Website yang terbaik update keputusan piala dunia 2014

thumbnail
Musim bola piala dunia 2014 ni ramai tak cukup tidur ya, mc pun ramai gak taip takpe le sekali sekala dok. Kalau saya jadi boss pun saya bagi jer ler, sekali sekala nak layan game best. Tapi tengok minat gak, ada yang sanggup bangun awal-awal pagi nak tengok bola piala dunia 2014, ada yang lebih suka tidur jer. Kalau nak tengok ulangan tak best sebab result dah tahu. Kalau tengok sorang-sorang pun tak best jugak. Kalau layan kat kedai mamak, ngantuk le plak kan.


Keputusan World Cup 2014


jadual piala dunia 2014 rtm


Biasanya kat mana korang semak keputusan piala dunia 2014? Banyak blog atau website yang updatekan benda nih dan ada gak yang lambat update. Bagi saya, kalau tak layan bola malam, tak tengok live, saya akan semak di website ni yang memang terbaik dari segi update result world cup 2014 dan ada kontest jugak le serta gambar-gambar terbaik piala dunia 2014.

Mula-mula buka, saya ingat astro punya, tapi bukan. Tapi ok lah sebab update memang pantas dan juga berita-berita terbaru world cup 2014 di sertakan sekali. Pendek kata dah cover cerita-cerita semasa world cup 2014 nih.

Result pagi tadi pun dah update, satu usaha yang bagus untuk memrikan info terkini tentang piala dunia 2014.

Best jugak main teka-teka pemain terbaik secara online.

thumbnail
Yang ni best nih kalau layan cara tengok bola piala dunia 2014 dan boleh buat tekaan sapa pemain terbaik di posisi penyerang, pertahanan dan tengah. Mungkin belum tahu lagi, ada website yang menyediakan hadiah best kalau kita teka dengan tepat ke tiga-tiga posisi terbaik setiap game bola sempena piala dunia 2014 nih. Buat masa nih,  peneka yang top paling tinggi dengan 98 point ialah Firdausasri - kalau maintan cam nih boleh dapat hadiah seperti TV LED nih en Firdausasri.

Jersey percuma dari maxis!

thumbnail
Piala Dunia 2014 dah hampir tiba nih, korang dah ready dengan jersey ke belum? Nak harapkan jersey Tesco, pe baram bro, tak tegar kalau cam tuh. Team mana korang minat nih? Saya setiap tahun berubah-ubah cam lalang plak ler. Saya takde le follow rapat sangat pasal bola nih, pendek kata game yang best2 kalau tak sempat nak tengok, tak apa. Kalau dapat tengok lagi bagus. Bisnes jersey secara online semakin mendapat tempat. Mereka yang menjual jersey di dalam media sosial mesti banyak sale kali nih, rezeki korang le tuh kan. Kena kerja lebih masa nih untuk beli jersey bolasepak piala dunia 2014.

TMJ Cuba Jawatan Presiden FAM

thumbnail
Persaingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) penggal 2014-2018 akan melibatkan persaingan tiga penjuru pada kongres yang akan diadakan 25 Mei ini.
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah akan dicabar Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya hari ini.

alt

Sementara itu, tiga calon juga akan bertanding untuk merebut dua kerusi timbalan presiden iaitu dua Naib Presiden FAM ketika ini, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad. 
Dalam pada itu, lapan calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden, 22 calon bertanding merebut lapan jawatan exco lelaki dan sembilan calon merebut dua jawatan exco wanita.

Keistimewaan Ahli Toyota Merit

thumbnail
Kereta korang dah habis bayar ke tak nih? Kalau dah habis bayar, rilek dulu, jangan cepat sangat nak upgrade kereta tu ke cc yang lebih power. Cuba nikmati dulu detik-detik setiap bulan tak perlu bayar kereta, boleh hilang stress ooo. Tak payah tukar terus pun takpe, pakai je kereta mana-mana yang ada, apa kisahkan dah habis bayar lagi, lagi menarik dari pakai kereta besar tapi masih bayar bulan-bulan. Tul tak? Sama je kereta mana-mana pun, cuma selesa dan keselamatan lain skit, dari segi pandangan atau prestij tuh rasa je macam lain. Kalau terdesak gak nak  keta besar, korang kerja le parttime kat rumah ataupun kalau main blog boleh gak buat duit dengan iklan-iklan yang senang nak pasang ni.

Apa tu Toyota Merit?


Contest SEO Eridy - ada teknik-teknik ke?

thumbnail
Dah makin banyak aku jumpa blogger join Contest SEO Eridy ni, makin meriah dunia SEO dan juga harap-harap eridy.com beroleh sesuatu atas apa yang di laburkan. Macam-macam teknik SEO yang di tulis, emm.. ni le bestnya kalau join Contest SEO Eridy nih. Boleh belajar macam-macam pasal SEO. Kalau korang belum join Contest SEO Eridy ni, silakan join.

Contest SEO Eridy



Gambar Mitsubishi Attrage 2013

thumbnail
Dunia kereta makin hangat tahun nih. Selepas toyota kenalkan model vios baru 2013, proton dengan proton Suprima S nya, dan sebulan dua nih, Mitsubishi dengan model  Attrage 1.2 liter 4 varians yang di import sepenuhnya dari Thailand. Banyak pulak kereta di buat dari Thailand, Toyota Altis pun dari Thailand jugak. Harga atas jalan spec paling rendah Mitsubishi Attrage ni hanya rm59 000, wow.. murah ni kan tapi performance pun takde le power cam lancer, dah harga pun murah kan.Boleh le tuh kalau ada buat kerja parttime yang famous sekarang nih ataupun blogger yang dah join alternatif adsense nih, boleh je buat tambah bayar kereta nih.

Gambar Mitsubishi Attrage 2013



Hadiah saguhati misteri kontes review

thumbnail
Kalau korang masih ingat, sebulan lepas kot ada kontes review klinik cinta dan aku ada join gak kontes nih, buat review2 skit kan. Senarai pemenang dah keluar dan aku dapat hadiah saguhati misteri. Oklah jugak dari tak dapat apa-apa kan. Join kontes-kontes nih best jugak, selain tu kita boleh dapat gak info-info yang berkualiti dari blogger-blogger lain. Dan hari ni, hadiah saguhati kontes tu dah aku terima. Pagi-pagi masuk kerja dah ada kat atas meja, ntah le sapa yang letak. Mekasih ya sapa yang baik hati tu hehe.

Hadiah saguhati misteri kontes review


Pindah milik kereta guna cap jari

thumbnail
Korang mesti ada kereta kan? Kalau takde pun akan ada satu hari nanti. Kalau sebelum nih nak pindah nama atau hakmilik kereta perlu sukar skit, tambah-tambah kalau melibatkan bengkel kerata ( orang tengah ) takut kena tipu beb. Tapi cara sekarang ni lebih senang. JPJ dah improve sistem penukaran hakmilik kenderaan ni melalui mySikap. Menggunakan sistem biometrik ( cap jari ) di mana pemilik asal dan pemilik baru kenderaan kena pegi ke JPJ untuk daftar cap jari dan proses seterusnya adalah secara automatik. Menarik menarik.

Tukar hak milik kenderaan kini guna cap jari


Gambar Toyota Vios Baru 2013

thumbnail
Hari ni aku pergi servis kereta kat UMW Toyotsu Motor Shah Alam, pusat servis toyota. Sementara tunggu kereta siap, aku ronda-roonda skit kat situ pun ada jualan kereta toyota jugak. Usha-usha Toyota Vios baru skit, paling hot kat sini, design baru lagi katakan. Kalau ada kerja part time yang bayar dalam USD, boleh tampung buat bayar muka vios ni pun sudah bagus.

Kata orang vios ni jimat minyak, iya ke? Aku tak pernah guna, jadi aku no komen la. Tapi design baru ni lawa skit dari yang lama, boleh la kan kalau mampu. Harga min rm73 200 - rm93 200, ikut model mana satu la. Kalau dapat duit dari Contest SEO pun, beli side mirror toyota vios  ni je yang lepas. Lain le kereta ni percuma macam aku dapat smartphone percuma ni.

Citer pjg saleman lagi tahu, jom layan gambar Toyota Vios Baru 2013:


Servis 80 000 km, RM1123 adoiii

thumbnail
Hari aku memang tak kerja. Memang cuti di berikan sebab esok ganti public holiday. Jadi aku pergi servis kereta kat UMW Toyotsu Motor Seksyen 15 Shah Alam. Book pukul 10.00 pagi tapi pukul 9.00 pagi aku dah sampai. Hari ni ialah hari bekerja bagi ramai orangm jadi, takde le ramai sangat orang servis kereta hari nih jika banding dengan hari Sabtu.

Masuk-masuk kat pusat servis tu, terus kekaunter untuk daftar. Aweks tu ambik buku servis tuh, tunggu dalam 10 minit, service advusir panggil untuk daftar dan pergi check kereta. Sebelum service advisor panggil tuh, aku pekena dulu 2 bungkus nasi lemak free kat pusat service toyota nih dengan air milo, layan-layan akhbar jap.

Toyota Vios baru 2013


Piya terima ugutan bunuh

thumbnail
Kecoh lagi! Selepas Idra Putra Mahayuddin terima ugutan bunuh September lepas, kali ni menjelang final piala malaysia 2 hari lagi, Piya pulak terima ugutan bunuh di facebook. Alamak.. main-main ugut-ugut pulak dah, cam budak-budak je nih.


Individu yang menggunakan akaun Facebook, Elman Ganu difahamkan menghantar mesej di dalam akaun milik Budok Juvana yang menghina pasukan Kelantan dan ugutan bunuh terhadap Mohd Badhri. 

Antara kandungan mesej Elman Ganu yang dihantar termasuk 'Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi' dan menggunakan perkataan lucah dan kesat terhadap rakyat Kelantan. 

