Walaupun model baru iPhone 5S menampilkan pelbagai ciri terkini jauh lebih baik daripada sebelumnya, kos mengeluarkan telefon berkenaan tidak jauh berbeza. IHS Inc dalam kajiannya mendapati, kos melengkapkan pada komponen iPhone 5S 16-gigabait (GB) adalah AS$190.70 (RM615). Ditambah kos pengeluaran AS$8 (RM25.80), menjadikan kos keseluruhan pengeluaran model itu ialah AS$198.70 (RM640) seunit.Sebagai perbandingan, iPhone 5 yang dilancarkan setahun lalu membabitkan kos AS$197 (RM635).
Penampilan iPhone 5S dengan pelbagai ciri baru dalam dunia telefon pintar seperti pemproses aplikasi 64-bit dan pengimbas pengenalan ibu jari, tetapi tidak membabitkan peningkatan kos yang terlalu tinggi. Firma penyelidikan itu juga mendapati, iPhone 5C 16 GB, varian lebih murah berbanding 5S dengan anggaran kos pengeluarannya sekitar AS$173.45 (RM558) seunit.
Kajian dapati kos seunit iPhone 5S hanya RM640
5C secara asasnya adalah iPhone 5 yang dibalut plastik kerana mendapati produk ditampilkan dengan ciri hampir sama, cuma mendapat manfaat daripada ekonomi bidangan menerusi pembelian pukal komponen serta kerangka plastik lebih murah. Model beerkenaan dijual pada AS$549 (RM1,768) tetapi dipasarkan pada harga sekitar AS$99 (RM319) menerusi kontrak perkhidmatan dua tahun. Ini adalah telefon pintar termurah pernah dikeluarkan Apple sejajar usahanya melonjakkan jualan di China dan kalangan negara membangun dan dunia ketiga.
Ini berikutan sebahagian besar daripada pelanggan di negara berkenaan masih belum bersedia untuk membuat pelaburan membeli peranti pintar seperti di Amerika Syarikat dan Eropah. Bagaimanapun, pelbagai pihak terus mengkritik Apple kerana mendakwa iPhone 5C terlalu mahal di negara berkenaan. Mengikut IHS, walaupun kos pengeluaran secara asasnya rendah bagi iPhone 5C berbanding iPhone 5, kos berkenaan sebenarnya adalah dalam jajaran tinggi.
Justeru, untuk menjual 5C sepadan dengan kedudukannya sebagai telefon pintar murah pada AS$400 (RM1,288) seperti jangkaan pasaran, syarikat itu perlu menurunkan kos pengeluaran 5C pada kira-kira AS$130 (RM418) seunit.
Kalau kakak pun agaknya lebih kurang mereka tak nak guna duit utk membeli gadjet mahal - kalau dibelikan sebagai hadiah bolehlah hihi...
BalasPadamfree le boleh le akak eh, tapi ada yg fanatik ttg iphone ni.
Padamlau dia turun harag jdi RM418 tu..teru hari jugak aku pi beli iPhone..hu3
BalasPadamada minat tuh
Padamye lah..kalo turun harga smpi mcm tu, bukan kata beli aritu jugak..4 ketui sekali kita borong. Kah kah kah..
PadamMurah betul, Bila masuk dunia perniagaan terus jadi ribu-ribu..
BalasPadamotak bisnes cam tuh ler
PadamTeringan nak guna iPhone. Aku cuma perlu iPhone untuk melengkapkan produk epal yg aku guna he..he..perlukah aku tunggu iphone 6...
BalasPadamkumpul koleksi epal ni
PadamBelum ada hati nak beli iphone kerana masih mengidam Blackberry
BalasPadamJom singgah dan baca entri terkini saya di [SINI]
saya guna iphone bukan kerana brand dan glamernya tapi kerana manfaat yang saya terima berbeza dengan jenama lain. kata orang, tak kenal maka tak cinta
BalasPadambelum masanya aku angkat iphone lagi. haha..
BalasPadamiphone ni x upgrade2 lagi..
BalasPadamstill guna iphone 3..
hahahaaa
pergh! kaw kaw nye margin dia amek..
BalasPadamEmm turun lagi lahhhh..ank gak merasa ni..hehe
BalasPadam