Home » » Budak mangsa berebut parkir

Budak mangsa berebut parkir

Beijing: Seorang lelaki menghempas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menyebabkannya menemui ajal selepas ibu mangsa enggan memberi laluan kepadanya untuk meletak kereta.
Lelaki itu dikenali sebagai Han, mahu meletak kereta dekat perhentian bas namun wanita itu enggan beredar kerana sedang memeriksa anak perempuannya ketika itu, lapor akhbar Beijing Times, memetik seorang saksi sebagai berkata.

Bayi itu tidak mengeluarkan suara selepas dijatuhkan dan tidak juga menangis kerana sakit" Zhou, Saksi

Han berusia awal 40-an, keluar dari kereta Hyundai Sonata, memukul wanita itu sebelum menarik kanak-kanak itu keluar dari kereta sorong, memegangnya dan menghempasnya, kata saksi, seorang pemilik gerai jalanan, Zhou.

Tak menangis

"Bayi itu tidak mengeluarkan suara selepas dijatuhkan dan tidak juga menangis kerana sakit," lapor akhbar yang memetik Zhou sebagai berkata.

Seorang lagi lelaki keluar dari kereta sama dan turut memukul ibu mangsa sebelum mereka pergi dari situ, tambahnya.
Wanita berkenaan kemudian bergegas membawa anak kecilnya yang berada dalam keadaan kritikal ke hospital berhampiran.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu menemui ajal ketika dipindahkan ke sebuah hospital lain, menurut laporan.

Polis kemudian menemui Han yang dibebaskan dari penjara tahun ini selepas menjalani hukuman kerana mencuri, di sebuah rumah mandian air panas dan menahannya, kelmarin.

Dia mungkin didakwa kerana membunuh, lapor akhbar yang memetik pakar perundangan sebagai berkata.

Ini bermakna, lelaki itu ada kemungkinan dikenakan hukuman mati mengikut undang-undang yang ada.

Ketegangan sosial memuncak di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan jurang pendapatan meluas dan penyalahgunaan kuasa


Terima kasih kerana membaca Budak mangsa berebut parkir. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



5 Komen:

  1. hmm macam macam berita sekarang ni..

    pm alamat bro dekat fb page zuan, "Saiazuan Blog" kalau mau mercun mancis hhehe

    BalasPadam
  2. Lelaki tu amat tidak berperikemanusiaan.. Mungkin sistem pendidikan di sana tidak menekankan sifat saling hormat-menghormati sesama insan..

    BalasPadam
  3. Tak yah la mcm ni..tak suka lah gaduh2 mcm ni..hehe

    BalasPadam
  4. Apa jenis manusia la macam ni. Hishh~

    BalasPadam
  5. apabila marah..manusia akan menjadi seekor binatang...itu kesan kalau tak puasa.

    kakiblog recently posted :Main Facebook Dapat Trafik Masuk Blog

    BalasPadam