Kos Servis Toyota Altis. Promosi kereta-kereta Toyota 2015 sedang berjalan, baik anda survey-survey jika sudah lama berminat untuk mendapat kereta Toyota. Saya tidak mengatakan bahawa kereta Toyota ni bagus, sebab kereta Honda pun bagus jugak dari segi masing-masing.
Tetapi ketika promosi, eloklah kalau nak tahu lebih lanjut. Tanya juga mengenai kos untuk servis kereta idaman anda. Biasanya kalau survey-survey kereta untuk di beli, kita lupa untuk tanya mengenai kos untuk servis kereta tersebut. Ada juga keadaannya, jurujual kereta tidak mengetahui mengenai kos servis.
Tetapi yang baiknya tentang Toyota ni, tempat pameran berada di lokasi yang sama dengan tempat servis. Jika jurujual kereta tidak mengetahui kos servis kereta, anda boleh berjumpa dengan servis advisor untuk bertanya mengenai kos servis. Mereka sudah ada jadual sehingga ke beberapa ratus km supaya anda boleh masukkan sekali ke dalam bajet bulanan anda.



.jpg)
.jpg)









