Universiti Antarabangsa Albukhary Batal Hasrat Tutup

thumbnail
Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah menarik balik keputusan untuk menutup operasinya, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi swasta itu kepada kementerian melalui sepucuk surat semalam.

"Universiti tersebut menghantar surat kepada Kementerian Pendidikan untuk menarik balik keputusan penutupan operasi mereka semalam dan ia akan terus beroperasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana pada program Wacana Intelekual 2014 'Renaisans Melayu' di Auditorium RTM di sini hari Khamis.

Universiti Antarabangsa Albukhary



Oleh yang demikian, perkara itu kini tidak lagi menjadi satu isu, katanya.
Mengenai faktor yang membawa keputusan penutupan AiU di peringkat awal pula, beliau berkata kementerian sentiasa memantau dan memastikan tidak ada perkara yang terkeluar daripada akta-akta tertentu bagi universiti swasta.

Ketika ditanya berhubung prestasi AiU, Idris berkata ia adalah isu yang berlainan namun kementerian sentiasa memantau supaya ia memenuhi kehendak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Mengulas berhubung pelajar AiU yang menyaman institusi itu, beliau berkata ia adalah isu dan masalah yang dihadapi antara kedua-dua pihak.
Pada 15 April lepas, enam pelajar AiU memfailkan saman terhadap universiti itu atas dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan AiU perlu mengeluarkan notis penutupan dalam tempoh setahun.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilaporkan akan ditutup Jun ini.
AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan miskin dari seluruh dunia.

– BERNAMA

58 peratus pekerja Malaysia mahu bonus, gaji lebih tinggi

thumbnail
Enjin cari­an pe­kerjaan, JobStreet.com mendedahkan l­ebih 58 peratus golongan pekerja di negara ini menjangkakan pembayaran bonus dan peningkatan gaji pada tahun ini. Dalam kaji selidik yang dijalankan, para pekerja percaya bahawa mereka telah memenuhi kriteria dan jangkaan majikan dalam menunjukkan prestasi kerja. Malah, kaji selidik itu turut menunjukkan para pekerja di luar negara telah mene­rima pembayaran bonus secara purata 1.7 bulan gaji. Di Malaysia, para pekerja menerima pembayaran bonus secara purata 1.5 bulan gaji.

Malah, lebih menggembirakan apabila 30 peratus daripada majikan bersetuju untuk menawarkan bonus-bonus lebih tinggi kepada kakitangan masing-masing beri­kutan prestasi perniagaan yang semakin baik.

“Syarikat-syarikat dalam industri elek­t­ronik, perakaunan/audit dan sektor hospitaliti berjanji akan membayar dua bulan bonus yang melebihi purata pembayaran kaji selidik.

Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2014

thumbnail
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:


Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa


Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2014


Had Minimum RM1 Juta Seunit Jika Orang Asing Beli Rumah

thumbnail
Had minimum perolehan hartanah oleh kepentingan asing dinaikkan kepada RM1 juta seunit berbanding RM500,000 sebelum ini, berkuat kuasa esok, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri hari ini.Di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tarikh penguatkuasaan sebenar tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa masing-masing, kata EPU dalam satu kenyataan.

Unit itu berkata langkah itu dilaksanakan oleh kerajaan untuk menstabilkan harga hartanah daripada spekulasi berlebihan dan memberi peluang kepada kepentingan tempatan untuk membeli hartanah berkualiti bernilai kurang daripada RM1 juta seunit, terutama unit kediaman.

Garis Panduan Perolehan Hartanah oleh EPU itu mula dikuatkuasakan pada 30 Jun, 2009 bagi menggantikan Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing yang dimansuhkan.

Garis panduan itu bertujuan mengawal pemilihan hartanah oleh kepentingan asing di Malaysia.

Antara syarat dalam garis panduan itu ialah had minimum perolehan unit kediaman dan komersil, tanah perindustrian dan pertanian oleh rakyat asing.

Peluang untuk ejen hartanah

Pukul dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang?

thumbnail
Pasangan warga Malaysia, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya, Shalwati Nor Shal hari ini didakwa di mahkamah daerah Solna, Stockholm, Sweden atas pertuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga 2013.Tuntutan pertuduhan yang disifatkan sebagai luar jangkaan itu diterima mahkamah dalam bentuk bertulis yang dikemukakan pendakwaraya, Anna Arnell.Pertuduhan itu menyebut pasangan berkenaan didakwa memukul anak-anak mereka dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang dalam beberapa kejadian.

Penjara max 10 tahun


Pasangan berkenaan dijangka dibicarakan selama 10 hari bermula 18 Februari ini atas kesalahan yang berulang-ulang antara 2010 sehingga tahun lalu.Mahkamah menggunakan istilah melanggar integriti seseorang bagi menggambarkan pertuduhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.Peguam Shalwati, Kristofer Stahre akan membuat rayuan di Mahkamah Supreme Sweden supaya membebaskannya daripada reman, sementara menunggu perbicaraan memandangkan keempat-empat anak mereka telah pulang ke Malaysia.

Tarikh Beli No PIN Kemasukkan UPU 2014

thumbnail
Nombor pin untuk permohonan kemasukan ke IPTA UPU, POLITEKNIK DAN ILKA boleh mula dibeli melalui Bank Simpanan Nasional pada atau selepas 20 Januari 2014 dan permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi kemasukan IPTA POLITEKNIK (TEVT) DAN ILKA.


Calon-calon yang layak membuat pembelian dan permohonan UPU pada januari 2014 ini adalah calon-calon lepasan SPM 2013 yang mahu menyambung pengajian diperingkat Sijil, Asasi atau Diploma. Kemasukan 2014/2015

Panduan Membeli Nombor Pin UPU di ATM Bank Simpanan Nasional



pin upu



Semakan Keputusan / Kemasukan MRSM 2014 Tingkatan 1 Dan 4

thumbnail
Semakan keputusan kemasukan MRSM 2014 Tingkatan 1 dan 4 secara online. Menerusi makluman rasmi dari Majlis Amanah Rakyat (MARA), semakan keputusan ke tingkatan Satu (1) MRSM 2014 akan dibuka mulai 15 Januari 2014. Semakan keputusan MRSM 2014 ke Tingkatan Empat (4) pula dijangka akan dibuka pada bulan Februari 2014. Berikut adalah cara semakan keputusan MRSM 2014 secara atas talian (Online) atau sistem pesanan ringkas (SMS).
MRSM-2014
Tarikh Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 1

Cara Semak Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014

thumbnail
Semakan status pendaftaran calon peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) untuk sesi Mac 2014 sudah boleh dibuat bermula 3 Jan sehingga 3 Mac 2014. Semakan boleh dibuat melalui SMS menggunakan khidmat mySMS di mana Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Berikut adalah cara menyemak pendaftaran calon MUET melalui SMS:

  • Taipkan
    MUET INFO [No. Kad Pengenalan]
    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Cara Semak Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014 Melalui SMS - imej
semak-pendaftaran-MUET-2014

Panduan Lulus Band 6 MUET

Jika anda atau pun anak anda, nak ambil MUET selepas nih, saya cadangkan baca ebook panduan lulus MUET ni. Ebook ni di tulis oleh penanda kertas MUET dan di antara kandundannya ialah:

Bab 1 : Pengenalan
Bab 2 : Apa itu MUET?
Bab 3 : Speaking Paper (800/2)
  • Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam
  • Contoh Soalan Peperiksaan Speaking
  • Gambaran Bagaimana Task A Dijalankan
  • Gambaran Bagaimana Task B Dijalankan
  • Kelemahan Calon Semasa Peperiksaan Speaking
Bab 4 : Reading Paper (800/3)
  • Panduan Menjawab Soalan Reading
  • Cara Mencari Makna Perkataan Tanpa Guna Kamus
  • Contoh Soalan Reading
Bab 5 : Writing Paper (800/4)
  • Cara Menjawab Soalan Writing
  • Senarai Perkataan Untuk Membuat Analisa
  • Contoh Soalan & Jawapan Paper Writing
Bab 6 : Listening Paper (800/1)
  • Panduan Menjawab Ujian Listening
  • Tips Memperbaiki Kemahiran Mendengar
  • Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Contoh Soalan Listening
Bab 7 : Panduan Menghadapi Peperiksaan
  • Sebelum Peperiksaan
  • Semasa Peperiksaan
  • Selepas Peperiksaan
Bab 8 : Penutup

Di harap ini boleh membantu anda atau anak-anak anda. Bagi kat couple pun boleh nih.Anda boleh dapatkan ebook Panduan Lulus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang ( Band 6 ) sekarang!

panduan lulus muet band 6



Semuga berjaya!

Aplikasi Pengkalan Data Murid - apdm

thumbnail
Aplikasi pengkalan data murid - apdm adalah laman web online yang dibina oleh kementerian pelajaran Malaysia untuk mengumpul data pelajar-pelajar bagi sekolah seluruh Malaysia. Guru yang terlibat dalam mengemaskini data apdm ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM ), Penyelaras APDM dan GUru Kelas. Kesemua data murid di masukkan ke dalam sistem apdm untuk kemudahan semakan.

Guru patut tahu ni


Semua murid telah naik tahun / tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah). Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu melantik semula semua guru kelas  dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2013 berserta MBMMBI dan sesi pagi / petang kelas tersebut.


Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai.



Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan.

Anak Soleh Dan Solehah


Di samping hantar anak sekolah dengan pelbagai sistem yang ada macam apdm nih, jangan lupa juga kena didik anak jadi soleh dan solehah. Bacaan terbaik mengenai cara mendidik anak secara Islam boleh rujuk di panduan mendidik anak secara soleh / solehah.


Link berkaitan apdm:




Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online

thumbnail
PMR pun sudah kan untuk adik-adik. Maka bermulalah kisah mencari tempat belajar yang best untuk masa depan, jangan silap pilih sebab ini akan menentukan masa depan kebanyakkan pelajar. Lepas PMR nak belajar mana? Ada yang terror masuk SBP dan Kolej Mara, serta yang malas sekolah skit ( hohoho) boleh gak masuk ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik. Kat sini best gak ooo... banyak belajar teknikal, takde le teori jer kan. Lagi satu, adik-adik kena perkuatkan bahasa english sebab makin tinggi belajar, makin banyak guna bahasa english nih. Ini untuk bagi keyakinan lebih skit dalam kelas.


Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online.


Bagi pelajar atau calon yang telah mengemukakan permohonan untuk ke tingkatan empat (4) sekolah teknik dan vokasional bagi sesi 2014, semakan keputusan kemasukan boleh diketahui mulai 13  Januari 2014.

sekolah-teknik-2014

Tarikh Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014


Terkini: Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 boleh disemak mulai 13 Januari 2014. Tarikh rasmi tersebut telah diumumkan menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 Online


Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2014/

Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik  2014 secara online

Rayuan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014


Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, calon boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.


Secara jujurnya...

Kalau dah masuk kolej vokasional atau sekolah teknik, suasana dah lain. Jauh dari rumah, kawan-kawan baru. Dan salah satu cara nak menonjol di tempat baru dengan terror bahasa english. Korang boleh cuba buku belajar grammar english dalam bahasa melayu!