Cairns: Polis Australia agak bingung melihat tempat kejadian jenayah yang bersepah termasuk satu lubang besar di siling dan cecair busuk sebelum menemui pihak yang bertanggungjawab seekor ular sawa sepanjang 5.7 meter. Ular besar itu mempunyai berat 17 kilogram dan ditangkap sehari selepas aduan mengenai pencuri dilaporkan di sebuah kedai kebajikan di Queensland. Kepalanya sebesar kepala anjing, kata Sarjan Don Auld, semalam. Sebelum mereka jumpa ular sawa itu, penyiasat berpendapat pencuri ada masalah psikologi serius dan sengaja meletakkan barangan bertaburan di sana sini dalam kedai St. Vincent de Paul di bandar Ingham.
Kami sangka ada orang jatuh dari siling. Mungkin orang itu muntah selepas jatuh. Itulah teori awal kami, kata Auld.
Syak naik ikut bumbung
Polis kini mengesyaki ular sawa itu naik mengikut bumbung yang rosak kerana taufan, dua tahun lalu.
Reptilia itu kemudian jatuh dari siling dan kena pada pinggan mangkuk serta pakaian sebelum membuang najis.
Ia tidak dikesan anggota keselamatan sebelum dilihat di tepi dinding keesokannya.
Seekor penangkap ular diminta menangkap reptilia itu yang dilepaskan di kawasan tanah pamah berdekatan.
AP.
Salam. Tu belum periksa keadaan dalam bumbung macamana. Mungkin ada telur.
BalasPadamahaks... bahaya2 dan geli gelemen
PadamUlar sawa tue cari aiskrim kot
BalasPadam