Home » » Update kes William Yau yang hilang di Putra Heights

Update kes William Yau yang hilang di Putra Heights

Laporan awal DNA sahkan mayat William
KUALA LUMPUR: Laporan awal ujian 'deoxyribonucleic acid' (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang pada 24 Jan lalu adalah William Yau Zhen Zhong.
Ini dinyatakan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Bin Ramli pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, hari ini.
"Laporan (itu mengesahkan) mayat itu adalah William," katanya.

William, 6, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Pada 24 Jan, mayat seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang oleh seorang nelayan pada 6.30 petang, sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Proses bedah siasat yang dilakukan pada 25 Jan bagaimanapun gagal mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu kerana keadaan mayat dan organ dalaman yang reput. Kanak-kanak itu disahkan telah mati kira-kira seminggu ditemui.

Pada hari sama, ibu bapa William mengesahkan mayat kanak-kanak itu sebagai anak mereka berdasarkan penemuan dua parut di belakang kepala dan satu di dahi mangsa, selain penemuan seluar dalam milik William yang dipakai kanak-kanak itu.

Pada ketika itu, siasatan awal polis mendapati mayat kanak-kanak itu 75 peratus menyerupai William.
Mayat William Yau dituntut keluarga
Klang: Mayat William Yau Zhen Zhong dituntut keluarganya dari rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pagi tadi.
Ibu bapa kanak-kanak itu kelihatan di hospital berkenaan dalam keadaan tenang tetapi tidak dapat mengawal perasaan ketika mereka 'memanggil semangat' anak mereka untuk mengikuti mereka.
Ibu William yang memakai baju berwarna hitam dan seluar pendek warna putih, membawa patung yang bertulis nama anaknya dan sebatang gaharu, manakala bapa kanak-kanak itu memegang bahu isterinya sambil memasuki rumah mayat berkenaan kira-kira jam 10.20 pagi.

Difahamkan, mayat William akan dibawa ke Bukit Jelutong, Melaka untuk upacara pengkebumian kira-kira jam 2 petang ini.

Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak itu menjalankan upacara ringkas di Jeti Sungai Sireh sebelum menuntut mayat anak mereka.


Terima kasih kerana membaca Update kes William Yau yang hilang di Putra Heights. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan