Home » , » Power bank yaabao dan annual dinner

Power bank yaabao dan annual dinner

Oh yeh, annual dinner kat hotel Holiday Villa dah habis. Makan boleh le tahan kan. Meriah gak ler dengan tema rainbow nih, baju kena pakai kaler2 pelangi skit le. Aku pakai baju feveret aku, belang2 merah dgn sluar jeans, macho siot hoho. Tapi cari punya cari kasut nak pakai, tak jumpa, mana aku letak lupa la plak kasut interbiew nih. Hari-hari keje pakai kasut lain, terpaksa le aku pakai selipar je, tak sempat nak selongkar tempat letak kasut yang banyak kotak kosong tuh. Nampak gaya kena buat kerja sambilan untuk beli kasut baru ni.

Mana ko ipad?




Emm.. dan juga hajat aku nak ipad ke tab ke tak kesampaian. Lucky draw dapat voucher tesco rm80 ringgit je, target kemain gajet-gajet mahal, hampa tahun nih, ramai gak rakan-rakan duk semeja hampa cam aku. 


Cabutan start dgn nombor 200, maknanya 200 orang akan dapat hadiah le, nasib le makin kecik nombor makin mahal hadiah. Aku dapat nombor 151, voucher tesco rm80 ringgit.

Power Bank Yoobao




Door gift kali ni best, power bank yoobao 11200mAH! Tak payah aku beli power bank kat lazada yang aku dah survey ari tuh. Dapat free ni jadi lah, boleh le caj 5 kali nih. Table draw plak dapat botol air 2 liter. Yang best  nya, masa makan tuh, ada nasi goreng lebih, hampir separuh tak habis ( satu meja 10 orang ), tapau bubuh dalam bekas botol air bwk balik hoho, dengan bekas tak basuhnya.



Event start kul 6 pm - 11 pm. Pukul 9 aku balik sbb dah dapat lucky draw, malas nak tunggu sampai. Lepas Amelya AF nyanyi, nampak ramai yg dah cabut. Duk semeja lak balak-balak je, awek tarak, balik tido lagi bagus.
p/s: harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan.


Terima kasih kerana membaca Power bank yaabao dan annual dinner. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

Tips Berkaitan:



5 Komen: