Perlukah selalu tukar smartphone?

thumbnail
Smartphone memang dah jadi keperluan sekarang ni, kalau tak kita mungkin ketinggalan. Saya pun dah macam perlu ada smartphone ( saya memang dah ada - free je saya dapat dari treatpoint kredit kad maybank ) tapi ada golongan yang anti smartphone nih - mungkin diorang belum cuba lagik. Jadi ini satu lagi penambahan kos dalam kehidupan kita - dengan bil smartphone nya, dengan aksesori smartphone nya. Cam mana nak tempah kuih raya online kalau duit tak mengizinkan. Smartphone makin beso makin ngancam plak sekarang - kembali ke lama dulu di mana telefon besar-besar, buat baling anjing pun boleh.

Basuh baju guna aplikasi telefon pintar

thumbnail
UNTUK masa ini hanya terdapat dua jenis mesin basuh di pasaran iaitu semi automatik dan automatik. Evolusi mesin basuh sememangnya sudah lama tidak berkembang, dan biasanya pengguna perlu pergi ke mesin basuh jika mereka menghadapi masalah dengan mesin itu. Aktiviti membasuh mungkin merupakan satu tugas yang membosankan bagi sesetengah orang dan boleh menjadi beban jika jadual sibuk.

Memperuntukkan masa untuk memasukkan pakaian, menunggu pusingan habis, tempoh spin dan mengeluarkannya dari mesin basuh sebelum mengeringkannya pasti mengambil tempoh masa yang lama dan kadang-kadang membuatkan kita hilang masa begitu saja.Terkini, Samsung telah mencipta mesin basuh pintar yang mudah dikawal menggunakan aplikasi pada telefon pintar.

Mesin basuh yang dinamakan WW9000 ialah mesin basuh pintar pertama di dunia yang membolehkan pengguna memula dan menghentikan kitaran aktiviti basuhan hanya dengan mengklik butang maya dari telefon pintar mereka.Mesin sama membolehkan anda melaksanakan tugas-tugas lain ketika mesin mengendalikan pakaian.Mesin ini mempunyai pelbagai ciri yang membolehkannya mengendalikan dobi pengguna dengan cara yang lebih baik.

Salah satu caranya adalah dengan kaedah ‘mencuci berkelajuan tinggi’ yang membasuh pakaian hanya dalam tempoh satu jam apabila ia mengisi dram dengan air melalui bekalan air berkembar dengan cepat.

Ciri lain termasuk basuhan auto optimum yang menggunakan empat sensor dalam mesin bagi menentukan kitaran cucian yang betul untuk beban yang ditentukan dengan menetapkan suhu, masa, tempoh kitaran bilas dan putaran kelajuan bergantung kepada saiz beban dan bagaimana kotornya pakaian itu.

Mesin ini juga mempunyai kaedah pintar untuk mengendalikan kesan kotoran tertentu. Lebih baik, semua pilihan juga boleh dikendalikan melalui skrin sentuh di atas mesin.Satu lagi fungsi menarik, ‘ecobubble’ yang menjimatkan tenaga dengan melarutkan bahan pencuci dengan lebih cepat. Hal ini berlaku dengan menyerapkan air dan udara bersama-sama yang mewujudkan buih untuk membantu membubarkan detergen lebih cepat dan menjimatkan tenaga.

WW9000 boleh didapati di Malaysia pada Mei nanti namun sehingga kini Samsung masih belum menentukan harganya.

Facebook beli WhatsApp

thumbnail
Laman sosial popular, Facebook semalam mengumumkan pembelian perkhidmatan mesej popular, WhatsApp dengan nilai lebih daripada AS$16 bilion (RM52.8 bilion).Facebook dalam kenyataannya memberitahu, jumlah itu termasuk pembelian dalam bentuk saham Facebook bernilai AS$12 bilion (RM39.7 bilion) dan AS$4 bilion (RM13.23 bilion) dan bentuk wang tunai.

Perjanjian itu turut merangkumi dana tambahan bernilai $3 bilion (RM10 bilion) dalam bentuk saham sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan dijadikan hak setelah lebih empat tahun.Perjanjian tersebut dilihat dapat meningkatkan rangkaian sosial terbesar di dunia berkenaan dengan tambahan sebanyak 450 juta pengguna WhatsApp, yang akan dikendalikan secara bebas dengan ahli lembaga pengarah sendiri.

Moto G Google Play di pasaran

thumbnail
Sebuah lagi telefon pintar Google Play Edition kini boleh didapati di pasaran. Telefon pintar itu adalah Moto G Google Play Edition dilancarkan oleh Google di Google Play.


Seperti telefon pintar Google Play Edition lain, inovasi ini didatangkan dengan sistem operasi Android. Motorola juga memilih menggunakan Android KitKat 4.4 pada telefon pintar berkenaan. Harga pasarannya adalah sekitar AS$179 (RM587). 



Power Pillow - bantal charger

thumbnail
BIASANYA bantal digunakan untuk memberikan keselesaan semasa tidur. Bagaimanapun pada zaman moden bantal turut mempunyai fungsi tambahan. Selain menawarkan keselesaan, bantal kini berfungsi menjadi gajet yang membolehkan pengguna mengecas mana-mana peralatan mudah alih yang mempunyai sambungan USB. Bantal ini dipopularkan individu yang berasal dari Kanada, Lisa Sutt dan Geoff Martin melalui projek Power Pillow dalam KickStarter.

Sarung telefon gadis Thai laris

thumbnail
Banyak bisnes boleh buat secara online. Kat sini aku nak kongsi satu bisnes gadis thai secara online yang menjual cover ataupun sarung telefon yang di beli di thailand dan di jual di Malaysia. Nampak macam mudah kan, cuba buat sekali hehehe. Rezeki dia, mungkin sebab muka ala-ala model kot.. setuju tak? Apa pun jom baca kisah gadis kacukan ni yang berjaya sebagai penjual sarung telefon melalui instagram.
Menggunakan nama Santhawandew di laman Instagram (IG), penulis menyangkakan panggilan unik itu adalah nama samaran semata namun sangkaan jauh meleset setelah wanita tersebut memperkenalkan dirinya.
“Nama penuh saya Santhawandew Boonratana, panggil saja Santha. Bapa saya yang berasal dari Tumpat, Kelantan berketurunan Punjabi manakala ibu pula dari Nakhon Si Thammarat, Selatan Thailand.

Sony Xperia Z1S - Gajet pertama 2014

thumbnail

Sony secara rasmi menjual versi mini Xperia Z1 di Jepun pada minggu ini yang dikenali Xperia Z1f. Malah pihak Sony juga khabarnya akan melancarkan Xperia mini ini secara global ke seluruh negara dan dikenali sebagai Sony Xperia Z1S. 


Masih belum ada harga yang diumumkan oleh Sony untuk telefon pintar terbaru mereka ini namun menurut khabar angin, Sony akan menjual dengan harga sekitar RM2 000.  Guna kredit kad le dulu kalau tak cukup duit, lepas tuh buat kerja part time terhangat nih, bayar le balik kredit kad tuh.



Spek tidak banyak beza dari dulu, terutama pada bahagian prosesor, RAM ataupun memori dalamannya. 


Sony Xperia Z1S
Sony Xperia Z1S

Sony Xperia Z1S bakal hadir dengan skrin berukuran 4.3 inci IPS yang memiliki resolusi 720 x 1080 piksel. Selain daripada ukuran skrin yang lebih kecil, telefon pintar ini juga hadir dengan bateri yang lebih kecil, 2300 mAh. Agak-agak le, pemain adsense macam aku nih, boleh lepas tak dapat Sony Xperia ni secara percuma?

Penyumbang komen akhir 2013

thumbnail
Dah masuk tahun baru nih 2014, ni entri pertama tahun 2014. Kena update top tukang komen nih sebagai menghargai mereka yang sudi tinggalkan komen kat encikarman.com. Tanpa korang, sapalah encikarman.com ni kan yang baru tahun ni belajar blogwalking, sebelum-sebelum tuh malas hoho, buat keje belakang tabir jer. Tahun baru ni aku nak lebih fokus skit, nak lebih tersusun skit dlm berblog ni. Dah ada beberapa idea dalam kepala. Selain dari nak buat blog-blog dengan niche tertentu ( dah hampir siap ni ), aku juga nak tukar template blog nih. Dah jumpa template yg simple, senang skit nak edit hohoho. Oh ya, baru je baca update contest akhir tahun, aku join gak tapi tewas, takpe dan yang penting, artikel dari champion contest seo tersebut sudah aku khatam.

Penyumbang komen akhir tahun 2013


Inilah antara yang sudi tinggalkan komen kat blog encikarman.com ni, dan rasanya setiap komen aku cuba balas secepat mungkin. Kalau termiss tu, minta maaf le ye, ada sebab musabab  le tuh:


Top 10 Penyumbang Komen

Power bank yaabao dan annual dinner

thumbnail
Oh yeh, annual dinner kat hotel Holiday Villa dah habis. Makan boleh le tahan kan. Meriah gak ler dengan tema rainbow nih, baju kena pakai kaler2 pelangi skit le. Aku pakai baju feveret aku, belang2 merah dgn sluar jeans, macho siot hoho. Tapi cari punya cari kasut nak pakai, tak jumpa, mana aku letak lupa la plak kasut interbiew nih. Hari-hari keje pakai kasut lain, terpaksa le aku pakai selipar je, tak sempat nak selongkar tempat letak kasut yang banyak kotak kosong tuh. Nampak gaya kena buat kerja sambilan untuk beli kasut baru ni.

