Home » , , , » Nissan Grand Livina baru dilancar

Nissan Grand Livina baru dilancar

Aku suka gak update pasal kereta ni, kereta-kereta baru yan keluar, best gak usha-usha sekali sekala kan. Sebelum ni aku ada post gambar proton suprima s, dan kali nih aku nak update plak pasal Nissan Grand Livina baru yang berharga paling rendah rm86 880 dan ada pakej ansuran bulanan serendah rm599. Tapi kena check gak loan berapa tahun dan rate berapa nih ya, jangan main hentam je tgk bulanan rendah macam nih. Kalau koranh nak baca post pasal kereta kat blog nih, silakan lah.


50 penambahbaikan

Daripada sudut luaran, model dipertingkat ini tampil dengan reka bentuk bahagian hadapan dan belakang lebih segar, disempurnakan dengan rim aloi reka bentuk jejari-V, acuan pintu dan cermin sisi bersama lampu isyarat membelok LED bersepadu baru. Kombinasi jeriji depan krom bersama panel mendatar, garis bamper hadapan agresif dan lampu utama lebih ekspresif mencipta tanggapan bahawa ia adalah MPV dinamik yang elegan.


Pada bahagian belakang, lampu diletakkan secara mendatar, sekali gus menyerlahkan pemantul belakang yang membuatkan model itu kelihatan lebih lebar dan sporty.

Selain itu, sistem Kunci Pintar Nissan (i-Key) membolehkan pemandu dan penumpang masuk tanpa perlu mengguna kunci. Malah, butang penghidup enjin turut ditawarkan.

Imej premium MPV itu diserlahkan lagi menerusi kelompok meter visi baru bersama Paparan Pelbagai-Maklumat (MID) yang melaporkan maklumat penting kenderaan seperti penggunaan bahan api dan jarak yang berbaki.

Guna enjin jimat minyak

Nissan Grand Livina baru menggunakan enjin yang terbukti menjimatkan minyak iaitu HR16DE atau MR18DE. Enjin empat silinder aluminium sepenuhnya itu kompak dan ringan, dilengkapi teknologi kawalan injap pemasaan yang menawarkan prestasi responsif, lebih lancar dan tahap penjimatan bahan api mendahului kelasnya.

Dua beg udara SRS kini menjadi ciri standard, selain Binaan Zon Badan Nissan, Stereng Boleh Lipat, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Sistem Bantuan Brek dan Sistem Brek Anti-kekunci (ABS).

MPV itu dalam tiga varian iaitu 1.6L Manual (RM86,880), 1.6L Auto (RMRM89,880) dan 1.8L Auto (RM99,880), dengan lima pilihan warna iaitu Graphite Blue, Diamond Black, Bronze Gold, Brilliant White dan Tungsten Silver.
 
Itu yang Nissan kata le. Testimonial dari pembeli belum tentu lagi kan.


Terima kasih kerana membaca Nissan Grand Livina baru dilancar. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



6 Komen:

  1. macam tak mampu nak beli cuma mimpi sahaja huhu..

    BalasPadam
  2. makin mantap grand lavina ni...nnt cukup duit angkat la satu bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro, gua skrg guna yg lebih dr ni bro hoho

      Padam
  3. belum sampai masanya lagi ni, bila dah tiba masanya, ini dah kira lebih dr mampu tu.

    BalasPadam
  4. nak beli yang inpul tu..rasa cute sangat bodynya..haha

    BalasPadam