Maybank - keluar duit tanpa kad?

thumbnail
Malayan Banking Bhd (Maybank) menjangka perkhidmatan pengeluaran tanpa kad yang baru diperkenalkan mencatat sebanyak 20,000 transaksi sebulan bagi tahun pertama, disebabkan semakin meningkatnya bilangan pengguna telefon pintar dan perbankan dalam talian di sini.Ia merancang untuk memperluas perkhidmatan ini ke pasaran-pasaran lain, bermula dengan Singapura, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kawalan atur, kata bank komersial terbesar di Malaysia itu, dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Maybank melancarkan perkhidmatan pengeluaran tanpa kad melalui mesin juruwang automatik (ATM), yang merupakan perkhidmatan pengeluaran pertama seumpamanya di sini yang membolehkan pengeluaran dibuat tanpa kad ATM.

Keluar duit tanpa guna kad ATM


“Setiap bulan, lebih 45 juta transaksi dibuat melalui lebih 2,800 ATM Maybank. Pada masa yang sama, lebih 100 juta transaksi dikendalikan melalui Maybank2u setiap bulan," kata Datuk Lim Hong Tat, Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Maybank Singapura.

“Bilangan transaksi menerusi kedua-dua saluran menyediakan anggaran bagaimana ramainya pengguna yang akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan baharu ini," katanya.

Perkhidmatan baharu ini membolehkan pelanggan yang mempunyai akaun perbankan dalam talian memindahkan wang secara terus kepada mana-mana orang di Malaysia, dengan menggunakan nombor telefon mudah alih pendaftaran tempatan.

Selepas menerima dua nombor pengenalan transaksi (ID), penerima kemudiannya boleh mengeluarkan wang tunai dari mana-mana ATM Maybank -- tanpa kad ATM.

ID itu sah bagi hanya 24 jam dan pengeluaran dibenarkan dalam jumlah tetap RM100, RM200 atau RM300, dengan RM300 ditetapkan sebagai had maksimum harian, kata Maybank.

Caj minimum sebanyak RM1 dikenakan ke atas penghantar, tetapi caj ini dikecualikan dari sekarang hingga 28 Feb, kata bank itu.

Selama 30 hari mulai esok, Maybank menawarkan wang tunai sebanyak RM500 kepada tiga pelanggan bertuah yang berjaya melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad setiap hari. - Bernama

Budu dalam paket, tiub

thumbnail
Sama sekali tidak menyangka inisiatif menghasilkan budu daripada lebihan ikan bilis 30 tahun lalu membuahkan hasil apabila jenama Budu Cap Ketereh kini semakin dikenali ramai. Mat Ismail Jusoh, 60 Pengarah Urusan jenama berkenaan cukup berbangga apabila usaha yang dilakukannya selama ini membuat produknya kini mampu menjengah sehingga pasaran Asia Barat dan menjadi antara barangan penting bagi jemaah haji. 

Cara Senang Redeem Treatpoint Maybank - Lenovo A706

thumbnail

Kali ni aku nak kongsi sikit cara nak redeem treatpoint Maybank dengan barang-barang yang korang nak ler seperti smartphone, peralatan elektrik, jam dan banyak lagi kategori melalui dua portal nih iaitu redeem melalui maybankard atau melalui superbuy.my. Sebelum ni aku dah redeem Samsung Galaxy S3 Mini secara percuma dan dah selamat aku guna sekarang ni. Kali ni pulak aku redeem kat superbuy.my sebab nampak macam treatpoint yang di gunakan rendah skit.

RM1,000 seminggu

thumbnail
PASIR MAS - Setiap graduan yang tamat pengajian pasti mengimpikan untuk bekerja dengan sesebuah organisasi dan mendapat upah setimpal dengan usaha selama ini.Namun tidak bagi anak jati Kampung Jintan, Chetok, iaitu Azeman Jaya, 22, atau lebih dikenali sebagai Tok Cik apabila dia memilih untuk mengusahakan ternakan lebah kelulut bagi mencari rezeki yang halal.Walaupun pada peringkat awal pilihannya itu sering diragui namun, berkat usaha dan keyakinan diri, Azeman mengorak langkah cuba membuktikan kelainan yang dilakukannya itu.

Kereta unik di hias dengan besi tempa

thumbnail
Bermacam-macam cara nak promosi secara unik. Berita ni dari kosmo dan berlaku di Kemboja di mana sebuha syarikat guna besi tempa untuk hias sebuah kereta ( gambar ) sebagai promosi produk mereka. Kita sebagai blogger kena ada idea kreatif jugak untuk promosi produk dan buat duit dari affiliatte supaya nampaknya hasilnya. Kalau dah buat satu-satu promosi dan takde hasilnya, cuba ubah gaya promosi tersebut dan monitor keberkesanannya. Jom layan berita dari Kemboja nih.
 
Kereta di hias dengan besi tempa ( kredit kosmo )

Android Kit Kat dan kaitannya dengan Google dan Nestle

thumbnail
Dunia smart phone ni bergerak pantas lagi. Selepas beberapa gajet baru minggu lepas, kali ni berita mengenai  Android Kit Kat oleh google dan Nestle. Kita tengok camne diorang ni buat branding, kita pun bulih tiru gak cara cam nih. Apa yang berlaku di sebalik nama-nama android ni? Ini semua pasal branding dan promosi produk masing-masing. Kedua-dua jenama ni dah tersohor seluruh dunia, dan dengan perkongsian bijak ni akan meningkatkan lagi jualan dua-dua produk.