Kalau hujung minggu, inilah lah kerjanya

thumbnail
Aktivit biasa aku kalau hujung minggu ialah basuh kereta le, basuh je vacumnya malas skit sebab malas nak tarik wayar panjang masuk dalam rumah.Nak pergi basuh kat kedai duit tak berapa cukup, elok beli je shampoo basuh keta basuh sendiri, lagi berbaloi kan. Tapi kalau takde masa, boleh je hantar basuh kat car wash. Pagi-pagi bangun ( hujung minggu je nih ), time2 orang lain masih belum bangun dan keluar dari bilik tidur lagih, masa ni le semangat skit nak basuh kereta. Lagipun belum panas lagih, sesuai sangat kalau nak habiskan sejam dua basuh kereta. Post lain tentang kereta kat sini.

Aktivit membasuh kereta


Gambar basuh kereta takde le sebab tengah basuh kereta, camne nak ambik gambar, basah plak kamera kan. Lepas basuh baru ambik gambar skit untuk perkongsian santai dgn yang sudi nak tengok.

Kejar duit ke?

thumbnail
Apakah keuntungan hasil jualan tiket mengatasi keperluan pemain untuk menikmati kelebihan beraksi di gelanggang sendiri? Itu persoalan yang timbul di sebalik keputusan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) memohon kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan, 18 Oktober ini dipindahkan dari Stadium Selayang ke Stadium Shah Alam. 

Perghhh, aku dapat hadiah weh!

thumbnail

27 September aku ada join satu contest dari dululainsekaranglain.com dan yang bestnya bagi aku, aku adalah salah sorang pemenang dalam kontes tuh.. hiha hiha. Bagus gak idea buat2 kontes2 ni kan, selain merapatkan hubungan sesama blogger, dapatkan menarik trafik ke blog dan juga meningkatkan tahap kepercayaan pembaca kepada entri yang di tulis di sebabkan testimonial yang diberikan melalui komen-komen mantop seperti yang di praktikkan di blog dululainsekaranglain.com.


Kuasa empat gergasi! aummm

thumbnail

Ramalan pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee pada saingan suku akhir Piala Malaysia terbukti tepat apabila Kelantan dan Tentera berjaya mengatasi defisit untuk mara ke separuh akhir bersama-sama Pahang dan Sarawak. 


Namun untuk aksi separuh akhir, Kim Swee berpendapat ia saingan yang berbeza dan keempat-empat pasukan memiliki peluang sama rata serta kekuatan hampir seimbang. 


Bekalan tipis tak cukup 



“Aksi pertama separuh akhir bakal menentukan hala tuju pasukan ke final,” kata Kim Swee. “Ia membawa impak besar kepada peluang setiap pasukan dan bekalan kemenangan tipis tidak mencukupi untuk memastikan  



       tiket ke final. 

Khyril Muhymeen jadi buruan pantai timur

thumbnail
ENGGEMPUR berbisa Kedah, Khyril Muhymeen Zambri kembali dalam radar sebuah pasukan dari Pantai Timur bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2014.Spekulasi bertiup kencang di laman sosial mengatakan khidmat Khyril amat diperlukan selepas beberapa pemain utama pasukan berkenaan bakal 'angkat kaki' musim depan.Difahamkan, Khyril masih menyayangi pasukan Kenari dan  enggan terburu-buru membuat keputusan. Namun, pada masa sama masih mempertimbangkan tawaran menyarung pasukan itu jika kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.


Rumput punca Sarawak gagal beraksi lebih baik lawan Sime Darby

thumbnail
Oh mak ai.. takkan sebab rumput plak nih. Jurulatih Sarawak Alberts menyalahkan rumput tebal sebagai sebab anak buahnya tak dapat beraksi dgn cemerlang menentang Sime Darby di suku akhir Piala Malaysia. Emmm.. pelik betul aku dengar alasan macm nih, nak gelak pun ada nih. Kira alasan ni unik gak ler. Di harap Rajagopal dan Ong Kim Swee jangan buat alasan macam nih tau. Jom layan citer  pasal Piala Malaysia nih dan juga cerita bolasepak yang lain.

Wanita pandu 200km sejam selamatkan ibu

thumbnail
Dubai: Seorang wanita di bandar raya ini yang ditahan polis kerana memandu keretanya hingga 200 kilometer sejam, dibebaskan selepas memberitahu dia berbuat demikian untuk kembali ke rumah dan membawa ibunya yang sakit ke hospital semalam.

Ketua jabatan polis trafik Dubail Mejar Jeneral Mohammed Al Zafin berkata selain memandu laju, wanita terbabit juga dilihat memotong kenderaan lain secara berbahaya dan ada ketikanya dia memandu keretanya di atas bahu jalan.

Toyota Corolla terjual melebihi 40 juta

thumbnail
Kredit: Sinar
TOYOTA Motor Corporation (TMC) mengumumkan jualan global terkumpul bagi kereta paling popular di dunia iaitu Toyota Corolla melebihi 40 juta dengan mencecah 40.01 juta unit sehingga Julai 2013.Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dari 1965 hingga 1968, jumlah pengeluaran tahunan Toyota meningkat lebih dua kali ganda daripada 480,000 unit kepada 1.1 juta unit kenderaan.