Home » » SKMM digesa pantau syarikat telekomunikasi menipu

SKMM digesa pantau syarikat telekomunikasi menipu

Petaling Jaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap syarikat telekomunikasi, yang didakwa gagal memberikan perkhidmatan seperti yang ditawarkan kepada pelanggan.

Naib Presiden, Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr Lee Nan Sang, berkata sejak Februari hingga awal bulan ini, pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada pengguna.
Katanya, aduan itu antaranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima selain caj yang tidak munasabah dikenakan syarikat telekomunikasi terbabit.


Memperdaya pengguna

"Kami dapati sebelum pengguna mendaftar, ejen pemasaran syarikat telekomunikasi akan menunjukkan kawasan liputan internet, yang biasanya berada dalam keadaan terbaik.

"Selepas pengguna melanggan, perkhidmatan yang diterima tidak seperti yang dijanjikan. Bagi menamatkannya mereka perlu membayar keseluruhan kontrak perkhidmatan kerana sudah termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani oleh pelanggan," katanya


Terima kasih kerana membaca SKMM digesa pantau syarikat telekomunikasi menipu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan