk warna kuning. Sila pastikan korang bawak geran original kereta.
 
3.      Ada 3 lorong kat puspakom shah alam untuk pembayaran. Kalau korang nak  tolak kereta untuk trade in dengan kereta baru, korang kena pergi kaunter 3. Cakap kat cashier masa nak bayar tu " pemeriksaan sewa beli" kod B7. Kalau kod B5 untuk pindah milik kenderaan ( bayar rm30 ). Kod B7 bayar rm60 untuk periksa 18 point di kereta korang. Nak bayar pun kena beratur panjang gak, tunggu dalam kereta je. Satu kereta lebih kurang ambil masa 7 minit.
 
4.      Lepas bayar rm60 (untuk pemeriksaan kod B7), kena beratur untuk pemeriksaan pulak. Makan asa gak beratur ni. Aku hari tu dalam 20 minit gak tunggu turn ni. Puspakom kena improve benda ni. Cuba kurangkan masa menunggu.
 
5.      Pemeriksaan kat bay puspakom tu ambil masa dalam 30 minit. Apa yang puspokam periksa? Ini dia:
 
Nombor pendaftaran
Nombor enjin
Engine mounting
Tayar
Keadaan badan
Bacaan odometer
Keadaan cermin
Whellhouse
Potong sambung
Bacaan cermin
Nombor casis
Kerangka casis
Kotak gear
Jenis bahan bakar
Penyenyap dan paip ekzos
Lantai
Pillar
Penyaman udara
Ketebalan bunga tayar
Suspense
Brek
Asap
 
Lepas tu ada keputusan akhir, lulus atau tidak.
 
6.      Sementara tu korang tunggu kat tempat menunggu sehingga nombor kereta korang keluar kat skrin dan juga ada pengumuman untuk korang ambil report kat kaunter 2 dalam bangunan puspakom tu.
 
7.      Lepas ambil report, lulus atau pun, korang boleh le meninggalkan puspakom melalui laluin keluar ( sila lihat signboard)
 
Harap info ni dapat bantu korang untuk membuat pemeriksaan kereta di puspakom shah alam.