Mana ko ipad?


WhatsApp lebih popular dari Facebook Messenger

thumbnail
Persaingan aplikasi utusan atau messenger untuk telefon pintar kini kian meningkat. Malah BlackBerry juga melancarkan aplikasi BBM miliknya untuk platform iOS dan Android. Namun dari banyak lambakan aplikasi messenger yang ada di pasaran, ternyata WhatsApp tetap mengungguli persaingan. Kaji selidik yang dijalankan oleh On Device terhadap 3.759 juta pengguna telefon pintar Android dan iOS. 

Kaji selidik ini di buat di beberapa kawasan termasuk Amerika, Brazil, Afrika Selatan, China dan yang terakhir adalah Indonesia. 


WhatsApp lebih popular dari Facebook Messenger


Blogwalker dan penulis komen yang tak akan menyesal

thumbnail
Kalau awal-awal bulan camnih, ramai blogger  yang mengucapkan terima kasih kepada penulis komen kat blog masing-masing, seperti aku gak. Aku pun nak ucapkan  terima kasih gak kepada mereka yang sudi tinggalkan komen kat encikarman.com nih dan memang aku tak pernah lupa jasa korang. Seingat aku ler, kalau ada komen aku mesti balas. Kalau ada yang tak terbalas, boleh bagitahu aku.

Kecuali satu blog jer bulan lepas iaitu blog bro titan aku ada ketinggalan beberapa komen sebab masalah teknikal di mana aku dah tulis komen-komen tapi tak dapat publish sebab setting security kat blog tersebut. Aku rasa bro titan dah ubah setting tuh sebab 2-3 hari lepas tuh, aku dah boleh tinggalkan komen seperti biasa.


Top 10 Penyumbang Komen



Moto G - Smartphone Motorola

thumbnail
Motorola Mobility akhirnya secara rasmi memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Moto G. Telefon pintar ini turut tergolong dalam kategori telefon pintar dengan harga yang berpatutan. Kalau tak cukup duit, boleh cari duit online seperti aku. Tersedia dengan beberapa pilihan cover belakang berwarna-warni, pengguna boleh memilih antara warna putih, hitam, biru gelap, biru terang, kuning, merah serta merah jambu.


Selain itu, Moto G tang dilengkapi skrin 4.5 inci mempunyai resolusi 720 x 1280 piksel di bahagian depan. Skrin tersebut dilengkapi dengan lapisan pelindung Gorilla Glass 3. 



Quad Core Snapdragon



Tip Naikkan Pendapatan USD Adsense - Meh Baca

thumbnail
Ini ada lagi tip-tip adsense yang aku kongsikan dan mengikut pengalaman aku lah, orang lain mungkin ada tip tersendiri tapi ni special aku dedahkan apa yang telah aku analisis dan aku akan kongsikan lebih banyak lagi tentang adsense sebab aku rasa adsense ni niche yang menarik gak. 2-3 hari lepas aku dah kongsi tip-tip adsense yang super power, sebenarnya aku nak buat satu post je tentang tip-tip adsense ni, tapi nampak macam panjang jer, aku aku asing-asing. Harap dapat membantu blogger-blogger yang nak berjinak-jinak dengan adsense tapi kalau nak tips atau panduan adsense lagi power, aku cadangkan korang dapatkan panduan adsense yang telah lama bertapak dan masih diperlukan ni.

Saiz adsense di header


Power Bank 20 000 mAH Harga RM79! Bolah 10 Kali Caj

thumbnail
Dalam aku dok cari-cari power bank sebab memang ada keperluannya nih, bajet pulak ciput. Terjumpalah aku power bank yang aku rasa murah banyak. Brand tak pastilah ok ke tidak hoho... hentam saja je labu kan. Nama power bank ni " Universal Dual-Port Power Bank 20000mAh White " yang berharga RM79 jer kat lazada. Boleh lah nih, jangan meletup sudah ler... hoho. Kalau ikut perkiraan, power bank nih boleh caj sampai 10 kali nih bergantung kepada kapasiti bateri smartphone memasing.

Universal Dual-Port Power Bank 20000mAh White


Betul ke harga power bank ni? Atau ada lagi murah..

thumbnail
Sejak aku letak email aku kat newsletter lazada nih, macam-macam promosi yang lazada hantar. Emm.. nasib baik lah aku takde duit ooo.. kalau tak, mahu aku rembat gajet-gajet yang aku rasa harganya boleh le tahan murahnya, kalau time sale ler kan. Sekarang ni pulak ada sale gila-gila kat lazada ( sale hujung tahun kot ) dan untuk entri kali nih, aku nak kongsi kan skit  produk yang lazada email kat aku dan juga aku masuk site lazada dan tengok produk yang aku anggap murah la ( bagi aku la ).

Macsonic Portable Battery Bank 12000mAh White


Cek ke 5 Nuffnang

thumbnail
Hari ni bertambah kaya sebanyak 50 inggit hoho. Walaupun aku dan nuffnang hampir bercerai, sempat juga aku dapat cek nuffnang nih, untuk kali terakhir ke nih? Aku pun tak pasti lagik sebab dah banyak iklan nuffnang aku keluarkan dan ada satu dua aku masuk balik sebab sayang gak berpisah dengan nuffnang nih kan, pernah dapat duit dari nuffnag le katakan. Walau apa pun, nuffnang ni bagus gak, tak banyak kerenah nak apply, nak pasang kat blog pun senang jer, sesuai untuk newbie, aku rasa. Aku ada sebut [asal pendapatan nuffnang ni dalam entri cek ke 5 Nuffnang pada bulan Ogos lepas.

Cek ke 5 Nuffnang


Macam-macam laaa.. Lazada ni

thumbnail
Korang mesti tahu tentang lazada kan? Takkan tak tahu kot... atau pun pernah beli barang kat lazada tuh. Kalau ada barang nak beli, sesuai beli sekarang sebab lazada ada mega sale sekarang. Mesa sale lazada ni di namakan " Online Revolution " dengan tag line nya "We're changing the way you shop". Mega sale ni start 11/11/13 - 12/12/13, cantik nombor nih.

Masa sale ni ada 11 produk dari 11 kategori akan di buat sale gila-gila dalam tempoh seperti di atas.  Makna 11 produk dalam satu masa ikut kategori masing-masing akan di beri harga murah dan produk-produk ni akan di tukar setiap minggu selama 4 minggu le.

Online Revolution di Lazada



Ini lagi best. Korang boleh vote 11 produk di lazada setiap hari dari pukul 11am - 11pm dan produk yang dapat vote tinggi akan di jual pada harga rm1 pada pukul 11am keesokkannya tetapi hanya satu unit shaja di jual. Ini baik punya cara promosi ni, macam-macam idea lah depa nih. Tapi 1 unit, sapa cepat dia dapat ler.



Emm.. aku nak vote pe kali nih ek? Note 3 bulih jadi gak nih, tapi frust 1 unit jer. Seluruh negara nak tunggu rebut 1 unit jer... hehehe.. confirm aku tak dapat. Walau apa pun, kalau korang suka untuk memeriahkan suasana, boleh jer join benda-benda cam nih.

Kalau nak tahu cara saya buat duit dengan Lazada, sila masukkan email address dalam kotak di bawah:


Laporan Buat Duit Dengan Lazada
Nama:
Email:
Sila semak email dan sahkan email anda - terima kasih



1Machine - Antivirus berlandaskan syariah

thumbnail
SIAPA sangka, selain daripada perbankan Islam dan hab makanan halal, Malaysia juga ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan perisian keselamatan internet atau bahasa mudahnya, antivirus yang berlandaskan sistem digital syariah sepenuhnya.Lebih membanggakan, produk unik ini dihasilkan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS), 1Machine Sdn Bhd (1Machine) yang merupakan antara syarikat di bawah bimbingan Technology Park Malaysia (TPM).Dikenali sebagai Perisai, perisian yang digunakan untuk keselamatan internet ini adalah buah fikiran tiga usahawan muda Melayu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie; Ketua Pegawai Operasi 1Machine, Shaifulizan Othman dan Pengarah Perniagaan Antarabangsa 1Machine, Mohd Juani Affendi Ibraham.

Harga IPad Air RM1580

thumbnail
Syarikat Apple Inc. kelmarin memperkenalkan komputer tablet iPad yang lebih nipis daripada versi lamannya. Komputer tablet baharu itu diberi nama iPad Air yang seberat hanya 0.45 kilogram (kg) berbanding versi lamanya iaitu 0.64kg. Menurut ketua pemasaran syarikat itu, Phil Schiller, versi baharu itu mempunyai kelajuan pemprosesan lapan kali ganda daripada iPad pertama keluaran tahun 2010.

Contoh blockquote yang menarik untuk blogger!

thumbnail
Semasa aku  join satu Kontes Review Klinik Cinta, aku telah tempel satu blockquote yang agak menarik sebab ada beberapa mesej yang aku terima nak tahu cara buat blockquote tuh. Kat bawah nih aku kongsikan cara nak buat untuk blogger ( blogspot ), untuk wordpress tak pasti le pulak kan, noleh try2 godek skit kalau nak design yang sama dengan ni. Blockquote nih memberi kelebihan kerana kita macam boleh highlight satu perkara dalam satu entri. Hoh... makin pening dah nih. Jom layan cara buat blockquote kat bawah nih.